11 maut MPV rempuh trailer di lebuh raya
Oleh Ahmad Ghazali Musa, Rosli Jalil, Sariha Mohd Ali dan Mohd Azis Ngah
BERI BANTUAN: Anggota bomba dan polis mengeluarkanmangsa nahas MPV dan trailer di Kilometer 96.2,Lebuhraya Pantai Timur dekat Lanchang, semalam.TEMERLOH: Sebelas orang – sembilan warga Myanmar dan dua rakyat tempatan, terbunuh apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sarat dengan 15 penumpang, merempuh sebuah trailer di Kilometer 96.2, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, awal pagi semalam.
Dalam nahas ketika kabus tebal kira-kira jam 4.30 pagi itu, MPV terbabit terperosok di belakang trailer yang membawa muatan bijih besi sebelum terseret sejauh kira-kira 200 meter.
Dalam nahas ketika kabus tebal kira-kira jam 4.30 pagi itu, MPV terbabit terperosok di belakang trailer yang membawa muatan bijih besi sebelum terseret sejauh kira-kira 200 meter.
Semua mangsa termasuk pemandu MPV itu, Fauzi Omar, 41, dari Kampung Pondok Baru, Padang Siam, Tanah Merah, Kelantan dan iparnya, Rozilan Mat Zain, 37, dari Pangsapuri Harmoni, Presint 9, Putrajaya, terbunuh di tempat kejadian, manakala empat lagi lelaki Myanmar cedera parah.
Bagaimanapun, identiti semua warga Myanmar berumur antara 25 dan 35 tahun itu termasuk tiga wanita yang terbunuh, belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan ditemui, dipercayai pendatang tanpa izin.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzilah Mohamed, berkata 13 warga Myanmar yang duduk berhimpit dalam kenderaan itu, dipercayai diseludup melalui Kelantan untuk dihantar ke Kuala Lumpur.
"Tiga orang duduk berhimpit di barisan pemandu dan masing-masing empat penumpang di barisan kerusi kedua dan ketiga, manakala empat lagi penumpang duduk di tempat menyimpan barang," katanya.Berita Harian difahamkan, empat warga Myanmar yang terselamat itu dipercayai duduk di tempat menyimpan barang.
REMUK: Keadaan MPV yang terperosok di bawah lori.Ahmad berkata, pemandu MPV itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya dipercayai mengantuk, sebelum merempuh trailer berkenaan yang bergerak perlahan, kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Lanchang.
Seramai 20 anggota polis serta 14 anggota dari Balai Bomba Mentakab dan Karak dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu.Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) manakala empat lelaki Myanmar yang cedera parah di kepala, dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur petang semalam selepas menerima rawatan awal di HOSHAH.
Ahmad berkata, pemandu trailer terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sini berhubung nahas berkenaan.Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada dua warga tempatan yang terbunuh dalam nahas itu, mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan manusia ke negara ini.
Di KUALA LUMPUR, Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad, berkataini adalah kes pertama membabitkan penggunaan MPV untuk menyeludup begitu ramai pendatang asing.“Sebelum ini, sindiket menggunakan kereta bagi menyeludup pendatang menerusi jalan darat. Kita akan bekerjasama dengan polis untuk kesan dalang kegiatan ini,” katanya.
Sumber: http://www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan