[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Jumaat, Julai 13, 2007

Isu Semasa( Mengharumkan nama Negara)



Qobin mulakan kayuhan dari Santa Anita ke FlagStaff
Oleh Irwan Shafrizan Ismail



KUALA LUMPUR: Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin atau Qobin (gambar)memulakan hari pertama ekspedisi berbasikal mengelilingi dunia sejauh 28,
000 kilometer (km) dengan berkayuh dari Santa Anita ke FlagStaff, Los Angeles.


Majlis pelepasan fasa pertama Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua (EE7B) itu dilakukan Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles, Ahmad Anwar Adnan bersama Timbalan Pengarah Pelancongan Malaysia di Los Angeles, Nor Azmi Omar, kira-kira jam 8 pagi (11 malam waktu Malaysia).Qobin, 25, dijangka mengambil masa tiga hingga lima hari melalui Route 66 sebelum meneruskan perjalanan ke Washington DC.


“Cuaca sejuk sekitar 20 darjah Celsius menjadi cabaran untuk saya dengan memastikan badan mendapat air secukupnya sebagai tenaga untuk berkayuh,” katanya menerusi e-mel kepada Berita Harian, semalam.


Penjelajah muda negara itu berkata, ekspedisinya mendapat liputan meluas media di Amerika Syarikat. Antara yang menemuramahnya ialah wartawan Daily Sport Seoul USA, Devin Galaudet; penulis ruangan In The Know Travel dan produser stesen televisyen LA 18, Jannelle So. LA 18 antara stesen televisyen terbesar di Amerika.


“Temuramah berkisar mengenai budaya kita dan Asia, selain menceritakan keindahan Malaysia bagi menarik lebih ramai rakyat Amerika melancong ke negara kita,” katanya.


Beliau berkata, ketika di Amerika seorang ahli perniagaan rakyat Malaysia, Datuk Kadar Shah Sulaiman memberi sumbangan RM10,000.


EE7B yang dianjurkan Kelab Eksplorasi 7 Benua dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), setakat ini mendapat tajaan Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar, Pemuda Umno dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Tiada ulasan:

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”