Soal Jawab
Soalan 1 (Beza Perbendaharaan dengan Pembendaharaan)
creampuff: apakah beza "perbendaharaan kata" dengan "pembendaharaan kata"? sedangkan kedua-duanya mempunyai maksud yg melambangkan identiti yang tidak dapat diungkai dengan benak seorang murid bodoh seperti saya
Jawapan: Kata “perbendaharaan” bermaksud khazanah (tempat menyimpan harta benda negara) ia juga berfugsi mendukung makna kekayaan (harta benda, barang-barang).
Makna kata “pembendaharaan” pula bermaksud hal atau perbuatan menambahkan harta benda (khazanah negara dan sebagainya)
Maka terdapat perbezaan yang ketara bagi dua perkataan ini
Soalan 2 (Menghilangkan stress)
creampuff: ustaz tlg ana ustaz apakah cara untuk menghilangkan stress.. ana dah enggak tahu nak buat lagu mano
Jawapan: 1. Jaga hubungan baik dengan Allah antaranya; jaga solat fardu, dirikan solat sunat malam,jangan bermaksiat dengan Allah, sentiasa berzikir, berdoa: minta keampunan, murah rezeki, mudah menuntut ilmu, menghafaldan mudah faham.
2. Jaga hubungan sesama manusia dan alam: jangan sakiti hati orang lain, jauhi dosa-dosa melibatkan orang lain seperti mengumpat, mengata dan sebagainya.taat ibu bapa dan guru-guru Banyakkan tolong insan yang lain terutama ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan. Jangan sakiti atau zalimi binatang atau alam seperti pokok-pokok dan sebagainya
3.Tetapkan niat dan matlamat anda; menuntut ilmu kerana Allah. Kewajipan yang tidak ada alasannya. Jika ingkar kita menjadi hamba yang derhaka kepada penciptanya. Bayangkan ganjaran syurga bagi orang yang menuntut ilmu, mengamalkan dan menyampaikannya kepada orang lain.
Soalan 3 (Perbezaan ”seri” dan ”sri”)
maminshahbekate: maiminshah: wahai sekalian!..siape tau cne nk bezakan 'sri' dan 'seri' utk gelaran nama org.?DI SAMPING ITU, sapa yg tau
Jawapan: Merujuk kamus dewan (merah- edisi keempat) halaman 1470. Kata ”seri”mempunyai 6 makna iaitu;
Kata Seri
a) seri I; cahaya. Kemuliaan, kemegahan, keindahan contoh ; tiang seri, seri bulan, seri muka dan sebagainya)
b) seri II; panggilan untuk memuliakan seseorang. Contoh Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong, Datuk Seri..., Tan Seri...
c) seri III; menghisap madu
d) seri IV; tidak menang dan tidak kalah
e) seri V; sejenis burung
f) seri VI; sejenis pokok menumpang
Kata sri
Kata ”SRI” merupakan kata nama khas yang disingkatkan daripada Sekolah Rendah Islam. Contoh SRI Al-amin. Selain itu Kata ”sri” juga biasa diguna bagi kata nama khas seperti Sri Langka, Sri Ternak dan sebagainya.
Selain itu, kemungkinan berlaku masalah menulis amatlah ketara dalam masyarakat, Hal ini kerana sebutan kata ”seri” dan ”sri” hampir sama bunyinya, maka kebarangkalian berlakunya kekeliruan mungkin wujud dalam penulisan. Contoh Seri Gombak dieja Sri Gombak, Tan Seri Ahmad dieja Tan Sri Ahmad
Soalan 4 (Buku Kupasan)
manD: manD:Ust kenapa utk komsas f4 dan f5 terikat kepada satu makna sahaja.Sepatutnya kita boleh menilai mengikut pemahaman sendiri...kenapa perlu pandu buku..? contoh sajak " pembeli masa sudah." hanya tumpu kepada hidup penyajak....tp kita sepatutnya boleh inteprasikan dlm pelbagai bentuk.
Jawapan: Buku kupasan sebagai panduan saja. Pentafsiran lain sememangnya tidak disekat. Namun sebagai pelajar anda terikat dengan sukatan pelajaran KBSM yang perlu berkiblatkan Kementerian Pelajaran. Anda perlu akur keadaan ini. Oleh itu untuk menikmati puisi dengan terjemahan anda sendiri atau pentaksiran yang lebih bebas belajarlah di universiti di peringkat ijazah dan seterusnya ke peringkat Sarjana dan yang bagus lagi terus sahaja ke peringkat falsafah kedoktoran.
Soalan 5 (Projek PUI BM)
Hazimah: assalamualaikum,ust.blh x nk mntk tangguh sket projek pui
Jawapan: Wa’alaikumussalam. Sekiranya ada masalah sila jumpa ustaz segera, berbincang. Ustaz boleh tolong merungkaikan permasalahan enti.
Perkongsian Kosa Kata
ManD: 1.Walang = bersedih 2.lamur=buta 3.Senario prima = permasalahan terkini 4. cangkaliwang = serabut/kusut 5.puing-puing = debu-debu
Terima kasih kerana bertanya dan menyumbangkan ilmu. Ustaz menjawab berdasarkan sekelumit ilmu yang ada di dada dan sedikit rujukan buku-buku. Maaf sekiranya tidak memuaskan hati kalian.
Koleksi Soal Jawab
Soal jawab siri 1 (1)
Soal jawab siri 2 (1)
Soal jawab siri 3 (1)
Soal jawab siri 4 (1)
Soal jawab siri 5 (1)
Soal jawab siri 6 (1)
Soal jawab siri 7 (1)
Selasa, Julai 17, 2007
Pelajar Bertanya, Ustaz Menjawab (Siri 01)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan