[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Rabu, September 26, 2007

Ramadan masa sesuai henti tabiat merokok





Individu tahan diri daripada rokok ketika puasa bukan dipengaruhi nikotin tetapi kawalan tingkah laku BULAN Ramadan adalah masa terbaik untuk berhenti merokok. Bagaimanapun, tidak semua orang 'berjaya' dalam perjuangan itu kerana ada yang kembali merokok sebaik saja azan subuh 1 Syawal berkumandang. Tidak kurang juga yang berbuka puasa dengan merokok. Timbalan Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata ada tiga jenis ketagihan yang mencengkam perokok, iaitu nikotin, psikologi dan tingkah laku.



Beliau berkata, ketagihan nikotin mempunyai kesan besar terutama di kalangan perokok tegar. "Ia boleh disamakan dengan ketagihan heroin, cuma tidak sehingga seseorang perokok itu menggigil. Bagaimanapun, mereka yang ketagihan pada nikotin mengalami gejala tarikan antaranya resah gelisah, cepat marah dan hilang tumpuan," katanya. Dr Sallehudin berkata, ketagihan bersifat psikologi pula bergantung kepada persepsi perokok kerana sesetengah orang menghisap rokok untuk menghilangkan rasa mengantuk atau senang membuang air besar.


Beliau berkata, ketagihan secara psikologi mudah diatasi kerana apabila tiba bulan Ramadan, secara automatik semua perokok bersedia bukan saja untuk berlapar dan dahaga malah untuk menahan diri daripada merokok pada siang hari. Katanya, contoh ketagihan dari segi tingkah lagu ialah apabila waktu berbuka, perokok yang mengalami ketagihan akan kembali merokok.




"Jika bukan bulan puasa, setiap kali selepas makan secara automatik, rokok sudah jadi satu kemestian untuk dihisap selepas makan. Jadi apabila bulan puasa, ketika berbuka mereka akan merokok sepuas-puasnya," katanya. Beliau berkata, mereka yang mengalami ketagihan teruk akan berbuka puasa dengan rokok kerana nikotin sudah mengawal seluruh fungsi otak. Tanpa nikotin mereka seakan tidak boleh berfikir kerana itu mereka yang merokok lebih suka tidur pada bulan puasa.
Dr Sallehudin berkata, oleh itu adalah jelas seorang perokok sukar berhenti merokok kerana ketagihannya merangkumi tiga komponen iaitu nikotin, psikologi dan tingkah laku.



Bagaimanapun, katanya ia bukan sukar dilakukan apatah lagi jika seseorang itu berupaya menahan diri untuk tidak merokok sepanjang Ramadan. "Rokok, kalau dapat ditinggalkan sepanjang Ramadan bermaksud ia boleh ditinggalkan terus. Ini kerana gejala tarikan biasanya sudah mulai surut menjelang dua atau tiga minggu berpuasa," katanya. Menghisap sebatang rokok bermaksud tidak kurang 3,800 jenis racun disedut ke dalam tubuh. Bayangkan jumlah racun yang ada dalam badan jika seseorang itu merokok sekotak sehari. Dalam keadaan biasa, Dr Sallehudin berkata, tahap maksimum seorang perokok tegar menghabiskan 80 batang rokok sehari dan apabila tiba bulan puasa memang agak sukar berhenti jika diambil kira faktor tarikan nikotin.




Bagaimanapun, katanya, terapi nikotin disediakan bagi mereka yang sukar menghentikan ketagihan terhadap nikotin dan ia berbentuk tampalan serta boleh berfungsi sama ada untuk 24 jam atau 16 jam. "Selain boleh diperoleh di klinik kerajaan, terapi nikotin untuk mereka yang mahu berhenti merokok ini juga boleh dibeli di farmasi," katanya. Dr Sallehudin berkata, untuk kekal tidak merokok selepas bulan puasa, pastikan selepas berbuka jangan terus merokok, sebaliknya jauhi kebiasaan itu dengan berwuduk atau menggosok gigi. Ingatan pada rokok juga dapat dikurangkan. "Ambil peluang berhenti merokok pada Ramadan ini kerana ketiadaan nikotin mudah membuat seseorang itu berhenti merokok," katanya.


sumber: bharian.com.my
Pautan fatwa haram merokok;

Jumaat, September 21, 2007



Mayat dalam beg sah Nurin
Oleh Jalal Ali Rahim, Hardi Effendi Yaacob, Hanneeyzah Bariah Baharin, Ifwan Tun Tuah dan Nahar Tajri




GAMBAR (kiri): Mayat ditemui dalam beg, (kanan): Nurin Jazlin Jazimin.

Ujian DNA dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapaSHAH ALAM: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Taman Petaling Utama, Isnin lalu, sepadan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu. Keputusan ujian yang diperoleh polis pada jam 2 petang semalam itu, dimaklumkan kepada ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman sejam selepas itu. Bagaimanapun kedua-duanya, yang dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), menafikan mangsa pembunuhan kejam itu adalah anak mereka.



Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata Jabatan Kimia memaklumkan ujian DNA itu mendapati 99.99 peratus sampel darah kanak-kanak itu sepadan dengan sampel darah ibu bapa Nurin, yang diambil selepas proses pengecaman mayat kali pertama, Isnin lalu. "Ujian DNA mengesahkan sampel darah itu mempunyai padanan. Sains sudah membuktikan identiti mayat itu. Apa lagi yang boleh kita buat kalau keputusan ini tidak boleh diterima keluarganya," katanya pada sidang media di sini, semalam. Sehubungan itu, Khalid berkata, ujian susulan akan dijalankan bagi menentukan kesahihan identiti mayat kanak-kanak perempuan itu.





GAMBAR (kiri): Jazimin Abd Jalil dan (kanan): Norazian Bistaman.

"Kita sudah meminta ibu bapa Nurin serta kakaknya untuk diambil darah mereka bagi ujian selanjutnya. Ahli keluarga terdekat Nurin, termasuk datuk dan neneknya akan turut diminta membuat pengecaman. Kita berharap semua pihak, terutama keluarga Nurin dapat memberi kerjasama penuh dalam usaha menyelesaikan kes ini," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis sudah mendapat petunjuk awal bagi menjejaki pembunuh kanak-kanak itu. "Kita sedang mengawasi seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di ibu negara.
Beliau yang enggan mendedahkan identiti suspek, berkata polis masih menjalankan siasatan dan belum dapat memastikan sama ada pembunuhan kejam itu dilakukan pembunuh bersiri. "Kita sudah ada petunjuk dan maklumat serta sedang menjalankan siasatan. Setakat ini kita tahu hanya seorang yang terbabit dalam pembunuhan kejam kanak-kanak itu. Suspek juga masih berada di sekitar Lembah Klang," katanya Musa juga berkata, ujian DNA kali kedua akan dilakukan terhadap ibu bapa Nurin bagi mendapatkan pengesahan mutakhir identiti mayat kanak-kanak itu. "Identiti mayat itu belum dapat disahkan sebagai Nurin kerana menurut bapanya mangsa tidak mempunyai tanda lahir di paha kiri seperti pada mayat kanak-kanak itu.
Saya sudah arahkan Ketua Polis Selangor (Khalid) membuat ujian DNA kali kedua dan keputusannya akan diperoleh dalam masa terdekat," katanya. Mengulas lanjut, Khalid berkata, menjadi prosedur biasa bagi polis menjalankan ujian susulan bagi mengenal pasti identiti mayat yang tidak dikenali, terutama membabitkan kes jenayah, malah kes Nurin itu bukan yang pertama. "Pernah berlaku kes sama sebelum ini membabitkan penyanyi, Along Spoon, yang mayatnya ditemui dalam guni di kawasan terpencil di Negeri Sembilan. Ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Along Spoon, tetapi keluarganya tidak dapat menerima hasil ujian itu," katanya.
Mengenai ketiadaan kesan suntikan (BCG) pada mayat kanak-kanak itu hingga timbul dakwaan kemungkinan mangsa warga asing, beliau berkata polis masih menunggu laporan lengkap perubatan dan penjelasan doktor berhubung perkara itu." Ditanya sama ada ibu bapa Nurin akan dipanggil untuk disoal siasat, beliau berkata, tindakan itu bukan satu keperluan ketika ini, namun mereka akan diminta menjelaskan sebab mayat kanak-kanak itu dikatakan bukan anak mereka. Difahamkan, bapa Nurin dipanggil ke Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira 4.30 petang untuk memberi keterangan berhubung keengganannya menerima keputusan ujian DNA itu. "Polis akan turut meneliti sama ada kes penemuan mayat kanak-kanak ini dan kehilangan Nurin mempunyai kaitan dengan 'Lelaki Kucing' yang terbabit dalam beberapa kes pencabulan kanak-kanak di Kampung Baru sebelum ini," katanya.



KRONOLOGI:
20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan
Sumber: Berita Harian Online

Tugasan PUI BM Siri 06

Latihan dalam (BUKU BIRU)


1. Menukar Ayat (MODEL 1;soalan 3 bhg b;ms 6)
2. Cakap pindah (MODEL 2;soalan 3 bhg b;ms 13)
3. Ayat biasa kepada ayat songsang (MODEL 3;soalan 3 bhg b;ms 20)
4. Menggabungkan ayat (MODEL 5;soalan 3 bhg b;ms 32)
5. Menganalisis Jenis Ayat (MODEL 6;soalan 3 bhg b;ms 38)
6. Memisahkan ayat (MODEL 7;soalan 3 bhg b;ms 45)
7. Tukar ayat (Percubaan;soalan 3 bhg b;ms 52).

Sila buat dan hantar pada 26 haribulan September 2007

Selamat menjawab.

"Usaha tangga kejayaan"
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan"

Isnin, September 10, 2007

Selamat menyambut Ramadhan




Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak

kepada semua,

Tingkatkan amalan kita

sempena bulan yang mulia ini



Semoga kita akan digolongkan oleh Allah


sebagai umat manusia yang soleh


yang akan menjadi penghuni syurga-syurga Allah,


Amin....




Banyakkan membaca al-quran, memahaminya dan mengamalkannya


daripada: Ustaz Idris Saleh



Tazkirah Menyambut Ramadhan 2

Ramadhan, Bulan Ibadah dan Perjuangan
Posted by Ibn Zain Al-Abidin Al-Burnuni

Tinggal beberapa hari lagi, insya Allah, kita memasuki Bulan Suci Ramadhan; bulan yang penuh dengan rahmat, berkah dan maghfirah Allah SWT. Abu Hurairah ra. menuturkan bahwa Nabi saw. pernah bersabda ketika datang bulan Ramadhan:

«قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا قَدْ حُرِمَ»

Sesungguhnya telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah; Allah mewajibkan atas kalian berpuasa di dalamnya. Pada bulan itu pintu-pintu surga dibuka; pintu-pintu neraka ditutup; setan-setan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang nilai amal padanya lebih baik dari seribu bulan. Karena itu, siapa saja yang tidak berhasil memperoleh kebaikannya, sesungguhnya dia tidak akan dapat lagi memperoleh kebaikan selama-lamanya. (HR. an-Nasa’i dan Ahmad)

Rasulullah saw. juga bersabda:

«مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»

Siapa saja yang berpuasa Ramadhan dengan dasar iman dan mencari keridhaan Allah, niscaya akan diampuni (oleh Allah) dosa-dosanya yang telah lalu. (HR al-Bukhari dan Muslim).

Selain beragam keutamaan Bulan Ramadhan yang telah secara berulang diungkap oleh para ulama, pada bulan ini juga terjadi banyak peristiwa penting. Penyebaran Islam, perluasan pengaruh, penggabungan beberapa daerah kedalam kekuasaan Islam, dan penghentian kezhaliman terlihat dominan terjadi pada bulan penuh berkah ini. Salah satu peristiwa penting yang dialami oleh Rasulullah saw. adalah kemenangan dalam Perang Badar. Perang ini terjadi pada bulan Ramadhan, dengan kekuatan pasukan yang sangat tidak berimbang. Jumlah pasukan Quraisy sekitar 1.000 orang, dengan 100 pasukan berkuda dan 700 unta. Mereka dilengkapi dengan aneka makanan dan wanita-wanita penghibur. Sebaliknya, jumlah pasukan Islam hanya 315 orang, dengan perlengkapan yang sangat terbatas. Pasukan Islam dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad saw. dengan kendaraan perang hanya dua ekor unta.

Kemenangan umat Islam dalam Perang Badar itu dipilih Allah terjadi pada bulan Ramadhan. Pada bulan ini pula terjadi peristiwa Fath Makkah (Pembebasan Kota Makkah) oleh kaum
Muslim.

Pada masa Rasulullah saw., beberapa peristiwa penting lain juga terjadi pada bulan Ramadhan, di antaranya adalah: Nuzulul Quran; dimulainya kewajiban zakat fitrah (tahun kedua Hijrah); dimulainya persiapan untuk Perang Khandaq (tahun kelima Hijrah); Rasulullah menerima wahyu kabar gembira akan ditaklukannya kota Makkah (tahun kedelapan Hijrah); Rasulullah mulai mengirim beberapa utusan untuk menghancurkan berhala-berhala yang terkenal waktu itu (juga pada tahun kedelapan Hijrah); terjadi Perang Tabuk dan Rasulullah kembali dari peperangan itu pada bulan yang sama, utusan Thaif datang ke Madinah untuk menyatakan diri masuk Islam di hadapan Rasulullah, dan utusan raja-raja Himyar menyatakan diri masuk Islam (tahun kesembilan Hijrah); Rasulullah mengutus Ali bin Abi Thalib ke Yaman dengan membawa surat dari Beliau untuk penduduknya, khususnya kabilah Hamadan yang seluruhnya masuk Islam dalam satu hari (tahun ke-10 Hijrah).

Lebih dari itu, banyak peristiwa lain yang terjadi pada bulan Ramadhan sepeninggal Rasulullah saw. Muhammad Sa’id Mursy dan Qasim Abdullah, dalam bukunya, Ramadhaniyat, mencatat sejumlah peristiwa penting di antaranya sebagai berikut.

1 Ramadhan:
1 Ramadhan 587 H. Terjadi penghancuran dan penguasaan kota ‘Asqalan yang merupakan pintu masuk menuju kota al-Quds. Penghancuran dan penguasaan kota ini dilakukan oleh Shalahuddin al-Ayyubi sebagai strategi menahan laju kekuatan kaum Salib (Kristen) yang akan merebut kota Quds. Pada hari penaklukannya Shalahuddin al-Ayyubi berkata, “Demi Allah, sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqalan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku. Sebab, penguasaan ‘Askalan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslim.”

Pada 584 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentara Salib dan membebaskan sebagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak Salib (Kristian). Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini terjadi pada pertengahan Ramadhan.

3 Ramadhan:
3 Ramadhan 825 H. Pada hari ini Sultan Murad II dari Kekhalifahan Utsmaniyah mengadakan pengepungan kota Konstantiopel dalam rangka menaklukan dan memasukannya dalam naungan Khilafah. Sayang, setelah sekian waktu peperangan berkecamuk dengan sangat dasyatnya, beliau gagal dan akhirnya kembali ke pusat pemerintahannya tanpa membawa hasil yang diharapkan.

6 Ramadhan:
6 Ramadhan 223 H. Al-Mu’tasim Billah, seorang khalifah ‘Abasiyah, mengepung kota Amuriyah yang merupakan benteng pertahanan terkuat Kerajaan Bizantium di Asia kecil. Usaha beliau berhasil dengan ditaklukannya kota tersebut.

8 Ramadhan:
8 Ramadhan 789 H. Khalifah al-Mu’tasim Billah pada hari ini mengumumkan kepada rakyatnya, “Siapa saja yang merasa dizalimi dan memiliki perkara yang mengantar pada permusuhan maka datanglah kepada saya pada hari Ahad dan Rabi untuk menyelesaikan permasalahannya.” Tradisi ini baru dimulai pada masa beliau dan selanjutnya diikuti oleh para khalifah setelah beliau.

23 Ramadhan:
23 Ramadhan 1270 H. Pada hari ini kekuatan militer Rusia di bawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya terhadap kota Selestriya yang terletak di wilayah Crimea. Pengepungan yang terjadi selama 35 hari ini tidak membawa dampak yang berarti bagi kekuatan Khalifah Utsmaniyah, walaupun kekuatan militer Rusia mencapai 60 ribuan, sementara tentara Utsmaniyah hanya berjumlah 15 ribu orang.

25 Ramadhan:
25 Ramadhan 658 H. Terjadi Perang Ain Jalut antara kaum Muslim dan Tartar. Perang ini merupakan perang besar dalam sejarah Islam. Dalam perang ini, Tartar mampu menguasai banyak daerah Islam dan menjatuhkan Khilafah Abbasiah. Mereka juga berhasil membunuh Khalifah Mu’tashim Billah di Baghdad pada tahun 656 H / 1256 M. Ekspansi Tartar meluas sampai wilayah Gaza di bawah pimpinan Hulagu. Kemudian Hulagu mengirim kurir untuk meminta kepada Sultan Mamluki “Quds” agar tunduk di bawah kekuasaan Tartar. Permintaan ini ditolak oleh Sultan Quds karena menunjukan kehinaan dan kelemahan. Lalu beliau memutuskan untuk menghadapi Tartar dalam pererangan. Selanjutnya, pada hari Jumat tanggal 25 Ramadhan 658 H bertepatan dengan 6 September 1260 M bertemulah dua pasukan besar di wilayah Ain Jalut. Peperangan ini akhirnya berakhir dengan kemenangan kaum Muslim.

28 Ramadhan:
28 Ramadhan 92 H. Kaum Muslim di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia (Spanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan Futuh Andalusia. Thariq bin Ziyad menyeberangi selat antara Afrika dan Eropa atas perintah Musa bin Nushair, penguasa Islam kala itu. Ketika pasukan Islam sudah sampai di seberang, diperintahkannya agar kapal-kapal perang Islam dibakar. Kemudian ia berpidato didepan pasukannya, “Musuh di depan kalian. Jika kalian mundur maka lautan dibelakang kalian.”

Langkah yang beliau ambil dalam membangkitkan semangat kaum Muslim sangat tepat. Tidak ada lagi jalan untuk mundur. Yang ada hanyalah berjuang ‘mati-matian’ dan mengharap pertolongan Allah. Berturut-turut kota demi kota jatuh ke tangan kaum Muslim. Akhirnya, pada bulan Ramadhan jatuhlah Andalusia ke tangan kaum Muslim. Sejarah mencatat bahwa di kemudian hari Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dan menjadi mercu peradaban manusia di zamannya. Kemajuan teknologi yang diperoleh orang-orang Eropa zaman sekarang hanyalah merupakan perpanjangan teknologi umat Islam masa silam.

‘Ibrah (Pelajaran)
Dengan melihat paparan sejarah yang serba singkat di atas, kita bisa mengambil pelajaran betapa bulan Ramadhan bukan sekadar bulan untuk memperbanyak ibadah sunnah; bukan pula sekadar melaksanakan kewajiban individual seperti shaum. Bahkan pada bulan ini, Rasulullah, para Sahabat dan generasi setelah mereka tidak pernah meninggalkan jihad fi sabilillah. Bahkan pula, pada bulan Ramadhanlah di antaranya, generasi umat Islam pada masa lalu meraih kemenangan demi kemenangan dalam melawan orang-orang kafir yang memusuhi mereka.

Karena itu, sudah selayaknya setiap Ramadhan umat Islam membangkitkan ruhul jihad, untuk melengkapi ruhul ‘ibadah. Sudah selayaknya umat Islam pada bulan ini menyadari kembali setiap ancaman musuh, yakni Negara kafir imperialis, yang selalu menaruh dendam dan kebencian terhadap mereka. Sudah terlalu banyak bukti betapa kaum kafir demikian memusuhi umat Islam. Pembunuhan massal oleh Amerika di Afganistan dan Irak serta kebrutalan Israel terhadap rakyat Palestina yang didukung Barat hanyalah secuil ‘kejahatan mereka’ terhadap umat Islam. Bahkan George W Bush’s menegaskan akan menyerang siapapun yang menginginkan pendirian kembali Kekhilafahan Islam di Timur Tengah, sebagai bagian dari “perang melawan teror”. Padahal, seluruh ulama mu’tabar sepakat wajibnya kaum Muslim memiliki khilafah sebagai penegak syariat dan penyatu umat. Dalam pidatonya pada konvensi Tentara Amerika ke-89 28 Agustus lalu, Bush kembali berbicara mengenai “ekstremis” yang harus dilawan Amerika. Dia berbicara dalam konteks sensasional bahwa “ekstremis” adalah “keinginan untuk menjejalkan visi gelap yang sama sepanjang Timur Tengah dengan menegakkan Kehhilafahan radikal dan penuh kekerasan yang wilayahnya merentang dari Spanyol ke Indonesia ”. Sungguh, ini ungkapan provokatif dan cerminan ideologi penuh kebencian.

Berbagai pelecehan dan penghinaan orang-orang kafir terhadap Islam serta penodaan atas kemuliaan dan keagungan Baginda Nabi Muhammad saw. pun sudah tidak terhitung jumlahnya. Kasus mutakhir adalah pemuatan karikatur yang melecehkan dan menghina Nabi Muhammad saw. pada bulan Agustus 2007 di sebuah harian lokal di Swedia. Kasus ini merupakan rentetan dari sejumlah peristiwa yang sama, yang terjadi sebelumnya di Denmark .Pada bulan Ramadhan ini, tidakkah ruhul jihad kita bangkit menyaksikan secara kasat mata berbagai kezaliman negara-negara kafir terhadap Islam dan kaum Muslim? Sudahkah diri kita merupakan bagian dari kaum Muslim yang berjuang melenyapkan kezaliman dengan menegakkan Islam? Belum tibakah saatnya bagi kita untuk meneladani generasi salafush-shalih yang justru meningkatkan intensitas ibadah, kepedulian, dan ruh perjuangannya pada bulan Ramadhan?[]

Tazkirah Menyambut Ramadhan






SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan


1) Ramadhan: ertinya panas terik


2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhan)


3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.


4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.


5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.


6) Di pilih untuk ibadat puasa.


7) Dipilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al-Quran)




Kelebihan Bulan Ramadhan


1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)


2) Bulan penuh keberatan


3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan


4) Amal sunat sama dengan solat fardhu


5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda


6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga


7) Bulan menambah rezeki


8) Memberi buka banyak pahala


9) Bulan keampunan* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.* juga doa pada sepertiga malam.


10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan daripada api neraka.




Amalan-amalan di bulan Ramadhan




1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


2) Menempah pakaian untuk Ramadhan


3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan


4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam


5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat sahaja)


6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)


7) Solat berjemaah setiap waktu


8) Solat jemaah di masjid/surau


9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek


10) Sahur di waktu akhir


11) Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu


12) Mandi Janabat sebelum Imsak


13) Kurangkan tidur


14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)


15) Tunaikan Solat Dhuha


16) Tidur waktu qilullah (satu jam sebelum Zohor)


17) Tunaikan solat Rawatib


18) Jaga pacaindera


19) Elakkan gosok gigi pada waktu petang


20) hadiri majlis ilmu


21) Buat baik pada ibubapa


22) Isteri hendaklah taat pada suami


23) Banyakkan bersedekah


24) Berbuka dengan 3 biji kurma


25) Berbuka bersama orang tua


26) Jemput tetamu berbuka


27) Kurangkan berat badan


28) Banyakkan i'tikaf di masjid


29) Baiki hubungan suami isteri


30) Baiki hubungan jiran


31) Isteri jauhi daripada keluar rumah memakai mekap dan perhiasan


32) Elakkan berbelanja berlebihan


33) Kuatkan kesabaran


34) Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih


35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)


36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar


37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu


38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan


39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu


40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri


41) Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia


42) Melazimkan solat waktu


43) Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar


44) Elakkan banyak berhutang


45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang


46) Tunaikan zakat fitrah




Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)


1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar


2) Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang* Baca ayat akhir surah Al Baqarah* Baca ayat Kursi* Baca surah Yaasin* Baca surah Al Zalazah* Baca surah Al Qafirun* Baca surah Al Ikhlas


3) Bagi orang yanmg kuat dan cergas* Bangunkan isteri dan anak* Mandi* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran


NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) * Tarikh turunnya Al Quran* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal-amal yang baik
Cara Sambut Hari Raya
Jangan sesekali disambut degan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatanPada petang akhir Ramadhan orang-orang yang meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan daripada anak-anak mengirimkan bacaan doa, sekurang-kurangnya Al Fatihahsekali untuk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak-anak akan ingat kepada kita.




Takbir Di Malam Raya




Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) diakhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.






Kesimpulannya




Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik-sebaik bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dengan amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia -benar mengubah sikap yang baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.




*Doa utk menghilangkan baran,




maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dantiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.


Wallahua'llam. SELAMAT BERPUASA




sumber rakan zaharuddin yahoo groups: Abu Hizan Darus

Khamis, September 06, 2007

Semak Kekeliruan Ejaan Bahasa Melayu

Anda keliru, tidak pasti, was-was,
tidak yakin untuk mengeja perkataan bahasa Melayu...
takut salah, dipotong markah dalam peperiksaan...
Jangan bimbang, ada caranya.


Cari perkataan yang anda tidak pasti/ keliru ejaannya.
Klik pada abjad di bawah ini untuk pencarian anda.

[
A-Z ][ 0-9 ][ A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z ]


Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka

Selasa, September 04, 2007

Isu Pelajar: Rotan

Rotan pelajar di khalayak dikaji
Oleh S. ANAND KUMAR

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji cadangan memperkenalkan semula hukuman merotan pelajar di khalayak ramai jika tindakan itu bersesuaian dengan undang- undang dalam negeri dan antarabangsa.
Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, penggubalan undang-undang dan peraturan mengenai perkara itu akan diambil kira supaya ia selaras dan tidak bercanggah dengan akta sedia ada.


“Kita sedang bincang perkara ini dan pertimbangan juga mengambil kira aspek perundangan kerana hukuman merotan di khalayak ramai diwujudkan pada tahun 1959.
“Ketika itu (1959), Akta Hak Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu belum wujud lagi,” katanya.
Noh berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Terdahulu, Wan Hashim dalam soalan tambahannya mencadangkan supaya hukuman rotan di khalayak ramai dikembalikan semula bagi mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar.
Noh berkata, kuasa merotan diberikan kepada pengetua atau guru besar, namun begitu peraturan itu dilonggarkan apabila kementerian mengeluarkan satu pekeliling pada tahun 2003 mengenai larangan hukuman tersebut di khalayak ramai.


“Oleh kerana tindakan merotan ini bukan sahaja untuk menghukum tetapi juga untuk mendidik, maka dalam Pekeliling 2003 telah dinyatakan rotan di khalayak ramai tidak dibenarkan melainkan tindakan (merotan) ini mestilah dalam bilik guru dan disaksikan oleh seorang guru,” ujarnya. (untuk berita penuh, sila baca surat khabar)

Sumber: Utusan Online


Apa komen anda?

Ahad, September 02, 2007

Sajak: Kejayaan dan Kegagalan Bukan Milik Kita


Kejayaan dan kegagalan
bukan milik kita
kita hanya mampu...
berusaha, berdoa, bertawakkal...
Allah yang berhak menentukan segalanya
***
Biarlah titisan air mata kejayaan
membasahi pipi ayah dan bonda
yang akan membungai sanubarinya
lantaran usaha gigih kita
tanpa kenal putus asa
jihadmu menuntut ilmu-ilmu
Allah
***
Janganlah kaulimpahi tangisan kegagalan
membasahi pipi ayah dan bondamu
yang akan merobek-robek jiwa mereka
lantaran kemalasan, kejemuanmu
menimba ilmu-ilmu Ilahi
***
Kejayaan dan kegagalan
bukan milik kita
milik Allah
Pencipta alam semester
***
Oleh: Sutera Biru (2 september 2007)

Peperiksaan Percubaan SPM

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM
Semoga Kalian Berjaya Dengan Cemerlang
Amin Ya Allah...
***
Berdoalah kepada Allah...
***



a)Adab-adab berdoa


Menjauhi makanan yang haram
Berdoa dengan ikhlas semata-mata kerana Allah
Dengan ada air sembahyang
Selalu melakukan sunat wuduk
Berdoa dengan suara perlahan-lahan
Mengakui kesalahan yang telah lalu
Memulai dengan memuji Allah, berselawat dan ditutup dengan selawat
Diulangi doa sebanyak tiga kali
Jangan meminta perkara yang mustahil
Dengan hati yang yakin bahawa doanya diterima oleh Allah



b)Waktu-waktu yang baik berdoa

Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah)
Pada bulan Ramadhan
Pada malam Jumaat
Pada hari Jumaat
Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
Pada tengah malam
Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam)
Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)
Pada waktu sahur (sebelum fajar)
Sesudah berwuduk
Ketika orang azan untuk sembahyang
Antara azan dan iqamat
Ketika orang mengucapkan iqamat
Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
Di dalam pertempuran di medan perang
Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu
Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
Ketika sedang membaca Al-Quran
Setelah tamat membaca Al-Quran
Ketika minum air zamzam
Pada waktu ayam jantan berkokok (pda waktu pagi)
Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
Pada waktu turun hujan
Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu


c) Sebab-seba doa tidak diterima

Ketika Ibrahim bin Idham (seorang sufi) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?". Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:
1.Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
2.Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
3.Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4.Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5.Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6.Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7.Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8.Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9.Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
10.Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

d) Pilih beberapa Doa menghadapi peperiksaan untuk diamalkan di bawah ini;

http://permai1.tripod.com/doa.html
http://bmsmiaag.googlegroups.com/web/doa+pelajar.pdf

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”