[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Rabu, Disember 31, 2008

Sajak: Hijrah Yang Hakiki


Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan suci...
meloloskan diri dari kejahilan
petualang-petualang Quraisy Makkah
membawa sinar wahyu Allah
di bumi gersang kontang yang simpati
bergelar Madinah al-Munawwarah

Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan Agung...
rasul yang membawa rahmat
ke seluruh alam buana
membebaskan jiwa yang terpenjara
oleh rantaian-rantaian syaitan
memerdekakan nafsu serakah
yang beraja di kalbu berkarat
memecahkan kejumudan
yang membatu keras
melepaskan cengkaman jahiliah
yang menusuk merobek jiwa
merobohkan tuhan-tuhan palsu...
penipu karut marut... tahyul

Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan mulia...
Islam... yang kaubawa
menarik kalbu dari jurang kejahilan
membersihkan kelodak dosa dan noda
yang terpalit di benak yang gelita
supaya jiwa hamba ini mengabdikan diri
kepada Allah tuhan yang Esa
mencontohi Muhammad insan yang terpuji
menusuklah iman jauh ke lubuk hati
memancarkan nur Illahi ke sanubari
terpahat dan terukir
kalimah agung yang suci
"TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"

Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan terpuji...
adakah anda sudah berhijrah?
adakah anda sudah berubah?
adakah anda sudah bertaubat?
adakah anda sudah menyesali?
selaut dosa dan segunung maksiat
yang kita bina selama ini

Sedarlah! Sedarlah! Semua
Kembalilah...
kepada Allah dan Rasulnya




nukilan: Sutera biru disember 2008

Dalam kenangan: Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman


YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam (27/12/08). Baginda berusia 86 tahun.

Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan esok sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri Menanti.

Baginda telah menyampaikan watikah perlantikan Leftenan Muda askar wataniah kepada penulis (Ustaz Idris) tahun 1998 di Uitm Shah Alam, Selangor. Kenangan bersalaman dan menerima watikah serta ucapan tahniah daripada baginda masih segar dalam ingatan. Semoga Allah menempatkan baginda dalam kalangan para syuhada' yang berjuang menegakkan Agama Allah. Amin
N

Sabtu, Disember 20, 2008

Sajak: Pantai Sunyi

Dulu pantai ini meriah dan riang
suara anak-anak bermain dan bergelak seloka
gelora dan badai bagaikan turut ketawa keriangan
pasir dan pantai juga tersenyum


Kini pantai ini sunyi dan sepi
tiada lagi suara anak-anak, mereka telah pergi
gelora dan badai semakin lesu dan pilu
pasir dan pantai terus masam membisu


bilakah anak-anak itu akan bermain lagi
di pantai ini...?


nukilan sepi : Sutera biru
Disember 2008

Isnin, November 10, 2008

Doa: Selamat Menghadapi SPM 2008






Ya Allah berikan kemudahan dan ketenangan kepada pelajar-pelajarku semasa berjuang di medan jihad ilmu pada hari esok.

Ya Allah, jauhkanlah mereka dari sifat lupa dan putus asa. Berikan mereka minda yang segar dan semangat yang berkobar-kobar demi menjulang agamaMu di pentas dunia ini.

Ya Allah berikan kejayaan kepada semua anak didikku dengan kejayaan yang gemilang. Limpahilah rahmat dan pertolonganMU kepada semua pelajar Muslim agar mereka berjaya di dunia dan di akhirat.. Amin ya ALLAH

Soalan-soalan "jangkaan" BM SPM Untuk Hari Esok


FOKUS UNTUK MENJAWAB SOALAN SPM BM 2008



Kertas 1
Karangan
Bahagian A
Kepentingan Permainan Tradisional (lihat)
Golongan Warga Tua (lihat)
Indusrti pelancongan (lihat)

Bahagian B
1. Pemanasan Global (contoh soalan dan jawapan)
2. 1. K-PELANCONGAN (Strategi dan cabaran)
3. INDUSTRI PELANCONGAN (contoh soalan dan jawapan)
4. KESESAKAN LALU LINTAS (contoh soalan dan jawapan)
5. INDUSTRI DESA (contoh soalan dan jawapan)
6. KEIBUBAPAAN (contoh soalan dan jawapan)
7. PERTANIAN (contoh soalan dan jawapan)
8. GEJALA MEROKOK (contoh soalan dan jawapan)

1. Topik penting Karangan (lihat)
2. ANALISIS SOALAN KARANGAN 2004-2008

a) DIMENSI SERANTAU/ GLOBAL/ ANTARABANGSA (lihat)

b) DIMENSI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ NEGARA (lihat)

c) DIMENSI KELUARGA (lihat)

d) DIMENSI DIRI (lihat)


3. Tema Buku teks Tingkatan 5: Panduan topik Karangan (lihat)
4. Tema Buku teks Tingkatan 4: Panduan topik karangan (lihat)
5. isi-isi karangan pelbagai topik (lihat)

Contoh-contoh topik:

Kertas 2 :
Rumusan
Petua Rumusan (lihat)
Tatabahasa
3A: ( contoh jawapan dan markah)
3 B: Cakap ajuk dan cakap pindah (contoh soalan dan cara menjawab)
3 B: Beberapa kemungkinan soalan (lihat)
3C DAN 3D : ( cara menjawab)

Drama
KERUSI : (contoh soalan dan cara menjawab)
SERUNAI MALAM: (contoh soalan dan cara menjawab)

Cerpen:
ANNYSS SOPHILLEA: (contoh soalan dan cara menjawab) (Contoh 2) (contoh 3)
DI SISI RINDA: (contoh soalan dan cara menjawab)
VIRUS ZEL UNTUK ABAH : (contoh soalan dan cara menjawab)
BUDI YANG TAK TERBELI: (contoh soalan dan cara menjawab)
LAMBAIAN MALAR HIJAU: (contoh soalan dan cara menjawab)
DISISI RINDA


Puisi: Soalan 2(d)

KEINDAHAN YANG HILANG: (contoh soalan dan cara menjawab)
Kiasan (puisi tingkatan 4)
Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih (puisi tingkatan 4)
Pantun Enam Kerat (puisi tingkatan 5)
Pantun Lapan Kerat (puisi tingkatan 5)
Anak Laut (sajak tingkatan 4)
Jalan-jalan Raya Kotaku (sajak tingkatan 4)
Duhai Pentafsir (sajak tingkatan 5)
Di Ruang Gemanya (sajak tingkatan 5)


PROSA TRADISIONAL 2 (C):
PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG: (contoh soalan dan cara menjawab) (contoh 2)
(contoh Jawapan PPGL Pahang, Johor dan perak)
Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya
Sabor
Kezaliman Membawa Padah

Novel:
1. Latar Masa
2. Latar Masyarakat (persamaan perbezaan)
3. Teknik Plot (persamaan)
4. Nilai kemasyarakatan
5. Kejadian yang dapat memberi kesan dalam kehidupan pembaca
6. Peristiwa yang memilukan dan menggembirakan pembaca
7. Teknik plot
8. Gaya bahasa
9. Plot puncak novel

Semua soalan dan tajuk yang dikemukan di atas ialah BERDASARKAN ANALISIS SAYA. Selamat berjaya.


Anda boleh dapatkan soalan "jangkaan" SPM Bahasa Melayu daripada sumber-sumber yang berwibawa seperti di di alamat ini;


1. http://galusbm.blogspot.com/
2.
http://www.riekadier.blogspot.com/
3.
http://cikgutancl.blogspot.com/

Rabu, November 05, 2008

Isi-isi karangan

POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM


Soalan 4 (Novel): Percubaan 2008

Sabah
a) peristiwa saspens ( 1 novel) b) Bandingkan watak utama (2 novel)

SBPI
a) Dua Teknik plot b) satu Latar masa setiap novel

Kelantan
a) Peistiwa keperihatinan watak sampingan kepada watak utama
b) Bandingkan persoalan kepincangan masyarakat

Johor
a) Dua latar masa b) Peristiwa permulaan cerita yang menarik pembacaan

Kedah
a) Empat peristiwa kejutan b) Sifat gigih kedua-dua watak utama

MRSM
a) Peristiwa keinsafan b) satu Watak antagonis setiap novel

Daerah Petaling Perdana, Selangor D.E.
a) latar masa dan tempat b) Kaitan watak sampingan dengan watak utama dua novel

Terengganu
a) Pemerian - tiga bukti hakikat hidup bermasyarakat b) Teknik plot – imbas kembali dua novel

Melaka
a) Dua nilai tanggungjawab b) Bandingkan latar masyarakat dua novel

Pahang
a) Persoalan kepincangan dalam masyarakat b) Latar masyarakat dua novel

Sepang
a) Persoalan kepincangan dalam masyarakat b) Nilai kegigihan dua novel

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
a) imbas kembali dan imbas muka b) Bandingkan nilai kemasyarakatan dua novel

Sarawak
a) Unsur saspens b) Nilai kebiksanaan setiap watak utama dua novel

Negeri Sembilan
a) dua Latar masa dan peristiwa b) Teknik suspend dua novel

Daerah Kelang Selangor
a) keinsafan kepada pembaca b) tiga latar masa dan peristiwa

Koleksi Soalan 3 (a): Membina Ayat - Percubaan SPM 2008

Sabah
(i) tulus - telus (ii) seloroh - seluruh (iii) cocok - cucuk

SBPI
Bina 2 ayat: i. jalan ii. makan iii. pucuk

Kelantan
Tulis dua ayat: i. bela ii. perang iii. selak

Johor
i.reka ii. rukun tetangga iii.rumah tangga iv. temu duga v. ulang kaji vi. urus setia

Kedah
i. iltizam ii. ikhlas iii. ilham iv. takziah v. tarbiah vi. takwim

MRSM
i. berbaik-baik ii. berbaring-baring iii. berbayang-bayang iv. berbalas-balas v. berbondong-bondong vi. berbalaam-balam

Daerah Petaling Perdana, Selangor D.E.
i. bergotong-royong ii. berdolak-dalih iii. bertungkus-lumus iv. bersimpang-siur v. berbolak-balik vi. berualng-alik

Terengganu
Tulis 2 ayat: i. semak ii. rendang iii. pelekat

Melaka
i. haru-biru ii. susup-sasap iii. turun-temurun iv. porak-peranda v. mundar-mandir vi. gilang-gemilang

Pahang
i. gembar-gembur ii. hitam-legam iii. kusut-masai iv. semak-samun v. lintang-pukang vi. kering-kontang

Sepang
1. menambat - merembat 2. melatah - meratah 3. mengecam - mengeram

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bina Ayat
i) menghadap - menghidap ii) menarah - menaruh iii) menggelegak - menggeletar

Sarawak
Bina ayat
i) memikul ii) mengelek iii) mengangkat iv) menjinjing v) menjunjung vi) menggendong

Negeri Sembilan
Bina 2 ayat
i) perang ii) semak iii) bela

Daerah Kelang Selangor
i) angkawasan ii) budayawan iii) karyawan iv) cendiakawan v) dermawan vi) negarawan

Selasa, Oktober 14, 2008

Latihan Tatabahasa Di ambang SPM 2008: Peribahasa

a) Nyatakan maksud peribahasa di bawah ini;
i) bagai kucing kehilangan anak
ii) seperti ayam disambar helang
iii) asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

b) Nyatakan peribahasa yang sama maksud;
i) Genggam bara api biar sampai jadi arang
ii) biduk lalu kiambang bertaut
iii) seperti ikan pulang ke lubuk

c) Buat ayat daripada peribahasa ini;
i) atas angin
ii) mendengar guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan
iii) nail seperti semut, turun seperti ribut

d) Nyatakan peribahasa yang sesuai;
i) Zaman darurat amat susah. Keadaan ekonomi meleset dan rakyat tempatan selalu menjadi mangsa kebuluran. Kesusahan hidup pada masa itu sangat membebankan rakyat dan mengorbankan ramai nyawa.

ii) Walaupun cikgu Ali sudah tahu nama pelajar yang datang menemuinya, dia sengaja bertanyakan nama pelajar yang datang berjumpa dengannya.

iii) Zakir selalu berlagak seperti seorang jutawan sedangkan hidupnya sangat susah dan berhutang dengan banyak pihak, dia juga tidak disukai oleh rakan sepejabatnya.


selamat menjawab

Isnin, Oktober 13, 2008

Latihan Tatabahasa Di ambang SPM: Membina Ayat

a) i) adalah ii) ialah iii) bahawa iv) justeru v) sejurus vi) kendatipun
b) i) imam - iman ii) lambak - lambat iii) serat - sarat
c) i) bersama - bersama-sama ii) lambat - lambat-lambat iii) gila - gila-gila
d) i) bagai - badai ii) rencam - resam iii) melencong - melancong
e) i) main ii) sepermainan iii) pemain iv) main-main v) dimainkan vi) mainan
f) i) batu ii) batu-batu iii) berbatu-batu iv) membatu v) batu-batan vi) batuan
g) i) kerat ii) tahan iii) jalan - (2 ayat setiap satu)
h) i) api - api-api ii) kuda - kuda-kuda iii) langit - langit-langit
selamat mencuba....

Rabu, Oktober 08, 2008

LatihanTatabahasa : K 2 BM MRSM



dwiklik pada imej untuk paparan lebih jelas




buat soalan ini dan kita akan bincangkan dalam PUI BM minggu depan

selamat mencuba

Isnin, September 29, 2008

Salam Lebaran 02: Ustaz Idris Saleh




Ucapan:


Assalamualikum w.b.t kepada semua pelajar SPM terutama pelajar SMIAAG. Pengunjung blog bmmaya ini, begitu juga kepada rakan seperjuangan, sahabat handai, keluarga tersayang, isteri dan anak-anak..
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas segala kesalahan dan dosa terhadap kalian, halalkanlah makan dan minum atau sebarang barang-barang yang terambil.


Bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM saya ucapkan selamat berjaya dengan cemerlang dengan mendapat 1A untuk semua subjek terutama Kertas Bahasa Melayu.


Kalian semua dialu-alukan untuk membuat ucapan selamat hari raya dalam blog ini. Kalau boleh gunakanlah bahasa Melayu Baku (ejaan dan tatabahasa yang betul) dengan menghantar ucapan ke email: ismiaa@gmail.com. Ucapan anda akan disertakan dengan gambar kad raya. (Percuma)
Sekian wassalam;


Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti;
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sabtu, September 27, 2008

Salam Lebaran 01 : Adilah Mohd Sha (5 SAF)


ucapan:
Assalamualaikum.SELAMAT HARI RAYA kpd sume umat islam...t'utama mak dan ayah serta insan yg m'genali diri ini....x lupe kpd adik2 ting.3 yg t'cinta,SELAMAT MENEMPUH CABARAN PMR!!SELAMAT MAJU JAYA kpd rakan s'perjuangan....wat yg d'best SPM nnt tau....igt!!sijil pelajaran m'sia tau...bukan SIJIL P'MINANGAN MASUK!!....hehehe.... "GAMBARKNLH DLM IMIGINASIMU TTG K'JAYAAN DAN BIARKN IA T'GORES DLM HATI,JDKNLH STIAP K'PUTUSN YG ANDA AMBIL SBG USAHA UTK M'CAPAI K'BAHAGIAAN DGN STIAP CUBAAN AKN T'RASE M'BAHAGIAKN." Mohon maaf zahir n batin kpd s'siape yg pernah d'sakiti dan d'kasari...mak,ayah,cikgu2 SMIAAG yg byk b'korban,kwn2 dar asma' pasir puteh,kwn2 smiaag yg setia serta adik2 usrah akak yg akak igt sokmo....SELAMAT HARI LEBARAN!!...smile olwezz.....


Daripada: Adilah Mohd Sha

Khamis, September 04, 2008

Teruskan perjuangan dalam Jihad menuntut ilmu


Assalamualaikum w.b.t


Salam perjuangan, salam Ramadhan buat semua pelajar tingkatan lima SMIAAG, Kalian telah berjaya menjawab Kertas Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu pada hari Rabu (minggu lepas)Rata-rata pelajar yang ditemui mengukirkan senyuman yang lebar kerana soalan percubaan pada tahun ini "mudah". Apa yang menjadi satu keistimewaan pelajar-pelajar Al-amin yang ustaz perasan pada hari tersebut; mereka berdoa beramai-ramai memohon pertolongan ALLAH sebelum melangkahkan kaki ke kelas pepriksaan. Amalan dan budaya ini sangat baik dan terpuji di sisi Islam.


Bukan sekadar itu, sebenarnya mereka sudah berdoa sebaik selesai solat-solat yang wajib, solat-solat sunat (tarawikh, hajat, witir). Dalam kelas peperiksaan juga doa-doa terus dipohon ke hadrat ALLAH sehinggalah kertas habis dijawab masih tidak putus-putus doa mencurah-curah dilafazkan secara monolog atau seumpamanya memohon kejayaan gilang gemilang. Jelas di sini bahawa amalan berdoa merupakan sunah yang dituntut kepada semua umat Islam yang inginkan kejayaan di dunia dan akhirat.




Selain itu, apa yang penting ialah jangan lupa meminta doa-doa kepada kedua ibu bapa . Doa ibu bapa pastinya menjadi pemangkin kemustajaban doa-doa seorang anak yang soleh. Biarlah air mata ibu dan bapa yang mengalir ketika berdoa ke hadrat ALLAH, kita keringkan dengan "sapu tangan kejayaan" bukannya dengan "kertas keras kegagalan". Maka mahu tidak mahu kita perlu berbuat baik kepada ibu bapa untuk mendapatkan limpahan doa dari keduanya.


Hal yang sama juga berlaku; guru-guru kalian tidak henti-henti dan putus-putus membasahi lidah mereka mendoakan kejayaan anak-anak didik mereka. Susah senang dalam peperiksaan adalah asam dan garam yang perlu diterima oleh para pelajar dengan hati yang terbuka serta ikhlas kerana ALLAH. Doa guru juga menjadi salah satu prasyarat kemakbulan doa anak muridnya. Guru hanya penyampai ilmu mewarisi tugas para nabi dan rasul. Kejayaan anda adalah kejayaan, amanah dan tanggungjawab yang dipikul di bahu mereka. Begitulah juga sebaliknya kegagalan kalian adalah sesuatu yang tidak pernah mereka impikan. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa doa guru perlu diraih demi sebuah kejayaan.




Selain berdoa dan didoakan, apa yang dicita-citakan hendaklah dilaksanakan atau diusahakan dengan sepenuh jiwa dan raga, disertai roh jihad yang tinggi demi mencari keredhaan ALLAH. Tidak ruginya kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertempur mati-matian dalam jihad menuntut ilmu. Kerana Allah mengganjari pahala dan syurga yang tidak mampu kita bayangkan. Jelas bagi kita, doa tanpa usaha tidak akan membuahkan hasil bak kata pepatah Melayu "yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang".



Akhir kalam, ustaz yakin dan percaya bahawa usaha kalian yang bersungguh-sungguh, doa kalian yang tidak putus-putus, doa ibu bapa dan guru yang menghujani siang dan malam, akhirnya dengan izin ALLAH akan membuahkan hasil. Teruskan usaha, jihad, doa dan tawakal kepada ALLAH moga-moga kalian semua menjadi insan soleh wa musleh, berjaya di dunia dan akhirat.



Sekian, wassalam

Jumaat, Ogos 29, 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-51


klik pada imej logo merdeka untuk maklumat lanjut..

Selamat Menyambut Ramadhan dan Peperiksaan Percubaan SPM 2008


Ramadhan adalah ujian untuk jiwa hamba-hamba Allah yang beriman....


Peperiksaan Percubaan SPM adalah ujian untuk pelajar-pelajar yang berilmu...


Semoga kalian berjaya untuk kedua-duanya. Amin

Isnin, Ogos 25, 2008

Untukmu Palestin (For You Palestine)





Artis: Raihan

Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh
Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah
Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin...
Palestin...

renungkanlah insan...

Asal usul Melayu terus dikaji

Oleh Mohd Azis Ngah mailto:azis@bharian.com.my





TELITI memeriksa serpihan artifak.

Pulau Kalumpang dipercayai penempatan pertama manusia prasejarah
MENELUSURI asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah. Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas.


Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia. Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu. Wartawan Berita Minggu berpeluang mengikuti satu kajian lapangan oleh pakar arkeologi, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang kini mengkaji penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni manusia di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak.




DR NIK Hassan bersama kumpulan pengkaji melakukan kerja cari gali artifak di Pulau Kelumpang.




Memang banyak negara yang mempunyai kawasan bakau seperti India, Kemboja dan Afrika tetapi hanya di Malaysia dikesan mempunyai kesan peninggalan penempatan manusia prasejarah.
Kerja mencari gali dimulakan pada 1987 selama dua tahun dan dihentikan sebelum dimulakan semula sejak Mei lalu. Hasil kajian pertama, Prof Nik Hassan menemui 11 rangka manusia prasejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ.
Manusia prasejarah itu dikatakan menanam mayat di bawah rumah mereka kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia, gigi yang dipercayai manusia yang hidup di abad kedua Sebelum Masihi hingga 10 Masihi.
"Kajian ini lebih menjurus kepada mengesan siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Kami percaya penempatan ini didiami sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mungkin juga mereka keturunan India, Sumatera atau Orang Laut.

"Mereka lebih terbuka kepada hubungan luar berbanding Melayu yang tinggal di pedalaman. Bukti gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka orang Melayu dan penemuan serpihan tembikar, manik menunjukkan mereka berhubung dengan dunia luar," katanya.
Menariknya, Pulau Kalumpang yang jaraknya kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Gula, mempunyai tujuh kawasan penempatan yang mempunyai keluasan dua kilometer. Pulau itu juga mempunyai banyak pokok buluh yang sememangnya diakui tidak akan tumbuh di kawasan bakau.
Pokok buluh itu hidup subur dipercayai ditanam dengan tujuan pelbagai guna untuk membuat rumah, senjata dan alat menangkap ikan. Selain itu, penemuan kerang pelbagai jenis menunjukkan penduduk di situ sememangnya menjadikan hasil laut sebagai makanan utama.
Penduduk tempatan menggelar pulau itu sebagai Pulau Kota Kerang, ada yang memanggilnya Pulau Buluh. "Berdasarkan penemuan di pelbagai peringkat lapisan tanah, jelas menunjukkan diet makanan mereka juga berubah mengikut zaman. Kami menemui tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk, mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama.
"Persoalannya ialah bagaimana mereka hilang atau berpindah, kami tidak pasti dan sedang mengkaji," katanya.
Ketika ini, Prof Nik Hassan dan pasukannya sudah menemui 50 jenis kerang pelbagai saiz yang jelas membezakan perubahan makanan penduduk di situ. Cara hidup mereka boleh dinilai berdasarkan sisa makanan yang ditemui.
Apa yang pasti, pasukannya gigih menjalankan kajian sama ada penempatan di situ mempunyai kaitan langsung dengan orang Melayu yang tinggal berhampiran di Kuala Sepetang, Kuala Gula atau Kuala Kurau dan ia perlu dipastikan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).
Info: Tapak Arkeologi Pulau Kalumpang Pulau Kelumpang

-Mempunyai tujuh kawasan (Pulau Satu hingga Pulau Tujuh) seluas dua kilometer
-Pulau Satu hingga Pulau Lima adalah kawasan utama kajian
-Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan Pulau Selinsing
-Tapak itu diwartakan sebagai Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi sebagai perkuburan prasejarah pada 15 Julai 2007.
-Pemetaan dan sukatan geografi mula dijalankan di situ pada tahun 1988.




Sumber: http://www.bharian.com.my (25 Ogos 2008)

Sejarah Jalur Gemilang



JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.


Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.


Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.



Mohamed Hamzah

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.


Jalur Gemilang dalam catatan sejarah




1. Pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo membawa Jalur Gemilang merentasi Cape Leeuwin di Australia, South Cape di New Zealand, Cape Horn di Amerika Selatan, Kepulauan Fernando de Noronha di Lautan Atlantik dan Cape of Good Hope di Afrika Selatan.

2. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi 8,848 meter diseliputi salji selepas kira-kira dua bulan mendaki.

3. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007. 4. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008. Beliau sebelum ini pernah memenangi emas pada Sukan Komanwel 2006. Fakta Jalur Gemilang

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.

Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.

Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.

28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Maksud lambang dan warna;

- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.


- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.


- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.





sumber: http://www.bharian.com.my (25 Ogos 2008)

Selasa, Ogos 19, 2008

5 sekolah Selangor dapat pengiktirafan

LIMA sekolah menengah di Selangor diberi Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kerana berjaya melaksanakan Program Excellent Learning (Excel) di sekolah masing-masing.

Sekolah terbabit ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya, Shah Alam; SMK Taman Dato’ Harun; SMK Taman Medan dan SMK (P) Taman Petaling, Petaling Jaya. Penganugerahan sijil itu disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam kepada pengetua sekolah terbabit dalam satu majlis di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Berucap pada majlis itu, Ismail berkata, seramai 8,235 pelajar dari 29 sekolah menengah seluruh negara terbabit dalam program rintis Excel yang diperkenalkan tahun ini bermatlamat meningkatkan kefahaman tentang produktiviti, kualiti dan kepentingan daya saing negara kepada pelajar.

Katanya, pelaksanaan program selama enam bulan mulai Februari lalu itu turut mendedahkan pelajar amalan produktif, selain teknik bersesuaian pelaksanaan projek kecemerlangan pembelajaran berlandaskan penambahbaikan berterusan. “Saya yakin program ini membantu menjadikan suasana pembelajaran di sekolah lebih selesa dan menarik, sekali gus menjana minda pelajar supaya lebih produktif dan berdaya saing.

“Malah, kejayaan lima sekolah mendapat pensijilan 5S akan dijadikan penanda aras dan contoh kepada sekolah lain,” katanya. Program Excel memerlukan sekolah melaksanakan projek persekitaran berkualiti dan penambahbaikan proses mewakili 90 peratus daripada keseluruhan program, manakala 10 peratus lagi projek penambahbaikan dan inovasi.

Sistem 5S atau Seiri - Sisih; Seiton - Susun; Seiso - Sapu; Seiketsu - Seragam dan Shikutse - Sentiasa Amal - adalah sistem amalan diadaptasikan dari negara matahari terbit, Jepun yang memfokuskan usaha mewujudkan persekitaran berkualiti di sesebuah organisasi.

Cetak artikel Hantar

Sumber: www.bharian.co.my (19 Ogos 2008)

Anak-anak didikku: BM SPM 2008

dwiklik pada imej untuk paparan lebih jelas


"Ya Allah, kaujadikan mereka insan yang soleh, solehah dan musleh

serta kurniakan mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Amin..."

Selasa, Ogos 12, 2008

Sajak: Cangkir ilmu


Cangkir ilmu
lambang perjuangan
insan yang dahagakan ilmu
dalam pengembaraan hidup
di padang pasir kehidupan kering kontang



Cangkir ilmu
kami menadah cangkir yang kosong
bersih dan suci
dengan tulus nawaitu
mencari redha Allah
supaya ilmu yang bertakung
memenuhi cangkir ini
agar dapat diteguk
sebagai pemusnah dahaga kejahilan
menyemarakkan tenaga keimanan


Cangkir ilmu
datang daripada hati suci yang menandah
datang daripada jiwa jernih yang mencurah
bila diteguk sejuk bersalju
terasa resapan din keseluruh tubuh
mencetus rohani taqwa
menjana minda bijaksana
meletuskan jiwa merdeka
memperkasa zahir bertenaga
melantangkan suara bicara
agar Allah dan Rasul-Nya
dijulang setinggi angkasa raya


Cangkir ilmu
antara kejahilan dan wahyu
antara jahat dan jihad
antara redha dan paksa
antara surga dan neraka
pilihan di tangan anda...



oleh: Sutera Biru
Ogos 2008


Latihan PUI BM siri 05/08




Jawab soalan Kertas 2 dari tahun 2004-2007, SPM 1, SPM 2 dan Ramalan SPM

a) Soalan 2 a, 2 b, 2 c dan 2 d sahaja

Selamat bercuti dan selamat menjawab...

"Pucuk dicita ulam mendatang"
"Orang mengantuk disorongkan bantal"
"Kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan"


Sabtu, Ogos 09, 2008

Sajak daripada Anak didikku: Rahman D


Landasan Impian Nyata II
(Buat bumi Al-aqsa aku berbicara)

Pengembaraan musafir derita di bumi Al-Aqsa
melakarkan tinta pudar
pada kertas hati.
Tulisannya sarat kesengsaraan tenat
ceritanya terbias wajah ketakutan dahsyat.
Ruang damai sudah dikoyak
daripada kamus hayat mereka
hanya tinggal harapan tidak bernoktah.


Suatu hari
pasti warna damai kembali bersinar









Rahsia Lautan


Apabila kulontarkan
pandangan ke wajah lautan membiru
bergumam hati kecil
menafsirkan keindahan yang terenap
di balik madah agung penciptaan.



Ya Rabb, hadirkan daku cebisan waktu
buat kurentangkan jejak kembara
di dasar lautan-Mu
yang menzahirkan pelangi keunikan
menjawab keliru yang bertandang
melihat kebesaran alam ciptaan Al-khaliq.



Kerlipan mutiara rahsia
sudah kutemui di dalam batu keinsanan
harganya adalah ketundukan manusiawai
sejalur persepsi diri.



Aku terpana,
lautan bergelumang sejilid misteri.
Abadi,
sekadar mampu terpandang oleh mata hati



Hasil karya:


Rahman D
University of alexandaria Egypt
Alumni SMI Al-amin Gombak (G13)


Selasa, Ogos 05, 2008

Al-fatihah buat Guruku:S Othman Kelantan pulang ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 31 - Negara kehilangan seorang lagi tokoh sastera apabila Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali sebagai S Othman Kelantan pulang ke rahmatullah pada jam 12.05 tengah malam tadi di Hospital Serdang.

Difahamkan arwah mengalami sakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah.

Menurut anak arwah, S M Zakir, jenazah ayahnya akan dikebumikan pada pagi ini.
"Jenazah berkenaan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor," katanya.

Beliau telah mengajar Ustaz dalam bidang sastera ( pengajian media) terutama dalam pembikinan cerpen dan novel di Universiti Malaya pada tahun 1998. Tunjuk ajar beliau menjadikan ustaz seorang guru bahasa Melayu di SMI All-amin dan meminati cerpen dan novel. Sepanjang belajar dengan beliau, ustaz telah menghasilkan 5 buah cerpen dan sebuah novel "Siapa Suruh Masuk Tentera" yang akan diolah semula dan dicetak pada tahun hadapan.

Semoga arwah beliau dirahmati Allah dan diletakkan bersama roh para syuhada yang menegakkan islam dengan mata pena. Amin...

Biodata S Othman kelantan

Berikut adalah serba ringkas biodata Syed Othman Syed Omar atau S Othman Kelantan.
S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.
Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA.

Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM).

S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.

Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.

Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan.

Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.
Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa). Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003).

sumber: harakahdaily.net

Isnin, Julai 28, 2008

Tugasan PUI BM SPM Siri 03

Tugasan 1 Siri 03

Kertas 1
Bahagian A

i) Karangan Pendek
a) Kertas Ramalan SPM 2 muka surat 40

Bahagian B

ii) Karangan Panjang (muka surat 41)
Soalan no. 3 - Sekolah anda akan menganjurkan Minggu Pusat Sumber. Pada hari perasmian, anda diminta untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kepentingan Pusat Sumber kepada Pelajar"

Tuliskan teks syarahan itu selengkapnya


Kertas 2
soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3 (c) bagi tahun 2004-2007 serta Ramalan SPM 1 dan SPM 2


Tarikh Penghantaran: 4 Ogos 2008 (Isnin)

Peringatan: Tugasan PUI Julai perlu dihantar selewat-lewatnya Jumaat ini.(1 Ogos 2008)


"Alah bisa tegal biasa"
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"
"Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih"
Semoga kalian semua bergembira dan berbahagia membuat latihan ini...

Menanti di Barzakh: Tazkiratulmaut

Nasyid Kumpulan Far East

Jumaat, Julai 25, 2008

Mengenang Hari Kelahiran, Menggamit Hari Kematian

Selamat hari lahir kepada semua pelajar yang lahir pada bulan Julai. Terima kasih kepada insan tersayang, sahabat-sahabat, anak-anak didik al-amin kerana keperihatinan dan kasih sayang kalian...

Hayati video dan lirik nasyid saujana ini sebagai renungan kita bersama.




Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup untukku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur

Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Kau hiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti

Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Isnin, Julai 21, 2008

Latihan Tatabahasa PUI BM 2008/01

Latihan Tatabahasa: Membina Ayat Pra PUI 2008/01


a) belah, hancur, patah, pecah, retak, sompek
b) bagaimanapun, biarpun, kendatipun, meskipun, sungguhpun, walaupun
c) cocok, cucuk, tulus, telus, mandat, madat
d) juruaudit, jurubicara, juruhebah, jurubatu, juruhias, jurupustaka
e) mengulang - berulang-ulang, menimpa - bertimpa-timpa, mengingat – beringat-ingat
f) menghiris, memahat, memangkas, menebas, menebang, menarah
g) hidup-hidup, ura-ura, masak-masak, nyaris-nyaris, dekat-dekat, muda-muda
h) kamil, kamir, impak, imlak, taksir, takrif
i) masak - masak-masak, kira - kira-kira, api - api-api
j) guna, kegunaan, penggunaan, menggunakan, digunakan, guna-guna
k) bubar - pembubaran, cambah - percambahan, calon - pencalonan
l) gara-gara, para-para, kira-kira, mata-mata, guna-guna, ura-ura
m) berlapis-lapis, terkumat-kamit, berbondong-bondong, mengangguk-angguk, berbuai-buai, mengacah-acah
n) murah, kabur, uzur (setaip satu dua ayat dengan maksud berlainan)
o) kesat - kerat, serat - sekat, mayang - miang
p) efektif, elektif, intensif, insentif, aplikasi, implikasi
q) pahit maung, tokok tambah, tinggi lampai, tunjuk ajar, daya tahan, inti sari
r) lancing, lasak, lekang (setaip satu dua ayat dengan maksud berlainan)
s) laku, pelaku, berlaku, kelakuan, melakukan, perlakuan
t) jaga - berjaga-jaga, tiba - tiba-tiba, agar - agar-agar
u) saluran, saliran, pedalaman, pendalaman, tempoh, tempuh
v) kebergantungan - kebertanggungjawaban, kelangsungan - kelansingan, kelestarian - kebestarian
w) terhuyung-hayang, terkinja-kinja, terpinga-pinga, tertanya-tanya, teraba-raba, terkapai-kapai
x) potong-memeotong, tolong-menolong, kejar-mengejar, bertukar-tukar, berbual-bual, tolak-menolak.
y) Tuntun - tonton, ialah - adalah, mapan - mempan
z) Melontari - melontarkan, mengambil - mengambilkan, menganugerahi - menganugerahkan
aa) Pelantikan, petempatan, pertubuhan, perjuangan, pertentangan, pemasangan
bb) Ketinggalan, kehausan, kegembiraan, kehujanan, keletihan, kehampaan
cc) Kira, berkira-kira, mengira-ngira, sekira-kira, terkira-kira, terkira, perkiraan
dd) Anggun - unggun, pasaran - pusaran, caruman - curaman
ee) Jejak - jejaka, juang - jurang, kawal - kawat
ff) Adat resam, asal usul, asam garam, asyik mahsyuk, amal ibadat, alim ulama
gg) Larat - larut, sedia - setia, madat - mandate
hh) Naga - naga-naga, orang - orang-orang, duit - duit-duit
ii) Mengharumkan - mengharumi, melepaskan - melepasi, membaikkan - membaiki
jj) Harga diri - harga tetap, hari depan - hari lahir, hak cipta - hak asasi
kk) Ikhlas - jujur, curiga - khuatir, perundingan - perbincangan
ll) Menguburkan - menyuburkan, menjelang - menjulang, mengurung - menghurung
mm) Menarik - meragut, pening - demam, menyekat - menyukat




Latihan tatabahasa: Membetulkan Ayat 2008/01

Dwiklik pada imej untuk paparan yang jelas.



Jumaat, Julai 11, 2008

PUI (Program Ulangkaji Intensif) SPM 2008

Sekapur sirih
"Kalau runtuh kota Melaka,
papan di Jawa hamba kirimkan;
Kalau sungguh bagai dikata,
jiwa dan raga hamba serahkan."

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pelajar SPM terutamanya pelajar-pelajar SMIAAG
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

PUI bertandang lagi...
Adakah pelajar-pelajar telah bersedia minda, emosi, rohani dan fizikal untuk terjun ke "medan pertempuran"? SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) bukan satu mainan atau gurauan. Ia penentu hala tuju dan merupakan anak kunci untuk membuka pintu-pintu gedung ilmu yang lebih banyak dan luas. Sebagai pendidik saya akan terus dan kimited untuk membawa anda semua menerawang dalam "alam maya" ini dengan menyediakan pelbagai nota, peta minda, set soalan dan pelbagai petua untuk meraih 1A dalam subjek Bahasa Melayu. Nah!Apa lagi yang anda mahu? "Karpet merah" sudah dihamparkan untuk menuju gerbang kejayaan. Sekarang terpulanglah kepada anda sekiranya mahu berjaya "tepuk dada tanya selera". Biar iman menjadi hakim bersama minda positif sebagai jurinya. Anda pasti akan berjaya dengan pertolongan Allah, asalkan nawaitu di lubuk hati terpahat hasrat dan matlamat sejati mencari keredhaan allah dan rasulnya. Semoga kejayaan dunia dan akhirat menjadi milik kita bersama.

Tatacara PUI Bahasa Melayu SPM
a) Pra PUI
1. Menyiapkan "helaian pembentangan" mengikut tajuk tugasan dalam bentuk perisian (misrosoft Word/ Power Point / Flash / mikromedia dan sebaginya) dan disimpan di dalam "tumb drive" atau cekera keras )
2. Peta minda mengikut tajuk tugasan secara ringkas dan padat ditulis dalam kertas bersaiz A4.
3. Sediakan beberapa soalan untuk pelajar-pelajar lain dan digalakkan menyediakan hadiah yang kecil kosnya seperti gula-gula.
4. Perkara 1 dan 2 hendaklah diserahkan kepada guru anda sebelum 14 Julai 2008. Manakala perkara 3 dibawa pada masa pembentangan.
5. Membuat ulangkaji dengan merujuk nota, teks, peta minda dan fail pembentangan yang boleh dimuat turun daripada blog http://www.bmmaya.co.cc/

b) Semasa Pui
1. Pembentangan semua tugasan dilakukan selama 30 minit setiap kumpulan termasuk sesi soal jawab dan penyampaian hadiah.
2. Bawa semua buku Bahasa Melayu(Teks, rujukan dan nota) serta kamus dewan.
3. Persiapkan diri dengan alat tulis yang secukupnya.
4. Pembentang perlu mengedarkan peta minda kepada pelajar-pelajar lain yang mendengar pembentangan sebagai rujukan sehari sebelum pembentangan bermula.
5. Pelajar perlu berpakaian kemas dan berakhlak mulia mengikut undang-undang sekolah.
6. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kelas/dewan PUI kecuali dengan keizinan guru.
7. Pelajar yang gagal hadir tanpa sebarang alasan munasabah akan dikenakan tindakan tatatertib.
8. Pelajar amat digalakkan mengulangkaji serta berbincang secara berkumpulan dan menayakan soalan kepada pembentang atau guru sekiranya tidak memahami sesuatu perkara.
9. Pelajar akan diberikan tugasan oleh guru. Tanda dan labelkan nama pada buku atau kertas edaran yang diberikan supaya masalah remeh-temeh tidak berlaku.
10.Setip sesi PUI dimulai dan diakhiri dengan bacaan doa.

c) Selepas PUI
1. Kelas atau dewan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan dan segala perabot atau peralatan elektronik perlu disusun dengan rapi.
2. Dilarang meninggalkan sebarang buku-buku atau harta peribadi anda di dalam kelas atau dewan PUI.
3. Ulangkaji tajuk pembentangan seterusnya dan membuat persiapan untuk sesi pembantangan akan datang.
4. Buat semua tugasan yang telah diarahkan mengikut tarikh penghantaran yang telah ditetapkan.

Carta aliran PUI SPM Bahasa Melayu

1. Penyediaan nota -> 2. pembentangan -> 3.Soal Jawab ->4. Ulangkaji -> 5. Jawab set soalan


Jumaat, Jun 27, 2008

Tindakan Jakim haram peraduan SMS disokong

KEPUTUSAN Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengharamkan ‘Peraduan 100 Hari 100 Kereta’ anjuran Celcom kerana mengandungi unsur judi, sedikit sebanyak meleraikan kegelisahan dan keraguan masyarakat Islam.

Tindakan itu dilihat tepat pada masanya kerana masyarakat memang mudah terpesona dengan peraduan yang menawarkan ganjaran mewah tanpa memikirkan terlebih dulu sama ada sesuatu peraduan itu mematuhi syariah atau sebaliknya.

Semoga keputusan itu memberikan iktibar kepada seluruh syarikat telekomunikasi untuk merujuk terlebih dulu kepada Jakim sebelum melancarkan apa jua produk khususnya yang membabitkan pertandingan dan peraduan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2004 menetapkan, peraduan kuiz berbayar melalui SMS adalah haram kerana ada unsur judi.

Masyarakat umum gusar melihat peraduan SMS berleluasa di stesen televisyen dan telekomunikasi hari ini. Apa yang dirisaukan adalah peraduan ini mungkin sengaja direka dan dipatenkan penganjur bagi mengaut keuntungan mudah hasil tidak prihatin pengguna berkaitan hukum dan undang-undang.

Peraduan itu menyebabkan masyarakat terperangkap ke kancah judi moden. Sepatutnya, syarikat telekomunikasi dan stesen TV perlu peka dengan aspek hukum, jangan sampai mahu mengambil kesempatan berikutan kejahilan pengguna.

Hujah panel mengharamkan peraduan itu yang boleh menggalakkan pembaziran sangat tepat.

Dalam menghadapi kenaikan harga minyak, masyarakat perlu menguruskan perbelanjaan mereka dengan baik. Jangan sesekali tertipu dengan helah peraduan yang akhirnya menyebabkan kita terjerumus ke dalam lembah kepapaan.

Kita asyik merungut tidak cukup wang tetapi pada masa sama kita leka menghabiskan wang ke arah perkara yang belum tentu memberi manfaat seperti peraduan SMS itu.

MOHD IHSAN
MOHD DAUD, Gong Badak, Terengganu.


SUMNER BERITA HARIAN ONLINE (27 jUN 2008)

Ahad, Jun 15, 2008

Kenaikan harga minyak jejas usaha basmi kemiskinan, kata penganalisis


KUALA LUMPUR: Beberapa pakar ekonomi berpendapat kenaikan mendadak harga bahan bakar kebelakangan ini, boleh menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar di negara ini menjelang 2010.


Mereka yakin kenaikan harga bahan itu sebanyak 40 peratus seperti yang diumumkan baru-baru ini berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia, pasti memberi kesan yang tidak menggembirakan terhadap rancangan itu.


April lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya untuk menghapuskan kemiskinan, walaupun harga minyak dunia terus meningkat.


Bagaimanapun, sesetengah ahli ekonomi mempamerkan sikap kurang yakin mereka terhadap prospek itu dengan memberi alasan bahawa berdasarkan kuasa membeli yang ada sekarang, lebih banyak rakyat Malaysia sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".


Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan begitu ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan bakar.


“Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.


“Bagi golongan miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka. Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan. Kini, mereka menerima satu lagi pukulan apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah,” katanya.


Sambil mengkategorikan isi rumah yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan sebagai keluarga miskin, Azrul Azwar berkata sebelum ini, kumpulan berkenaan membelanjakan 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan dan apabila harga bahan bakar meningkat sekarang, mereka terpaksa mengikat perut bagi memenuhui keperluan lain.


Oleh itu, kata beliau, kaedah yang digunakan sekarang bagi menentukan garis kemiskinan, perlu disemak semula kerana ia tidak mencerminkan hakikat sebenar. “Saya rasa pendapatan yang dikategorikan sebagai garis kemiskinan sekarang tidak relevan dengan kos sara hidup yang meningkat hari demi hari. Bagi saya, ia sepatutnya jauh lebih tingi, mungkin sekitar RM1,500 sebulan,” katanya. - Bernama

sumber: Berita harian online (15 Jun 2008)



Sila layari alamat ini untuk mengetahui hujah kerajaan tentang Isu Harga Minyak dan Subsidi http://www.sapp.org.my/hq/fuel.pdf

Rabu, Jun 11, 2008

Perjuangan martabat bahasa Melayu kian menyimpang

SOAL memperkasakan bahasa Melayu menjadi lebih gamat diperdebatkan kerana kita begitu alpa terhadap bahasa ibunda sendiri bahkan begitu rancak membudayakan kesalahan demi kesalahan bertutur dan bercakap tanpa segan dan silu.

Kita mengamalkan budaya bahasa rojak seolah-olah ia betul dan tiada cacat cela. Kita begitu asyik dengan ketertiban lain bukan berusaha menjiwai bahasa jiwa bangsa? Kenapa perihal bahasa dipandang enteng? Kenapa kita tidak memelihara bahasa kita dengan penuh ketertiban dan keikhlasan?

Saya amat bersetuju supaya merancakkan lagi soal bahasa jiwa bangsa.

Bahasa sebagai penyatu negara dan pembina tamadun mesti disemarakkan agar dunia Melayu semakin terserlah dan dominan. Ketamadunan Melayu sejak berabad lagi amat disegani dan dilestarikan oleh sarjana orientalis dan sebaliknya di seluruh dunia.

Mereka dari jauh dan dekat mempelajari dan mengadakan dana serta jawatan untuk bersama memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti ternama.

Malangnya kita kini menghadapi soal jati diri dan krisis mendalam mengenai siapakah kita sebenar sebagai orang Melayu. Kita mudah bertolak ansur sehinggakan kita mengorbankan jati diri dan sekali gus kehilangan punca.

Apakah kerana faktor pendewasaan bahasa Melayu yang lemah? Apakah kerana bahasa Melayu tidak ada nilai ekonomi dan tidak berkuasa di sektor swasta? Apakah bahasa Melayu kurang mampu bersaing dengan bahasa dunia lain bahkan sekadar di Nusantara saja?

Pokoknya, saya kecewa dan hampa melihat fenomena bahasa jiwa bangsa semakin terpinggir kepentingannya tanpa sosialisasi yang berkesinambungan.

Pihak berwajib perlu melaksanakan program dan dasar yang lebih tegas jika ketamadunan kita mahu dihormati dan bahasa Melayu kekal sebagai wadah penyatuan bangsa bukan sebaliknya.

Justeru, gerakan kebahasaan dan kesusasteraan perlu dirintis secara bersepadu dengan kerjasama golongan cerdik pandai dan pemerintah supaya bahasa Melayu menjadi wadah perpaduan, integrasi dan ketamadunan bangsa dan negara.

Budaya memartabatkan perlu dikomunikasi di semua sektor, bukan terbatas terhadap sektor awam saja.

Hakikat nilai bahasa Melayu bergantung kepada nilai ekonomi malangnya menjadi satu kekecewaan besar dalam konteks sosialisasi bahasa di negara kita.

Kenapa ini berlaku kerana pada hemat saya kita sudah terpesong jauh daripada perjuangan asal nenek moyang kita. Maka, marilah kita ke pangkal jalan selagi kita masih berkuasa. Tepuk dada tanya selera.

PROF MADYA MOHAMAD MD YUSOFF,
Pusat Pengajian Komunikasi USM,
Pulau Pinang.




sumber:berita harian online (11 Jun 2008)

Rabu, Jun 04, 2008

PPSMI gagal capai matlamat

Oleh Norliza Abdullah
Kementerian perlu buat kajian guru, pelajar lemah penguasaan bahasa InggerisKEMENTERIAN Pelajaran sekali lagi disaran supaya mengkaji semula pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak lima tahun lalu kerana ia gagal meningkatkan pemahaman konsep, ilmu dan kemahiran kedua-dua subjek berkenaan.

Tokoh Akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, berkata kegagalan pelaksanaan program itu antara lain berpunca penguasaan bahasa Inggeris kebanyakan guru sendiri lemah untuk menerangkan aspek terbabit dengan jelas.

Katanya, keadaan lebih membimbangkan kerana kelemahan penguasaan bahasa Inggeris begitu ketara di kalangan pelajar Melayu dan Orang Asli hingga menyebabkan mereka payah mengikuti proses pembelajaran dua subjek itu.

Beliau berkata, hasil kajiannya bersama empat pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaksanakan dalam tiga kohort iaitu pada Februari 2007 membabitkan 1,564 murid Tahun Lima di 27 sekolah rendah, diikuti Julai 636 murid dari 13 sekolah rendah. Seterusnya Januari lalu, tinjauan dilaksanakan membabitkan 1,703 murid Tahun Lima dari 28 sekolah rendah.

“Sejumlah 85 peratus murid melaporkan guru mereka mengajar Matematik dan Sains dengan menggunakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris. Ini kerana guru ingin membantu muridnya yang ramai lemah bahasa Inggeris untuk memahami apa yang diajar. “Analisis responden Januari lalu menunjukkan hanya 17.0 peratus murid daripada semua kaum menyatakan mudah mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris.

“Peratusan ini jelas menunjukkan sebahagian besar murid atau 83 peratus meluahkan perasaan kesukaran mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris, walaupun mereka mempelajari subjek ini sejak 2003,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah pada Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di UPSI di Tanjung Malim, semalam.

Isahak berkata, hasil kajian itu jelas membuktikan bahawa pelaksanaan PPSMI memberi kesan negatif terhadap sebahagian besar murid terutama di kalangan Bumiputera di kawasan luar bandar dan masyarakat Orang Asli.

Beliau berkata, pelaksanaan itu juga tidak meningkatkan minat murid menguasai kedua-dua mata pelajaran berkenaan kerana penggunaan bahasa Inggeris sendiri sukar dikuasai, kemudian dipaksa pula menggunakan bahasa itu dalam subjek Sains dan Matematik.

“Secara purata, lebih 75 peratus murid Melayu Tahun Lima menyatakan mereka kerap dan kadang-kadang merujuk buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu jika tidak faham penerangan dalam bahasa Inggeris.

“Kira-kira 35 peratus menyatakan mereka memiliki buku rujukan Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sebagai tambahan,” katanya. Kesimpulannya, Isahak berkata, nyata 80 peratus murid daripada semua keturunan menyatakan sukar mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris dan 70 peratus pula Matematik.

sumber: berita harian online (4 June 08)

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”