[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Isnin, Ogos 27, 2007

Pelajar Bertanya, Ustaz Menjawab Siri 07

a) Tatabahasa

Soalan 1: adalah dan ialah

Amir1990: Sayidina Hamzah,selepas 'adalah' perkataannya mestilah bukan daripada kata nama.Contohnya Mand,kamu adalah(sepatutunya anda meggunakan kalimah 'ialah' kerana selepasnya terdapat kata nama)pejuang bahasa.Betul tak ustaz?Kalau salah tolong betulkan.

Jawapan: Betul. Anda memang bijak. Kata pemeri adalah perlu hadir sebelum kata adjektif (KA) atau kata sendi nama (KS). Manakala kata pemeri ialah perlu hadir sebelum kata nama (KN). Hal ini boleh diringkaskan seperti di bawah ini;

a) i. adalah + KA (kata Adjektif) Contoh : Ali adalah berani
ii. adalah + KS (Kata sendi nama) Contoh : Kerusi itu adalah dari Jerman

b) ialah + KN (Kata Nama) Contoh: Ahmah ialah polis

soalan 2: sebutan baku

Anon1: assalammualaikum ustaz..sedikit pertanyaan..kenapa perkataan "vandilisme" disebut vandelisma..sedangkan ejaannya tetap ditulis huruf "e" diakhir ayat itu..???


Jawapan: perkataan yang sebenar ialah “Vandalisme” berasal daripada proses pengimbuhan akhiran kata asing (Inggeris). Proses tersebut boleh diringkaskan seperti berikut;


Vandal + isme = Vandalisme

a) Vandal (merosakkan harta benda awam )
b) Isme (kepercayaan, sikap dan perlakuan)
c) Vandalisme (sikap atau perlakuan merosakkan harta benda awam)

Sebutan [vandalisma] tidak dianggap baku, sebutan yang sebenar ialah [vandalisme]


Soalan 3: imbuhan
Kermitt: Ustaz, mengapakah bahasa Melayu mempunyai awal me-(men, mem, me, meng) yang pelbagai? Tidakkah lebih mudah dan kurang mengelirukan jika hanya ada satu sahaja (contohnya: Me+Bazir= Mebazir, Me+Gali= Megali...)? Walaupun mungkin aneh kepada sesetengah orang, tetapi alah bisa tegal biasa.


Jawapan: Setiap bahasa mempunyai sistem yang tersendiri. Maka mematuhi tatabahasa sesuatu bahasa itu lebih utama daripada mempersoalkan kewujudannya sistem bahasa itu.

Soalan 4: ianya
Amir1990: Encik SayidinaHamzah, saya merasakan bahawa kalimah 'ianya' tidak boleh digunakakan kerana 'ia' merujuk kepada kata ganti diri nama ketiga sedangkan 'nya' pula merupakan kata singkatan bagi 'ia/dia'.Jadi 'ia' dan 'nya' tidak boleh digabungkan.Betul tak ustaz?Kalau tidak bersetuju,sila nyatakan pendapat anda.

Jawapan: Betul. “Ia” adalah singkatan daripada kata ganti nama diri ketiga “dia”. Manakala kata “nya” juga kata ganti nama diri ketiga. Sekiranya kedua kata ini digabungkan, maka perkata kata baru wujud iaitu “dianya”. Hal ini menyalahi tatabahasa.

b)Teguran
Ejaan
Kermitt: Ustaz, di bawah kotak "Chat" ini terdapat kesilapan bahasa iaitu istilah "Size Penuh" yang sepatutnya ditulis sebagai "Saiz Penuh". Harap ustaz dapat membetulkannya agar laman web ilmiah yang diberkati ini suci daripada segala pencemaran dan kesilapan bahasa.

Jawapan: Terima kasih kerana menegur Ustaz. Ustaz telah baiki kesalahan tersebut.

c) Hal-hal lain

Gambar G-13 tidak lengkap
Ba6: Assalamualaikum,kenapa gamba banin g-13th macam kurang satu ahli je?Tidakkah kita prihatin?

Jawapan: Ya, ada yang tertinggal, Ustaz harap individu yang bertanggungjawab dapat menghantar gambar yang baru dan lengkap ke email ustaz (ismiaa@gmail.com). Ustaz akan gantikan gambar tersebut.

Pasukan Beruniform
Kermitt: Soalan di luar topik Bahasa Melayu: Ustaz, adakah benar bahawa Al-Amin akan mengadakan lebih pasukan beruniform?

Jawapan: Ya, benar. Pihak sekolah mendapat arahan daripada Pejabat Pelajaran Daerah supaya tidak menutup peluang pelajar menganggotai unit beruniform lain. Harap maklum.


Maaf, ustaz lambat menjawab persoalan anda semua kerana sibuk dengan ekspedisi.

Tiada ulasan:

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”