Ahad, Disember 23, 2007
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
Ibadat haji punyai sejarah dan simbolik perjalanan hidup manusia
"AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!"
Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji.
Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.
Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.
Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Roslan Mohamed, berkata pelaksanaan ibadat haji melalui sejarah panjang dalam tamadun manusia.
"Sejak zaman Nabi Adam AS lagi sudah ada ibadat haji, begitu juga pada zaman Nabi Ibrahim AS tetapi tidak banyak ulama mengkaji kaedah pelaksanaan pada zaman itu.
"Pelaksanaan ibadat haji secara lengkap dan sempurna seperti hari ini bermula pada tahun kesembilan Hijrah apabila turunnya wahyu daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab menunaikan haji pertama di Makkah.
"Seterusnya pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengetuai rombongan haji dan ia adalah haji tunggal dan terakhir Baginda sebelum wafat," katanya.
Roslan berkata, pelaksanaan rukun dan wajib haji serta pelbagai amalan lain dalam ibadat itu memiliki sejarah dan simbolik tertentu kepada perjalanan hidup manusia dari dunia ini sehingga ke alam akhirat.
Mengelilingi Kaabah atau tawaf adalah simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kehidupan di dunia, namun matlamat akhirnya tetap untuk mendapatkan keredaan Allah.
Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Selain itu, tawaf juga adalah amalan malaikat di Baitul Makmur di langit yang terletak betul-betul di atas Baitullah (Kaabah).
Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia - tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan - akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.
Padang Arafah juga adalah tapak bersejarah dalam kehidupan manusia kerana di Jabal Rahmah yang terletak di kawasan itu, Nabi Adam dan isterinya, Hawa bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga. Di situ jugalah Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.
Saie yang menjadi satu daripada rukun haji pula bersempena peristiwa isteri Nabi Ibrahim, Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi anaknya, Nabi Ismail iaitu ketika Makkah belum terkenal.
Hajar mendaki satu tempat tinggi dikenali Safa dengan harapan dapat melihat air, tetapi tiada. Kemudian dia turun dan menuju ke tempat lain, iaitu Marwah, tidak ditemui air.
Sampailah tujuh kali dia berulang-alik antara tempat itu, akhirnya dia menghampiri Marwah dan mendengar satu suara. Dia lalu menoleh dan mendapati malaikat menguis tanah dengan sayapnya sehingga keluar air zam-zam.
Sesetengah pendapat mengatakan, Nabi Ismail yang menguis tanah dengan dua kakinya atau kedua-dua tangannya ketika menangis kehausan, hingga keluar air zam-zam.
Saie secara simbolik memberi gambaran supaya manusia sentiasa berusaha mencari rezeki di dunia selain berusaha mendapatkan pahala di sebalik amal kebaikan untuk menjadi bekalan memperoleh syurga di akhirat kelak.
Melontar Jamrah pula berkait dengan kisah ketika Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail ke sebuah lereng gunung di Mina dan di situ, muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim supaya membatalkan niatnya. Nabi Ibrahim kemudian mengusir iblis itu.
Menerusi peristiwa itulah umat Islam kemudian diwajibkan melontar Jamrah menggunakan batu kecil, sebagai simbol mengusir syaitan dari dalam diri manusia selain simbolik lain adalah 'melontar' jauh sifat kufur dan maksiat dari dalam diri.
Wahyu supaya Nabi Ibrahim menyembelih puteranya itu juga menjadi titik tolak ibadat korban yang dilakukan sempena haji atau Aidiladha. Seperti juga semangat dan keimanan Nabi Ibrahim AS, ibadat korban memberi maksud simbolik betapa manusia itu perlu mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkorban apa saja demi menunaikan perintah-Nya.
FAKTA
Rukun Haji
Ihram dan berniat mengerjakan ibadat haji dimulai sesampai miqat (batas-batas yang ditetapkan).
Wukuf di Arafah, iaitu berhenti di padang Arafah sejak tergelincir matahari 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah.
Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
Saie iaitu berlari kecil atau jalan cepat antara bukit Safa dan Marwah.
Mencukur atau menggunting rambut, sedikitnya memotong tiga helai rambut.
Tertib iaitu menjalankan rukun haji secara berurutan.
Sumber: beritaharian online
Sumber lain untuk menambahkan ilmu : www1.bharian.com.my/Misc/HajiUmrah
Selasa, Disember 18, 2007
Tazkirah:
Oleh Ibrahim Abdullah
SYARIAT dan syarat berkorban ialah dengan niat yang ikhlas dan taat kerana sesungguhnya Allah tidak memerlukan apa pun pengorbanan daripada kita, kecuali atas dasar ikhlas, taat serta patuh kepada-Nya.
Sejarah korban dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu zaman Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW.
Pada zaman Nabi Adam, korban dilaksanakan oleh anaknya, Qabil dan Habil. Menurut sejarah, kekayaan yang dimiliki Qabil mewakili kelompok golongan petani, sedangkan Habil mewakili kelompok penternak.
Pada waktu itu, sudah mula ada perintah, sesiapa yang memiliki harta banyak, maka sebahagian hartanya hendaklah dikeluarkan untuk korban.
Sebagai petani, Qabil mengeluarkan korban daripada hasil pertaniannya, dan sebagai penternak, Habil mengorbankan haiwan peliharaannya untuk korban. Qabil mengeluarkan korban yang afdal (terbaik), iaitu hasil ternakan yang sihat, manakala Habil sebaliknya.
Hal itu diungkapkan dalam firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika mana kedua-duanya mempersembahkan ibadat korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua (Habil), dan tidak diterima daripada yang lain (Qabil). Lalu ia berkata: Aku pasti membunuhnya (Habil)." (Surah al-Maidah, ayat 27)
Ayat di atas, membuktikan korban Habil diterima di sisi Allah atas dasar niat yang ikhlas dan taat dalam menjalankan perintah Allah. Korban Qabil tidak diterima Allah, kerana mengandungi unsur tidak ikhlas dan taat.
Akhirnya, terjadilah peristiwa dan tragedi pembunuhan ke atas Habil oleh tindakan dendam kesumat Qabil. Sejarawan dan ahli tafsir menyatakan, itulah pembunuhan pertama dilakukan di kalangan umat manusia sejak bumi didiami insan.
Kisah korban kategori kedua pula adalah pada zaman Nabi Ibrahim. Baginda bermimpi mendapat perintah daripada Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Keikhlasan dan ketaatannya diberi imbalan oleh Allah, iaitu menyelamatkan Ismail dan menggantikannya dengan seekor kibasy.
Peristiwa korban itu memberikan teladan, untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan. Berjuang untuk mencapai kemuliaan, ternyata mesti ditempuh dengan berkorban.
Orang yang menyatakan dirinya berjuang, tanpa ada kemahuan untuk berkorban, sesungguhnya bukanlah pejuang melainkan pengikut. Jika ingin maju dan mulia, pasti ada gerakan yang dipeloporinya untuk berjuang sekali gus berkorban, iaitu mendekatkan diri kepada Allah.
Korban kategori ketiga, ialah zaman Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat perkara yang diingininya)." (Surah al-Kauthar, ayat 1-3)
Syariat dan ibadat korban, bukanlah menyembelih haiwan setahun sekali. Yang penting ialah keikhlasan dan ketaatan menunaikan perintah Allah. Allah menguji iman, seperti menguji keimanan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan menyembelih Ismail. Allah tidak memerlukan darah dan dagingnya. Allah sekadar menguji keimanan Ibrahim dengan perintah dan ujian yang sangat berat itu.
Syariat dan ibadat korban terus berlaku hari ini hingga kiamat. Oleh itu, pada masa keperluan ekonomi semakin meningkat, akan wujud rasa berat untuk melaksanakan ibadat korban tetapi tugas itu akan menjadi ringan apabila kita ikhlas.
Bertepatan dengan keadaan saudara kita di beberapa negeri yang berhadapan tragedi banjir, ibadat korban yang dilakukan dan daging disedekahkan kepada mangsa sedang berhadapan dengan ujian dapat meringankan beban serta mengeratkan hubungan sesama manusia.
Begitu juga dengan program mengadakan ibadat korban di luar negara hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib masyarakat Islam di tempat lain yang mengharapkan kehadiran Aidiladha membawa kegembiraan kepada mereka.
Meskipun haiwan yang disembelih, namun sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah haiwan dikorbankan itu. Yang dilihat Allah adalah niat ikhlas dan taat yang ada pada diri orang yang berkorban.
Allah berfirman yang bermaksud: "Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya." (Surah al-Hajj, ayat 37)
Sesetengah pihak berpendapat, kekayaan harta yang diperoleh adalah hasil jerih payahnya, kepandaian dan ilmunya. Mereka melupakan inayah dan pertolongan Allah.
Khamis, Disember 13, 2007
Isu Bahasa Melayu: Pengajaran Matematik Dan Sains dalam Bahasa Inggeris
Negara rugi besar jika dasar PPSMI dihentikan
Oleh Syuhada Choo Abdullah
Subjek Sains, Matematik dalam BI perlu masa capai matlamat
LANGKAH kembali kepada pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia boleh menyebabkan kerugian besar kepada negara dalam menghadapi persaingan pasaran ekonomi antarabangsa, sekali gus menenggelamkan suara Malaysia di pentas dunia.
Malah, ia akan turut menyebabkan pelaburan besar kerajaan melaksanakan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003, menjadi sia-sia dan membazir.
Tindakan itu juga akan mengakibatkan pelajar berdepan dengan masalah ketika mengikuti pengajian tinggi serta bidang kerjaya pada masa depan.
Demikian antara penekanan digariskan dalam rumusan hasil perbincangan meja bulat pada Kolokium Kebangsaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang dihadiri 220 peserta seluruh negara, kelmarin.
Rumusan terbabit disampaikan Naib Presiden Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (Melta), Dr Ganakumaran Subramaniam, pada akhir program berkenaan.
Hasil kolokium sehari anjuran Melta itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran, minggu depan, untuk tindakan sewajarnya.
Berdasarkan hasil perbincangan meja bulat itu, Dr Ganakumaran berkata, pelaksanaan PPSMI perlu diteruskan berikutan peranan utama bahasa Inggeris sebagai bahasa global dan juga bahasa teknologi.
Justeru, beliau berkata, pembelajaran ilmu dua bidang penting berkenaan dalam bahasa Inggeris akan memanfaatkan negara di pentas dunia, di samping membantu pelajar dalam mengikuti pengajian tinggi.
“Perkara ini boleh dilaksanakan kerana negara mempunyai sumber, bahan dan kepakaran. Kita ada `pelan kelas pertama’ tetapi memerlukan lebih masa untuk melaksanakan perancangan itu di seluruh negara secara berkesan.
“Dalam konteks ini, antara usaha sedang dibuat ialah menyediakan tenaga kerja seperti mengadakan kursus jangka pendek bagi guru terbabit,” katanya.
Melalui PPSMI, Dr Ganakumaran berkata, guru diperuntukkan alat serta kemudahan mengakses ilmu pengetahuan dan pembelajaran berterusan.
Bukan itu saja, beliau berkata, pelajar juga berupaya mengakses ilmu pengetahuan berikutan 85 peratus daripada sumber internet menggunakan bahasa Inggeris.
Katanya, ini secara langsung membolehkan pelajar menjadi `global players’ dan berpendidikan tinggi dengan mereka semakin selesa menggunakan bahasa Inggeris secara berperingkat, manakala negara pula menikmati penjanaan sumber manusia yang lebih baik.
Beliau berkata, matlamat PPSMI mampu dicapai meskipun wujud jurang perbezaan antara sekolah bandar, pinggir bandar dan pedalaman jika langkah menanganinya dilaksanakan dalam semua aspek berkaitan.
Bagi aspek guru, katanya, antara langkah perlu diambil ialah menggalakkan lebih ramai pendidik berpengalaman dan mahir untuk mengajar di sekolah luar bandar.
sumber: berita harian online
Selasa, November 27, 2007
YB dakwa DBP alami 'kemandulan minda' (Versi Jawi)
يب دعوا دبڤ عالمي ءكماندولن مينداء اوليه عبدالحاليم يوسف كوالا لومڤور: جاوتنكواس اصطلاح ديوان بهاس دان ڤوستاك ﴿دبڤ﴾، ددعوا مڠالمي سيندروم ءكماندولن مينداء كران ڬاڬل ممبوات ڤڽليديقن سڤرتي سرجان دان علمووان سيلم اونتوق منچاري اصطلاح بارو بهاس ملايو. اهلي ڤرليمين ڬريك، داتوق در وان هشيم وان تيه، بركات كڬاڬالن جاوتنكواس ايت مڽببكن دبڤ چندروڠ ممينجم ڤركاتان ايڠڬريس دان منجاديكنڽ اصطلاح ملايو سهيڠڬ كاموس ديوان كيني سأوله-اوليه ڬيدوڠ بهاس روجق. "ڤركاتان سڤرتي كونسولتنسي دان باجيت أومڤامڽ اداله درڤد بهاس ايڠڬريس، تتاڤي سوده دتريما ڤاكاي دالم بهاس ملايو سداڠكن دبڤ سڤاتوتڽ بروسها ممبوات ڤڽليديقن منچاري اصطلاح لبيه سسواي. "ڤركاتان سنيق كيني سوده بوليه دڬوناكن سداڠكن دالم بهاس ملايو، اصطلاح جاجن لبيه سسواي اونتوق توجوان ايت،" كاتڽ دالم سؤالن تمبهن كڤد كمنترين ڤلاجرن د سيني، سمالم. در وان هشيم جوڬ برتاڽ سام اد دبڤ مڠمبيل تيندقن ترهادڤ كمنترين كواڠن كران مڠڬوناكن ڤركاتان باجيت باڬي بلنجاوان سداڠكن مڠيكوت كاموس ديوان، ڤركاتان باجيت ايت اياله باڬي كڬونأن تيدق فورمل. ستياءوسها ڤرليمين كمنترين ڤلاجرن، ڤ كومالا ديۏي، كتيك منجواب سؤالن ايت بركات، بهاس سسبواه مشاركت اداله ديناميك مڽببكن برلاكو ڤينجامن ڤركاتان درڤد بهاس لاين. كومالا بركات، كراجأن مڠمبيل ڤلباڬاي ڤندكتن اونتوق مڠورڠكن ڤڠڬوناان بهاس روجق دان دبڤ ڤولا منوبوهكن جاوتنكواس سبوتن دان اصطلاح باڬي مناڠني بهاس روجق. سمنتارا ايت، داتوق در محمد شهروم عثمان ﴿بن-ليڤيس﴾ دالم سؤالن تمبهنڽ منچادڠكن دبڤ دان اينستيتوت ترجمهن نڬارا ﴿اتنم﴾ بكرجاسام اونتوق منچيڤتا اصطلاح بهاس ملايو. |
اوفوك ميندا : Ufuk Minda (jawi)
اوفوك ميندا: منونتوت علمو اوسه سمڤأي ڤيڠڬيركن بهاس ملايو برسام ڤروف در سيدق بابا اخير-اخير اين تيمبول لاڬي ايسو كڤنتيڠن بهاس ملايو دان بهاس ايڠڬريس سباڬاي بهاس اوتام دان بهاس كدوا. سچارا ڤرونداڠن، ستاتوسڽ اداله جلس دالم كونتيك س مليسيا، تتاڤي اسڤيك ڤڠڬوناانڽ منجادي ايسو انتارا اينتڬريتي دان كممڤوان منداڤتكن علمو مڠڬوناكن بهاس ايڠڬريس. بڠسا ڠلو-سكسون اتاو اورڠ ايروڤه مڠهانتر اورڠ يڠ ماهير بربهاس عرب اونتوق داتڠ ك اندالوسيا ممڤلاجري دان مڠواساءي علمو اورڠ اسلام دالم سڬالا بيدڠ، كمودين منترجمهكنڽ ك بهاس لاتين اتاو ابراني سباڬاي اساس ماجو دان بروبه. ستراتيڬي مريك اياله مڠكلكن اينتڬريتي سباڬاي بڠسا ايروڤه دان مڠواساءي علمو ڤڠتاهوان درڤد تمدون لاين اونتوق ماجو. دالم كونتيك س مليسيا، بهاس ملايو برادا دالم كدودوكن يڠ اونيك اونتوق دجاديكن بهاس اينتڬراسي دان بهاس علمو. ممڤركاس ديري دڠن ڤڠواسأن بهاس ايڠڬريس ماله بهاس لاين ساتو كڤرلوان كران صفة زمان بروبه دان ڤركوڠسين علمو دالم تمدون اورڠ لاين اداله دتونتوت. اونيكڽ، بهاس ملايو دالم كونتيك س اومت ملايو ترڤانچر اصطلاح دان معنى يڠ براسسكن سيستم نيلاي. سجق مرديك تربوقتي بهاس اين دڬوناكن د ڤوست ڤڠاجين تيڠڬي خصوصڽ دالم بيدڠ ساءين س، تيكنولوڬي دان ڤروبتن. لولوسن سكوله دان اينستيتوسي يڠ مڠڬوناكن بهاس ملايو تربوقتي برجاي ملنجوتكن ڤلاجرن ك لوار نڬارا تيدق ساج د اونيۏرسيتي يڠ مڠڬوناكن بهاس ايڠڬريس تتاڤي جوڬ بهاس ڤرانچيس، جرمان، جيڤون، كوريا دان سباڬايڽ. ڤرسوالن بربڠكيت اياله ممڤركاس بهاس ايڠڬريس مڽببكن ستاتوس اڤليكسي بهاس ملايو برنسور-انسور دڤيڠڬيركن. ڤڠڬوناانڽ دالم سوبجيك ساءين س دان ماتماتيك تيدق ساج ممبري كسن ڤنچڤاين دالم اكادميك، تتاڤي منجاديكن ڤڠڬوناان بهاس ملايو سماكين تيدق ڤنتيڠ. لبيه ممبيمبڠكن لاڬي، اي منجادي بهاس روجق دالم كڬونأن هارين. اين باكل مڽنتوه اينتڬريتي بهاس ملايو سباڬاي بهاس علمو دالم كونتيك س سبواه نڬارا مرديك. ممڤركاس بهاس ايڠڬريس سباڬاي بهاس كدوا، ماله بهاس مندارين سباڬاي بهاس كتيڬ اونتوق مڠهادڤي چابرن ڤروبهن امت ڤنتيڠ. اي منونتوت ڤندكتن ڤڠاجرن يڠ ديناميك دان كرياتيف د بيليق درجه سرتا كليه سوڤاي كسن ڤڠواسأنڽ ترسرله. كماجوان تيكنولوڬي سرتا مودول تركيني دالم ڤڠاجرن دان ڤمبلاجرن بهاس كدوا دان كتيڬ تربوك لواس اونتوق داڤليكسيكن سوڤاي تيدق ساج ڤڠواسأن بهاس ايبوندا منجادي تڬوه تتاڤي دالم ماس سام ڤڠواسأن بهاس ايڠڬريس منجادي لبيه باءيق. تيدق اد اساس اكادميك دان حجه اينتڬريتي يڠ مڽاتاكن منيڠڬلكن بهاس ايبوندا دالم مڠواساءي علمو دان منداكڤ بهاس كدوا منجادي بهاس اوتام مڽببكن سسواتو بڠسا ايت ماجو. اورڠ ڤرانچيس، جرمان، جيڤون، چينا دان كوريا ماسيه تتڤ ممڤرتاهنكن اينتڬريتي بهاس ايبونداڽ اونتوق ماجو تتاڤي دالم ماس سام، امت تربوك باڬي مڠواساءي بهاس لاين سباڬاي ستراتيڬي اونتوق ماجو دان ممباڠون. ستراتيڬي مليسيا اونتوق تروس تيدق مڠوبه ڤرونتوكن ڤرونداڠن مڠناءي ستاتوس بهاس ايبوندا باءيق دالم ڤرلمباڬان اتاو اكتا ڤنديديقن اداله سسواتو يڠ بيجق. ممبري كاوتامأن اونتوق ممڤركاس بهاس ايڠڬريس دان بهاس لاين اداله لڠكه ستراتيڬيق اونتوق ماجو. ڤسيكولوڬي اين هاروس دڤركوكوهكن دڠن تڬوه دان منتڤ سباڬاي ورڬ مليسيا تيدق ساج دالم داسر تتاڤي جوڬ دالم عملي سرتا اڤليكسي. ممبري فوكوس مڠناءي ساءين س دان ماتماتيك ڤنتيڠ درڤد سودوت علمو دان اكادميك. مڠڬوناكن بهاس ايڠڬريس سباڬاي بهاس ڤڠنتر بوليه ممبريكن دوا ايمڤليكسي بسر. ڤرتام، بيدڠ ساءين س دان ماتماتيك امت راڤت هوبوڠنڽ دڠن چورق علمو ڤڠتاهوان دان كماهيرن يڠ بركمبڠ ڤد ماس كيني دان دڤن. منجاديكن بهاس ايڠڬريس سباڬاي بهاس اوتام مڽببكن جڠك ڤنجڠڽ مميڠڬيركن كڤنتيڠن بهاس ملايو سباڬاي بهاس علمو. اي جوڬ مڽنتوه مڠناءي ڤرسوالن اينتڬريتي كران بهاس ايت دكايتكن دڠن جيوا سسواتو بڠسا. ملقساناكن ستراتيڬي ممڤركاس بهاس ايڠڬريس تنڤا ملاكوكن ڤروجيك ڤرينتيس، ڤرسياڤن ڬورو دالم ڤڠواسأن بهاس، ڤراسارنا ڤمبلاجرن تيدق كوندوسيف د لوار بندر مڽببكن وجودڽ جورڠ ڤنچڤاين يڠ بربيذا دان بوليه مڽببكن كچيچيرن ملبر. كڤوتوسن كمنترين ڤلاجرن اونتوق مڠكاجي داسر اين ڤد 2008 اداله سواتو لڠكه بيجقسان دان تيدق ترلالو ليوات. ڤتاندا يڠ اد دالم كڤوتوسن لالو منجادي بوقتي ڤلاجر اكن لبيه موده مڠواساءي علمو دان كماهيرن مڠڬوناكن بهاس ايبونداڽ دان دالم ماس سام ڤمركاسان بهاس ايڠڬريس ممرلوكن ڤرانچڠن دان ستراتيڬي ڤمبلاجرن لبيه بركسن. جك كمنترين ڤلاجرن دان كمنترين ڤڠاجين تيڠڬي داڤت مڠكل دان مڠمباليقن ستاتوس بهاس ملايو سباڬاي بهاس اوتام، بهاس ايڠڬريس سباڬاي بهاس ڤنتيڠ، اي باكل منجاديكن مليسيا نڬارا يڠ ممڤوڽاءي ويبوا. كويبوأن ممڤرتاهن دان مڠمبڠكن فكتور ترس سباڬاي بڠسا مرديك دان تربوك دالم مڠواساءي ايليمن لوار ليڠكوڠن اونتوق مقصود كعلموان دان كماجوان مڠڬوناكن بهاس ڤنتيڠ دنيا. |
Khamis, November 22, 2007
Nasib Bahasa Melayu
Naqdu: 'Usah biarkan anak bangsa jadi korban'
Bersama Salbiah Ani
dahiya@bharian.com.my
HAKIKAT pengajaran subjek Sains dan Matematik perlu dikembalikan ke bahasa Melayu sudah diperjuangkan kalangan pencinta bahasa mahupun sasterawan sejak awal cadangan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah diumumkan kerajaan.
Alasan bahawa pendekatan terbabit diambil bagi membolehkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dilihat tidak realistik, memandangkan kedua-dua subjek berkenaan terkeluar bukan pilihan terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa seseorang.
Seperkara yang paling dibimbangi ialah pencapaian pelajar Melayu dalam kedua-dua subjek berkenaan akan terus merosot memandangkan sebahagian besar mereka sebelum ini sememangnya tidak menguasai Sains dan Matematik, apatah lagi apabila ia diajar dalam bahasa Inggeris.
Antara sasterawan paling lantang mengemukakan pandangan berhubung perkara ini dan disertai dengan perangkaan adalah penerima Anugerah Pejuang Bahasa 2004, Persatuan Linguistik Malaysia, Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain.
“Selepas terbinanya impian indah dalam semangat besar kemerdekaan empat dasawarsa yang lalu, bahasa Melayu kini mengalami luka sejarahnya. Peristiwa bahasa 2003 mengandungi makna berganda: kuasa politik menunjukkan kekuatannya; golongan budaya menghalalkannya - hanya sekelumit yang menentangnya. Yang jelas, pada saat bahasa Melayu itu terpinggir, ia menunjukkan watak munafik ramai orang,” katanya yang juga Timbalan Presiden, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).
Sebelum mengeluar kenyataan pedas lagi sinis itu, beliau sudah pun menyuarakan kengeriannya akan akibat daripada dasar terbabit pada 18 Mei 2003 ketika menjadi panel Forum Kembara Bahasa di Pahang anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Berita Harian.
Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah mulai 2003 diyakini akan mengakibatkan 47 lagi mata pelajaran terpaksa dikendalikan dalam bahasa itu pada masa depan,
Andaian total 47 subjek akan terpaksa dikendalikan dalam bahasa Inggeris pada masa depan dibuat berdasarkan peningkatan jumlah sebenar mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar di sekolah menengah.
Bukan saja subjek Fizik, Biologi, Kimia, Matematik Moden dan Matematik Tambahan, perlu diajar dalam bahasa Inggeris, bahkan mata pelajaran vokasional, perdagangan dan ekonomi, ekoran penekanan kepada bidang sains dan teknologi dalam usaha negara ini mengejar kemajuan material.
“Jika keadaan itu berlaku maka ia akan mengakibatkan 47 mata pelajaran di sekolah menengah akan diajar dalam bahasa Inggeris berbanding 19 mata pelajaran dalam bahasa kebangsaan dan sekiranya itu terjadi, maka penggunaan bahasa kebangsaan akan terpinggir akhirnya,” katanya.
Begitu kebimbangan Baha sejak awal mengenai perkara terbabit dan hanya diberi perhatian pihak yang memperjuangkan nasib untung bangsa Melayu negara ini pada Perhimpunan Agung Umno 2007 lalu.
Mantan Editor Dewan Sastera, Abdul Ahmad, ketika menghubungi penulis menyatakan hasratnya untuk melihat Pemuda Umno bersungguh dalam isu Sains dan Matematik kembali diajar dalam bahasa Melayu seperti dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu.
“Isu bahasa dan agama adalah isu yang membolehkan Umno mendapat sokongan orang Melayu apalagi di luar bandar. Sesungguhnya kelompok Melayu di luar bandar tidak mempedulikan tindakan memburukkan tokoh tertentu kerana perkara terbabit tidak dekat dengan mereka,” katanya.
Bagaimanapun Pemuda Umno diharapkan berlaku jujur dalam memperjuangkan perkara ini,
Meskipun tidak dapat dinafikan perkara terbabit adalah senjata paling ampuh dalam mendapatkan sokongan ahli demi mengekalkan kuasa politik, tetapi ia lebih diharapkan dijadikan sebagai agenda perjuangan bangsa Melayu, seperti menjadi amalan parti politik yang mewakili bangsa tertentu di negara ini.
Dua pandangan terbabit mewakili pandangan kelompok dewasa yang memahami onak dan duri dalam mempertahankan maruah bahasa rasmi negara ini dan bangsa Melayu dalam menegakkan perkara hak dan batil.
Tinjauan penulis terhadap beberapa pelajar sekolah menengah yang terbabit secara langsung dengan perubahan dasar dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran terbabit mendapati mereka berasa menjadi mangsa keadaan.
“Jika Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Melayu, saya tidak akan dapat memahami dan menjawab soalan peperiksaan kerana masalah istilah. Saya sudah terbiasa belajar kedua-dua subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris sejak Tingkatan Satu,” katanya dalam nada kesal.
Kebimbangan kelompok pelajar ini dijawab Abdul dengan kenyataan bahawa infrastruktur sudah ada dan mereka tidak perlu risau.
Isnin, November 12, 2007
Salam Perjuangan...
Jumaat, November 09, 2007
Koleksi Nasyid: Khas Buat Pelajar-pelajar T5 SMIAAG yang akan berjuang...
Koleksi nasyid: 1.nostalgia 2. Amalulillah 3.Doa Perpisahan 4.Sunnah Berjuang 5.Permata Yang dicari 6.Damai Yang Hilang 7. Menanti di Barzakh
anak-anak didikku
Nostalgia lalu tak mungkin dapat kembali...
nostalgia lalu hanya mampu menggamit rindu...
teruskan perjuanganmu tanpa gentar...
Semoga kalian berjaya mendapat A1 dalam Subjek Bahasa Melayu
dan semua subjek yang kalian ambil. Amin...
Daripada; Ustaz Idris dan keluarga
Rabu, November 07, 2007
Sajak: SPM 2007
SPM 2007
Sijil Pelajaran Malaysia
sejarah pernah melakarkan
sebilangan pelajar meraih
sukses penuh makna
senyum penuh mesra
Sijil Pelajaran Malaysia
sirah pasti memaparkan
segala pahit menerpa
sengsara pasti mencengkam
seksa, pasrah, membosankan
Sijil Pelajaran Malaysia
serlahkan peribadi Muhammad s.a.w
seorang pembela manusia
semangat pejuang mujahid
sematkanlah pada mindamu
sebagai peneraju matlamatmu
Sijil Pelajaran Malaysia
bukan
Suka-suka
bukan
ponteng-ponteng
bukan main-main
Sijil Pelajaran Malaysia
bukan juga
Sijil Pinangan Malaysia
sutera biru : 7 hb November 2007
Isnin, Oktober 29, 2007
Gerak Gempur: BM SPM
Sila buat demi kejayaan anda.
Siri Gerak Gempur yang akan dilaksanakan;
1. Gerak Gempur: Tatabahasa
Rabu, Oktober 17, 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kepada Semua pelajar Tingkatan 5 SMIAAG.
Maaf zahir dan Batin
Semoga Kalian menjadi insan yang berjaya
di dunia dan akhirat
Amin..
Sabtu, Oktober 06, 2007
Ucapan Tahniah
Selasa, Oktober 02, 2007
Latihan BM PUI SPM siri 07
Soalan Pemahaman 2a, 2b, 2c dan 2d
Tarikh Hantar: 8 Oktober 2007 (Isnin)
Selamat Menjawab.
Semoga Kalian Berjaya mendapat 1A.
Amin...
Rabu, September 26, 2007
Ramadan masa sesuai henti tabiat merokok
Beliau berkata, ketagihan nikotin mempunyai kesan besar terutama di kalangan perokok tegar. "Ia boleh disamakan dengan ketagihan heroin, cuma tidak sehingga seseorang perokok itu menggigil. Bagaimanapun, mereka yang ketagihan pada nikotin mengalami gejala tarikan antaranya resah gelisah, cepat marah dan hilang tumpuan," katanya. Dr Sallehudin berkata, ketagihan bersifat psikologi pula bergantung kepada persepsi perokok kerana sesetengah orang menghisap rokok untuk menghilangkan rasa mengantuk atau senang membuang air besar.
Beliau berkata, ketagihan secara psikologi mudah diatasi kerana apabila tiba bulan Ramadan, secara automatik semua perokok bersedia bukan saja untuk berlapar dan dahaga malah untuk menahan diri daripada merokok pada siang hari. Katanya, contoh ketagihan dari segi tingkah lagu ialah apabila waktu berbuka, perokok yang mengalami ketagihan akan kembali merokok.
Dr Sallehudin berkata, oleh itu adalah jelas seorang perokok sukar berhenti merokok kerana ketagihannya merangkumi tiga komponen iaitu nikotin, psikologi dan tingkah laku.
Jumaat, September 21, 2007
Oleh Jalal Ali Rahim, Hardi Effendi Yaacob, Hanneeyzah Bariah Baharin, Ifwan Tun Tuah dan Nahar Tajri
GAMBAR (kiri): Mayat ditemui dalam beg, (kanan): Nurin Jazlin Jazimin.
Ujian DNA dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapaSHAH ALAM: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Taman Petaling Utama, Isnin lalu, sepadan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu. Keputusan ujian yang diperoleh polis pada jam 2 petang semalam itu, dimaklumkan kepada ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman sejam selepas itu. Bagaimanapun kedua-duanya, yang dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), menafikan mangsa pembunuhan kejam itu adalah anak mereka.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata Jabatan Kimia memaklumkan ujian DNA itu mendapati 99.99 peratus sampel darah kanak-kanak itu sepadan dengan sampel darah ibu bapa Nurin, yang diambil selepas proses pengecaman mayat kali pertama, Isnin lalu. "Ujian DNA mengesahkan sampel darah itu mempunyai padanan. Sains sudah membuktikan identiti mayat itu. Apa lagi yang boleh kita buat kalau keputusan ini tidak boleh diterima keluarganya," katanya pada sidang media di sini, semalam. Sehubungan itu, Khalid berkata, ujian susulan akan dijalankan bagi menentukan kesahihan identiti mayat kanak-kanak perempuan itu.
GAMBAR (kiri): Jazimin Abd Jalil dan (kanan): Norazian Bistaman.
"Kita sudah meminta ibu bapa Nurin serta kakaknya untuk diambil darah mereka bagi ujian selanjutnya. Ahli keluarga terdekat Nurin, termasuk datuk dan neneknya akan turut diminta membuat pengecaman. Kita berharap semua pihak, terutama keluarga Nurin dapat memberi kerjasama penuh dalam usaha menyelesaikan kes ini," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis sudah mendapat petunjuk awal bagi menjejaki pembunuh kanak-kanak itu. "Kita sedang mengawasi seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di ibu negara.
20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan
Tugasan PUI BM Siri 06
1. Menukar Ayat (MODEL 1;soalan 3 bhg b;ms 6)
2. Cakap pindah (MODEL 2;soalan 3 bhg b;ms 13)
3. Ayat biasa kepada ayat songsang (MODEL 3;soalan 3 bhg b;ms 20)
4. Menggabungkan ayat (MODEL 5;soalan 3 bhg b;ms 32)
5. Menganalisis Jenis Ayat (MODEL 6;soalan 3 bhg b;ms 38)
6. Memisahkan ayat (MODEL 7;soalan 3 bhg b;ms 45)
7. Tukar ayat (Percubaan;soalan 3 bhg b;ms 52).
Sila buat dan hantar pada 26 haribulan September 2007
Selamat menjawab.
"Usaha tangga kejayaan"
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan"
Isnin, September 10, 2007
Selamat menyambut Ramadhan
Semoga kita akan digolongkan oleh Allah
sebagai umat manusia yang soleh
yang akan menjadi penghuni syurga-syurga Allah,
Amin....
Banyakkan membaca al-quran, memahaminya dan mengamalkannya
Tazkirah Menyambut Ramadhan 2
Posted by Ibn Zain Al-Abidin Al-Burnuni
Tinggal beberapa hari lagi, insya Allah, kita memasuki Bulan Suci Ramadhan; bulan yang penuh dengan rahmat, berkah dan maghfirah Allah SWT. Abu Hurairah ra. menuturkan bahwa Nabi saw. pernah bersabda ketika datang bulan Ramadhan:
«قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا قَدْ حُرِمَ»
Sesungguhnya telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah; Allah mewajibkan atas kalian berpuasa di dalamnya. Pada bulan itu pintu-pintu surga dibuka; pintu-pintu neraka ditutup; setan-setan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang nilai amal padanya lebih baik dari seribu bulan. Karena itu, siapa saja yang tidak berhasil memperoleh kebaikannya, sesungguhnya dia tidak akan dapat lagi memperoleh kebaikan selama-lamanya. (HR. an-Nasa’i dan Ahmad)
Rasulullah saw. juga bersabda:
«مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»
Selain beragam keutamaan Bulan Ramadhan yang telah secara berulang diungkap oleh para ulama, pada bulan ini juga terjadi banyak peristiwa penting. Penyebaran Islam, perluasan pengaruh, penggabungan beberapa daerah kedalam kekuasaan Islam, dan penghentian kezhaliman terlihat dominan terjadi pada bulan penuh berkah ini. Salah satu peristiwa penting yang dialami oleh Rasulullah saw. adalah kemenangan dalam Perang Badar. Perang ini terjadi pada bulan Ramadhan, dengan kekuatan pasukan yang sangat tidak berimbang. Jumlah pasukan Quraisy sekitar 1.000 orang, dengan 100 pasukan berkuda dan 700 unta. Mereka dilengkapi dengan aneka makanan dan wanita-wanita penghibur. Sebaliknya, jumlah pasukan Islam hanya 315 orang, dengan perlengkapan yang sangat terbatas. Pasukan Islam dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad saw. dengan kendaraan perang hanya dua ekor unta.
Kemenangan umat Islam dalam Perang Badar itu dipilih Allah terjadi pada bulan Ramadhan. Pada bulan ini pula terjadi peristiwa Fath Makkah (Pembebasan Kota Makkah) oleh kaum
Pada masa Rasulullah saw., beberapa peristiwa penting lain juga terjadi pada bulan Ramadhan, di antaranya adalah: Nuzulul Quran; dimulainya kewajiban zakat fitrah (tahun kedua Hijrah); dimulainya persiapan untuk Perang Khandaq (tahun kelima Hijrah); Rasulullah menerima wahyu kabar gembira akan ditaklukannya kota Makkah (tahun kedelapan Hijrah); Rasulullah mulai mengirim beberapa utusan untuk menghancurkan berhala-berhala yang terkenal waktu itu (juga pada tahun kedelapan Hijrah); terjadi Perang Tabuk dan Rasulullah kembali dari peperangan itu pada bulan yang sama, utusan Thaif datang ke Madinah untuk menyatakan diri masuk Islam di hadapan Rasulullah, dan utusan raja-raja Himyar menyatakan diri masuk Islam (tahun kesembilan Hijrah); Rasulullah mengutus Ali bin Abi Thalib ke Yaman dengan membawa surat dari Beliau untuk penduduknya, khususnya kabilah Hamadan yang seluruhnya masuk Islam dalam satu hari (tahun ke-10 Hijrah).
Lebih dari itu, banyak peristiwa lain yang terjadi pada bulan Ramadhan sepeninggal Rasulullah saw. Muhammad Sa’id Mursy dan Qasim Abdullah, dalam bukunya, Ramadhaniyat, mencatat sejumlah peristiwa penting di antaranya sebagai berikut.
1 Ramadhan:
1 Ramadhan 587 H. Terjadi penghancuran dan penguasaan kota ‘Asqalan yang merupakan pintu masuk menuju kota al-Quds. Penghancuran dan penguasaan kota ini dilakukan oleh Shalahuddin al-Ayyubi sebagai strategi menahan laju kekuatan kaum Salib (Kristen) yang akan merebut kota Quds. Pada hari penaklukannya Shalahuddin al-Ayyubi berkata, “Demi Allah, sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqalan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku. Sebab, penguasaan ‘Askalan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslim.”
Pada 584 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentara Salib dan membebaskan sebagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak Salib (Kristian). Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini terjadi pada pertengahan Ramadhan.
3 Ramadhan:
3 Ramadhan 825 H. Pada hari ini Sultan Murad II dari Kekhalifahan Utsmaniyah mengadakan pengepungan kota Konstantiopel dalam rangka menaklukan dan memasukannya dalam naungan Khilafah. Sayang, setelah sekian waktu peperangan berkecamuk dengan sangat dasyatnya, beliau gagal dan akhirnya kembali ke pusat pemerintahannya tanpa membawa hasil yang diharapkan.
6 Ramadhan:
6 Ramadhan 223 H. Al-Mu’tasim Billah, seorang khalifah ‘Abasiyah, mengepung kota Amuriyah yang merupakan benteng pertahanan terkuat Kerajaan Bizantium di Asia kecil. Usaha beliau berhasil dengan ditaklukannya kota tersebut.
8 Ramadhan:
8 Ramadhan 789 H. Khalifah al-Mu’tasim Billah pada hari ini mengumumkan kepada rakyatnya, “Siapa saja yang merasa dizalimi dan memiliki perkara yang mengantar pada permusuhan maka datanglah kepada saya pada hari Ahad dan Rabi untuk menyelesaikan permasalahannya.” Tradisi ini baru dimulai pada masa beliau dan selanjutnya diikuti oleh para khalifah setelah beliau.
23 Ramadhan:
23 Ramadhan 1270 H. Pada hari ini kekuatan militer Rusia di bawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya terhadap kota Selestriya yang terletak di wilayah Crimea. Pengepungan yang terjadi selama 35 hari ini tidak membawa dampak yang berarti bagi kekuatan Khalifah Utsmaniyah, walaupun kekuatan militer Rusia mencapai 60 ribuan, sementara tentara Utsmaniyah hanya berjumlah 15 ribu orang.
25 Ramadhan:
25 Ramadhan 658 H. Terjadi Perang Ain Jalut antara kaum Muslim dan Tartar. Perang ini merupakan perang besar dalam sejarah Islam. Dalam perang ini, Tartar mampu menguasai banyak daerah Islam dan menjatuhkan Khilafah Abbasiah. Mereka juga berhasil membunuh Khalifah Mu’tashim Billah di Baghdad pada tahun 656 H / 1256 M. Ekspansi Tartar meluas sampai wilayah Gaza di bawah pimpinan Hulagu. Kemudian Hulagu mengirim kurir untuk meminta kepada Sultan Mamluki “Quds” agar tunduk di bawah kekuasaan Tartar. Permintaan ini ditolak oleh Sultan Quds karena menunjukan kehinaan dan kelemahan. Lalu beliau memutuskan untuk menghadapi Tartar dalam pererangan. Selanjutnya, pada hari Jumat tanggal 25 Ramadhan 658 H bertepatan dengan 6 September 1260 M bertemulah dua pasukan besar di wilayah Ain Jalut. Peperangan ini akhirnya berakhir dengan kemenangan kaum Muslim.
28 Ramadhan:
28 Ramadhan 92 H. Kaum Muslim di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia (Spanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan Futuh Andalusia. Thariq bin Ziyad menyeberangi selat antara Afrika dan Eropa atas perintah Musa bin Nushair, penguasa Islam kala itu. Ketika pasukan Islam sudah sampai di seberang, diperintahkannya agar kapal-kapal perang Islam dibakar. Kemudian ia berpidato didepan pasukannya, “Musuh di depan kalian. Jika kalian mundur maka lautan dibelakang kalian.”
Langkah yang beliau ambil dalam membangkitkan semangat kaum Muslim sangat tepat. Tidak ada lagi jalan untuk mundur. Yang ada hanyalah berjuang ‘mati-matian’ dan mengharap pertolongan Allah. Berturut-turut kota demi kota jatuh ke tangan kaum Muslim. Akhirnya, pada bulan Ramadhan jatuhlah Andalusia ke tangan kaum Muslim. Sejarah mencatat bahwa di kemudian hari Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dan menjadi mercu peradaban manusia di zamannya. Kemajuan teknologi yang diperoleh orang-orang Eropa zaman sekarang hanyalah merupakan perpanjangan teknologi umat Islam masa silam.
‘Ibrah (Pelajaran)
Karena itu, sudah selayaknya setiap Ramadhan umat Islam membangkitkan ruhul jihad, untuk melengkapi ruhul ‘ibadah. Sudah selayaknya umat Islam pada bulan ini menyadari kembali setiap ancaman musuh, yakni Negara kafir imperialis, yang selalu menaruh dendam dan kebencian terhadap mereka. Sudah terlalu banyak bukti betapa kaum kafir demikian memusuhi umat Islam. Pembunuhan massal oleh Amerika di Afganistan dan Irak serta kebrutalan Israel terhadap rakyat Palestina yang didukung Barat hanyalah secuil ‘kejahatan mereka’ terhadap umat Islam. Bahkan George W Bush’s menegaskan akan menyerang siapapun yang menginginkan pendirian kembali Kekhilafahan Islam di Timur Tengah, sebagai bagian dari “perang melawan teror”. Padahal, seluruh ulama mu’tabar sepakat wajibnya kaum Muslim memiliki khilafah sebagai penegak syariat dan penyatu umat. Dalam pidatonya pada konvensi Tentara Amerika ke-89 28 Agustus lalu, Bush kembali berbicara mengenai “ekstremis” yang harus dilawan Amerika. Dia berbicara dalam konteks sensasional bahwa “ekstremis” adalah “keinginan untuk menjejalkan visi gelap yang sama sepanjang Timur Tengah dengan menegakkan Kehhilafahan radikal dan penuh kekerasan yang wilayahnya merentang dari Spanyol ke Indonesia ”. Sungguh, ini ungkapan provokatif dan cerminan ideologi penuh kebencian.
Berbagai pelecehan dan penghinaan orang-orang kafir terhadap Islam serta penodaan atas kemuliaan dan keagungan Baginda Nabi Muhammad saw. pun sudah tidak terhitung jumlahnya. Kasus mutakhir adalah pemuatan karikatur yang melecehkan dan menghina Nabi Muhammad saw. pada bulan Agustus 2007 di sebuah harian lokal di Swedia. Kasus ini merupakan rentetan dari sejumlah peristiwa yang sama, yang terjadi sebelumnya di Denmark .Pada bulan Ramadhan ini, tidakkah ruhul jihad kita bangkit menyaksikan secara kasat mata berbagai kezaliman negara-negara kafir terhadap Islam dan kaum Muslim? Sudahkah diri kita merupakan bagian dari kaum Muslim yang berjuang melenyapkan kezaliman dengan menegakkan Islam? Belum tibakah saatnya bagi kita untuk meneladani generasi salafush-shalih yang justru meningkatkan intensitas ibadah, kepedulian, dan ruh perjuangannya pada bulan Ramadhan?[]
Tazkirah Menyambut Ramadhan
Khamis, September 06, 2007
Semak Kekeliruan Ejaan Bahasa Melayu
Cari perkataan yang anda tidak pasti/ keliru ejaannya.
Klik pada abjad di bawah ini untuk pencarian anda.
[ A-Z ][ 0-9 ][ A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z ]
Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka
Selasa, September 04, 2007
Isu Pelajar: Rotan
Oleh S. ANAND KUMAR
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji cadangan memperkenalkan semula hukuman merotan pelajar di khalayak ramai jika tindakan itu bersesuaian dengan undang- undang dalam negeri dan antarabangsa.
Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, penggubalan undang-undang dan peraturan mengenai perkara itu akan diambil kira supaya ia selaras dan tidak bercanggah dengan akta sedia ada.
“Kita sedang bincang perkara ini dan pertimbangan juga mengambil kira aspek perundangan kerana hukuman merotan di khalayak ramai diwujudkan pada tahun 1959.
“Ketika itu (1959), Akta Hak Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu belum wujud lagi,” katanya.
Noh berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Wan Hashim dalam soalan tambahannya mencadangkan supaya hukuman rotan di khalayak ramai dikembalikan semula bagi mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar.
Noh berkata, kuasa merotan diberikan kepada pengetua atau guru besar, namun begitu peraturan itu dilonggarkan apabila kementerian mengeluarkan satu pekeliling pada tahun 2003 mengenai larangan hukuman tersebut di khalayak ramai.
“Oleh kerana tindakan merotan ini bukan sahaja untuk menghukum tetapi juga untuk mendidik, maka dalam Pekeliling 2003 telah dinyatakan rotan di khalayak ramai tidak dibenarkan melainkan tindakan (merotan) ini mestilah dalam bilik guru dan disaksikan oleh seorang guru,” ujarnya. (untuk berita penuh, sila baca surat khabar)
Sumber: Utusan Online
Apa komen anda?
Ahad, September 02, 2007
Sajak: Kejayaan dan Kegagalan Bukan Milik Kita
Peperiksaan Percubaan SPM
a)Adab-adab berdoa
Menjauhi makanan yang haram
Berdoa dengan ikhlas semata-mata kerana Allah
Dengan ada air sembahyang
Selalu melakukan sunat wuduk
Berdoa dengan suara perlahan-lahan
Mengakui kesalahan yang telah lalu
Memulai dengan memuji Allah, berselawat dan ditutup dengan selawat
Diulangi doa sebanyak tiga kali
Jangan meminta perkara yang mustahil
Dengan hati yang yakin bahawa doanya diterima oleh Allah
b)Waktu-waktu yang baik berdoa
Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah)
Pada bulan Ramadhan
Pada malam Jumaat
Pada hari Jumaat
Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
Pada tengah malam
Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam)
Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)
Pada waktu sahur (sebelum fajar)
Sesudah berwuduk
Ketika orang azan untuk sembahyang
Antara azan dan iqamat
Ketika orang mengucapkan iqamat
Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
Di dalam pertempuran di medan perang
Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu
Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
Ketika sedang membaca Al-Quran
Setelah tamat membaca Al-Quran
Ketika minum air zamzam
Pada waktu ayam jantan berkokok (pda waktu pagi)
Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
Pada waktu turun hujan
Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu
c) Sebab-seba doa tidak diterima
Ketika Ibrahim bin Idham (seorang sufi) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?". Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:
1.Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
2.Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
3.Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4.Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5.Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6.Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7.Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8.Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9.Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
10.Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.
d) Pilih beberapa Doa menghadapi peperiksaan untuk diamalkan di bawah ini;
http://permai1.tripod.com/doa.html
http://bmsmiaag.googlegroups.com/web/doa+pelajar.pdf
Isnin, Ogos 27, 2007
Tazkirah: Bulaan Syaaban
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Muslim digalak bertaubat mohon keampunan, keredaan pada bulan rahmat
SYAABAN adalah antara bulan mulia di sisi Allah. Ia bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. Justeru, Rasulullah banyak berpuasa sunat dalam bulan mulia ini di samping menggalakkan umat Islam melipatgandakan amal ibadat.
Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat sebanyak mungkin seperti mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah pada Ramadan. Adat Jahiliah dulu, orang Makkah lebih mengutamakan dan memuliakan Rejab dan melupakan Syaaban.
Sehubungan itu, Usamah bin Zaid berkata: “Aku bertanya Rasulullah Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat seperti berpuasa dalam Syaaban.”
Baginda menjawab: “Bulan yang banyak manusia lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada Syaaban akan diangkatkan segala catatan amalan hamba kepada Allah. Dengan itu, aku amatlah suka supaya diangkatkan segala amalanku ketika aku sedang berpuasa. (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa’i).
Maksud hadis di atas jelas menunjukkan segala amal ibadat setiap Muslim sebenarnya diangkat malaikat pada tiap-tiap hari manakala amal ibadat Syaaban ini bolehlah dikatakan sebagai laporan tahunan yang disediakan oleh malaikat untuk dibawa ke hadrat Allah.
Setiap Muslim wajib menginsafi segala gerak geri, tindakan, perkataan, lintasan niat di hati dan sebagainya akan dicatatkan oleh malaikat tidak kira sama ada yang besar mahupun yang kecil.
Hal ini amat jelas melalui firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya Kami mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaf, ayat 16 - 18).
Oleh itu, setiap Muslim seharusnya menyedari dan menginsafi betapa ketatnya pengawasan Allah terhadap sekalian makhluk-Nya. Maka, dengan menginsafi pengawasan yang datang daripada pihak malaikat iaitu Malaikat ‘Atid dan Raqib di samping pengawasan secara langsung daripada Allah, mudah-mudahan manusia akan mempunyai rasa kesedaran dan keinsafan mendalam untuk menghentikan dan mengakhiri segala amalan buruk dilakukannya dari satu segi dan juga memiliki dorongan dan semangat untuk melaksanakan pelbagai amalan kebajikan dan soleh yang dianjurkan Islam dari satu segi yang lain.
Rasulullah adalah contoh teladan umat Islam dalam segala lapangan hidup, maka mereka digalakkan banyak berpuasa sunat Syaaban seperti berpuasa Rasulullah pada bulan itu.
Selepas Syaaban akan dituruti pula Ramadan yang diwajibkan kepada umat Islam berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa Syaaban adalah perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan berpuasa dalam Ramadan sepenuhnya.
Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentu kurang terasa kepenatan dan tidak pula terkejut serta berasa berat hati untuk berpuasa dalam Ramadan nanti.
Selanjutnya, ada banyak hadis yang memberi perangsang kepada umat Islam supaya mengikuti sunnah Rasulullah.
Di antaranya, Saidatina ‘Aisyah pernah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa sebulan sepenuhnya kecuali Ramadan, beliau juga tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa hampir sebulan penuh melainkan Syaaban. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Saidatina Aishah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berpuasa Syaaban semuanya. (Hadis riwayat Bukhari).
Saidatina Ummu Salmah pula berkata: “'aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali Syaaban dan Ramadan. (Hadis riwayat Nasa’i).
Berdasarkan himpunan hadis di atas dapat disimpulkan Islam menggalakkan umatnya melaksanakan ibadat puasa sunat dalam Syaaban. Lebih-lebih lagi ibadat puasa adalah suatu ibadat yang sangat dituntut dilakukan dalam Syaaban.
Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai gerbang Ramadan, bulan ini sudah tentu akan melatih Muslim berpuasa menjelang ketibaan ujian yang berat pada Ramadan nanti.
Justeru, ada kalangan ulama berpendapat puasa pada bulan ini disifatkan yang paling afdal atau baik selepas daripada berpuasa Ramadan.
Berkenaan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan bulan Syaaban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r a, Nabi bersabda maksudnya: “Allah melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang berzina.”
Dalam hadis lain sebagai mana diriwayatkan Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: “Allah memandang makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah (Hadis riwayat Ahmad).”
Demikian antara himpunan hadis menggambarkan secara umum kepada berkenaan kelebihan Syaaban yang sungguh istimewa ini. Oleh itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan seperti diamalkan Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat.
Yang paling utama sekali, setiap Muslim sewajarnya merebut peluang keemasan yang terhampar pada Syaaban untuk meraih keampunan dan keredaan Ilahi kerana ada hadis menyatakan bahawa Allah sedia memberi keampunan kepada hamba-Nya yang bertaubat pada sepanjang Syaaban yang penuh rahmat itu.
Penulis ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia