[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Jumaat, Julai 11, 2008

PUI (Program Ulangkaji Intensif) SPM 2008

Sekapur sirih
"Kalau runtuh kota Melaka,
papan di Jawa hamba kirimkan;
Kalau sungguh bagai dikata,
jiwa dan raga hamba serahkan."

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pelajar SPM terutamanya pelajar-pelajar SMIAAG
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

PUI bertandang lagi...
Adakah pelajar-pelajar telah bersedia minda, emosi, rohani dan fizikal untuk terjun ke "medan pertempuran"? SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) bukan satu mainan atau gurauan. Ia penentu hala tuju dan merupakan anak kunci untuk membuka pintu-pintu gedung ilmu yang lebih banyak dan luas. Sebagai pendidik saya akan terus dan kimited untuk membawa anda semua menerawang dalam "alam maya" ini dengan menyediakan pelbagai nota, peta minda, set soalan dan pelbagai petua untuk meraih 1A dalam subjek Bahasa Melayu. Nah!Apa lagi yang anda mahu? "Karpet merah" sudah dihamparkan untuk menuju gerbang kejayaan. Sekarang terpulanglah kepada anda sekiranya mahu berjaya "tepuk dada tanya selera". Biar iman menjadi hakim bersama minda positif sebagai jurinya. Anda pasti akan berjaya dengan pertolongan Allah, asalkan nawaitu di lubuk hati terpahat hasrat dan matlamat sejati mencari keredhaan allah dan rasulnya. Semoga kejayaan dunia dan akhirat menjadi milik kita bersama.

Tatacara PUI Bahasa Melayu SPM
a) Pra PUI
1. Menyiapkan "helaian pembentangan" mengikut tajuk tugasan dalam bentuk perisian (misrosoft Word/ Power Point / Flash / mikromedia dan sebaginya) dan disimpan di dalam "tumb drive" atau cekera keras )
2. Peta minda mengikut tajuk tugasan secara ringkas dan padat ditulis dalam kertas bersaiz A4.
3. Sediakan beberapa soalan untuk pelajar-pelajar lain dan digalakkan menyediakan hadiah yang kecil kosnya seperti gula-gula.
4. Perkara 1 dan 2 hendaklah diserahkan kepada guru anda sebelum 14 Julai 2008. Manakala perkara 3 dibawa pada masa pembentangan.
5. Membuat ulangkaji dengan merujuk nota, teks, peta minda dan fail pembentangan yang boleh dimuat turun daripada blog http://www.bmmaya.co.cc/

b) Semasa Pui
1. Pembentangan semua tugasan dilakukan selama 30 minit setiap kumpulan termasuk sesi soal jawab dan penyampaian hadiah.
2. Bawa semua buku Bahasa Melayu(Teks, rujukan dan nota) serta kamus dewan.
3. Persiapkan diri dengan alat tulis yang secukupnya.
4. Pembentang perlu mengedarkan peta minda kepada pelajar-pelajar lain yang mendengar pembentangan sebagai rujukan sehari sebelum pembentangan bermula.
5. Pelajar perlu berpakaian kemas dan berakhlak mulia mengikut undang-undang sekolah.
6. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kelas/dewan PUI kecuali dengan keizinan guru.
7. Pelajar yang gagal hadir tanpa sebarang alasan munasabah akan dikenakan tindakan tatatertib.
8. Pelajar amat digalakkan mengulangkaji serta berbincang secara berkumpulan dan menayakan soalan kepada pembentang atau guru sekiranya tidak memahami sesuatu perkara.
9. Pelajar akan diberikan tugasan oleh guru. Tanda dan labelkan nama pada buku atau kertas edaran yang diberikan supaya masalah remeh-temeh tidak berlaku.
10.Setip sesi PUI dimulai dan diakhiri dengan bacaan doa.

c) Selepas PUI
1. Kelas atau dewan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan dan segala perabot atau peralatan elektronik perlu disusun dengan rapi.
2. Dilarang meninggalkan sebarang buku-buku atau harta peribadi anda di dalam kelas atau dewan PUI.
3. Ulangkaji tajuk pembentangan seterusnya dan membuat persiapan untuk sesi pembantangan akan datang.
4. Buat semua tugasan yang telah diarahkan mengikut tarikh penghantaran yang telah ditetapkan.

Carta aliran PUI SPM Bahasa Melayu

1. Penyediaan nota -> 2. pembentangan -> 3.Soal Jawab ->4. Ulangkaji -> 5. Jawab set soalan


1 ulasan:

www.jombelajar.tk berkata...

www.jombelajar.tk jom ulangkaji subjek spm

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”