[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Rabu, Julai 25, 2007

Pelajar Bertanya, Ustaz menjawab Siri 03

A) Bahasa

Soalan 1: Tatabahasa (Mencintai atau menyintai)

Pujangga90: assalamualikum ustadz... Saya ingin bertanya.. Saya keliru..mencintai dan menyintai...adkah ianya sama?

Jawapan: Kalimah mencintai merupakan kata terbitan yang terhasil apabil kata cinta (berperasaan sangat kasih kepada sesuatu) menerima imbuhan apitan men...i seperti ditunjukkan dibawah ini;

men- + cinta + i = mencintai

Dalam sistem bahasa Melayu imbuhan men- yang bertemu kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy dan z tetap menjadi men-, contohnya;

Men- + cari = mencari
Men- + dengar = mendengar
Men- + jawab = menjawab
Men- + syarat + kan = mensyaratkan


Adapun imbuhan men- yang berjumpa dengan kata dasar yang bermula dengan huruf s, akan mengubah huruf s kepada y.

Men- + sapu = menyapu
Men- + sayang = menyayang


Kata terbitan menyintai sebenarnya tidak wujud dalam sistem bahasa Melayu. Kalau kata ini wujud, kata dasarnya perlulah kata sinta yang ditambah dengan imbuhan men-...-i. Tetapi kata sinta tidak terjumpa di dalam kamus dewan, kata sintal (gemuk, gempal) dan kata sintar (sejenis burung ) sahaja yang ditemui. Proses seperti di bawah ini perlu berlaku;

Men- + sinta + i = menyintai (tidak wujud dalam bahasa Melayu)

Pada pandang ustaz pemakai kata terbitan menyayangi menjadi keliru apabila kata terbitan menyintai digunakan bagi mengantikan kata tersebut untuk menyedapkan bunyi atau sebutan dalam ayat, contoh;

Ayah menyayangi ibu. (betul)
Ayah menyintai ibu (salah) – sepatutnya; Ayah mencintai ibu.

Sekian.





Soalan 2: Istilah bahasa melayu atau bahasa Malaysia

ratucute: salam...wajarkah BAHASA MELAYU ditukar kepada BAHASA MALAYSIA??

Jawapan: Bagi pandangan ustaz tidak wajar kerana bahasa adalah melambangkan bangsa atau kaum. Sebagai contoh negara maju seperti Britain menggunakan bahasa Inggeris begitu juga Amerika. Mereka tidak menukarkan bahasa mereka kepada bahasa Britain atau bahasa Amerika. Begitu juga dengan Singapura yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dalam masa yang sama mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa yang penting di Singapura. Sama keadaannya di Brunei mereka menggunakan bahasa Melayu, bukannya bahasa Brunei. Bahasa Arab juga begitu keadaanya, tiada istilah bahasa Arab Saudi, bahasa Kuwait, bahasa Iraq, bahasa Iran, bahasa Palestin semua dikenali sebagai bahasa Arab.

Ada juga negara yang menggunakan istilah bahasa Indonesia (bahasa Melayu) sebagai bahasa kebangsaan. Contohnya di Indonesia. Contoh yang lain pula ialah bahasa Korea (Korea), bahasa Jepun (Jepun), bahasa Cina (China).

Hal ini bukannya suatu keutamaan dan sepatutnya tidak timbul lagi. Semua orang di negara kita telah faham bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia berdasarkan artikel perlembagaan (Perkara 152) Akta Bahasa Kebangsaan. Maka sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan adalah terbatal atau tidak sah.

Apa yang lebih penting ialah memartabatkan bahasa Melayu dari segi penggunaannya mematuhi sistem bahasa dan sesiapa yang terjebak dengan anasir penyalahgunaan bahasa perlu disedarkan dan dipulihkan dengan pelbagai usaha lembut seperti kempen-kempen. Malah tidakan tegas juga perlu dibuat sekiranya pelanggaran ketetapan ini berlaku.


b) Kerja kursus

vanilashake: ustaz, adakah ustaz telah mendapatkan kebenaran sekolah untuk kami membawa "thumbdrive" ke sekolah?

Ainsyaf: ustaz boleh mintak email.. nak hantar presentation..

Jawapan: Semua ketua kumpulan bertanggungjawab membuat surat rasmi untuk tujuan ini. Surat rasmi tidak sewajarnya dibuat pada kertas catatan, buku nota atau kertas terbuang dengan tulisan pensil dan pen yang comot. Surat rasmi perlu ditulis dengan format yang betul; kertas yang elok; tulisan yang bersih dan jelas. Kemudian ajukan kepada ustaz, ustaz akan tandatangan dan kemukakan kepada HEM.

Sekiranya cara ini sukar. Hantar saja tugasan anda ke email ustaz: ismiaa@gmail.com



c) Hal-hal lain

maimin: ustaz,denga kaba angin spm akan dipercepatkn sedikit btolke?

Jawapan: Jangan percaya khabar angin. Percayalah kepada maklumat Kementerian Pelajaran.

Tiada ulasan:

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”