Cerpen: Penantian ...
Mentari pagi 18 hari bulan "Leo", menerjahkan cahaya lembut di celah-celah dedaun pokok hijau rimbun yang tersergam di sebelah padang, hampir dengan sebuah sungai yang mengalir lesu. Kicauan buru-burung sesekali kedengaran sayup-sayup daripada jauh. Panorama di al-Amin pada jam lapan pagi terasa agak murung. Mungkin tiada lagi pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mundar-mandir di hadapan bilik guru seperti sedia kala menyumbang keadaan sugul ini; mereka semuanya sedang melalui "tamrin kubra" (PUI) yang memenatkan di kelas masing-masing.
Mejaku masih lagi tidak menerima kehadiran lembaran-lembaran peta minda mata pelajaran Bahasa Melayu yang ditunggu-tunggu sekian lama. "Tumbe drive" alat penyimpan data juga tidak kutemui di atas meja yang usang ini. Ah! semua yang kita harapkan belum tentu menjadi kenyataan. Pintu dan tingkap bilik ini juga tidak dikunjungi oleh pelajar-pelajar SPM. Ke mana mereka agaknya. Tarikh yang telah diberikan semakin jauh kebelakang. Segala perancanganku untuk menyediakan persiapan PUI Bahasa Melayu mungkin akan mengundang kehancuran. Cita-cita dan matlamatku untuk memimpin anak bangsaku mungkin juga akan berderai seperti kaca terhempas ke batu.
Memang penantian ini satu penyeksaan... hanya yang menanti sahaja akan tersiksa, dan yang tersiksa itulah yang menanti...
Haruskah kesabaran ini aku pertahankan, atau kesabaran ini akan dimakan amarah yang tidak dapat dijangka. Astarghfirullahal'azim... jauhi daku, ya Allah dari Syaitan dan nafsu amarah...
Aku masih boleh menanti... menanti tanpa kepastian...
harap-harapnya penantian ini adalah penderitaan yang merintis kejayaan yang besar; bukannya penderitaan yang mengheret ke jurang kegagalan.
Ya Allah jauhi kami semua dari hasutan syaitan, permudahkanlah anak-anak didikku berjihad menuntut ilmu, demi menjulang dan memartabatkan Islam dan mengagungkan kebesaranMu ke seluruh alam. Jauhkan mereka daripada sifat malas, bertanggunh, mementingkan diri sendiri dan hindarkan segala sifat-sifat negatif dalam diri mereka.Kau limpahilah segala rahmat dan anugerahMu buat mereka yang ikhlas hatinya berjihad demiMu ya Allah. Amin
Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 10.30 pagi, aku perlu mengatur langkah dalam penantian yang tak pasti, menjenguk masa depanku dan anak-anak didikku.
Tarikh penghantaran tugasan PUI BM telah berlalu tanpa sebarang rasa simpati, 16 hb Julai 2007 berlalu begitu sahaja. Hari itu berlalu bagaikan tiada sesiapa yang peduli...
seperti... Ah! bukan-bukan yang difikifkan pulak.
Bersambung...
Surah ke-103 ( AL-'ASR)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1.Demi Masa! 2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; 3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1.Demi Masa! 2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; 3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
1 ulasan:
Ustaz Membuat Cerpen Yang Sungguh Menusuk kalbu pelajar tingkatan lima bagaikan dicucuk duri sembilu.
Lihatlah pengorbanan ustaz. Ustaz Maafkan kami, kerana kesibukan menuntut ilmu dan kepenatan kami tidak dapat menghantar tugasan pui bm seperti ditetapkan. Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas membuat kesilapan dan penyakit lupa.
Maafkan kami ustaz. Insya Allah kami akan cuba berubah menjadi insan yang soleh wa musleh.
:)
Catat Ulasan