[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Ahad, Julai 29, 2007

Pelajar Bertanya, Ustaz Menjawab siri 04


a)Tatabahasa

Soalan 1: (menyumpah dan menyampah)

basith: Menyumpah = berasal dari perkataan sumpah.Menyampah = Sampah????

Jawapan: Saudara Basith memang bijak sekali. Proses yang dinyatakan adalah betul. Kata sampah yang menerima imbuhan men- akan menjadi kalimah menyampah. Huruf awal konsonan " s " digantikan menjadi "y". Proses ini boleh diringkaskan seperti di bawah ini;


men- + sampah = menyampah

Kata menyampah bermaksud;

a) berasa benci terhadap sesuatu atau seseorang
b) seperti sampah
c) menganggu orang

(Rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. ms.1381)

Terima kasih, Saudara Basith.


Soalan 2 (istilah Bahasa bekerja)

Anon2: ustaz apa yang dimaksudkan dengan "bahasa berkerja"?

Jawapan: Bahasa bermaksud;

I: a) sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan
(contoh; Bahasa Melayu)
b) percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun
(contoh; Dia tidak tahu bahasa)
II: bahawa (contoh; saya tahu bahasa ia malas)
III: agak, sedikit (contoh; angin sepoi-sepoi bahasa)
IV: basa (gila-gila basa)

(Rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. ms.106-107)

Adapun istilah seperti bahasa baku, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa badan dan sebagainya merupakan kata majmuk yang mempunyai makna tersendiri. Oleh itu bahasa bekerja bermaksud bahasa yang digunakan semasa bekerja.


b) Komsas

Soalan 3(Tema dalam sajak)

Mand: kebetulan ust tengah online sekarang,nak tanya untuk jawab soalan tema bagi sajak,adakah cukup kita memberi tema?kalau nak diikutkan 3 markah di bagi.macam mana ust?


Jawapan: Bagi tema (3 markah), begini caranya menjawabnya; jelaskan (isi tema), huraian dan contoh. Misalnya; Tema Sajak "Sejarah" berpaksikan tentang perjuangan golongan bawahan menentang pemimpin yang zalim demi menegakkan kebenaran.(isi) Rakyat yang selalu tertindas dengan kekejaman pemerintah akan bangkit menentang pemimpin yang gila kuasa dan bersikap kuku besi (huraian). Dalam sajak ini penyajak mewakili golongan rakyat menentang kezaliman pucuk pimpinan demi membela nasib rakyat. (contoh)

soalan 5 (Sudut PandanganPengarang)

Ratucute: ust,dalam soalan novel dia kate jelaskan sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang..macam mane nak wat?

Jawapan: Sila masuk ke Kumpulan Kelas Bahasa Melayu Maya atau klik pada kalimah ini;"Sudut Pandangan Komsas"

Tiada ulasan:

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”