[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Rabu, Ogos 15, 2007

Isu Semasa: Kemalangan Ngeri


Semua lepas tangan
Oleh Azman Zakaria, Saufi Hamzah, Jalal Ali Abdul Rahim dan Mohamed Farid Noh



TAKDIR: Anak pasangan Khamis Said dan Zaiton
Nong Chik (dari kiri) Noraznam, Norazlina, Razali
dan Mohd Rafi, tidak dapat menahan kesedihan di
Tanah Perkuburan Islam di Kampung Pasir
Gembur, Tanjong Bidara, semalam.

Agensi penguat kuasa tuding jari isu pemandu bas ada waran tangkap

KUALA LUMPUR: Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) semalam saling menuding jari seolah-olah mahu ‘melepas tangan’ berhubung isu pemandu bas yang mempunyai banyak rekod kesalahan trafik.

Pengusaha bas pula memberi alasan sukar mendapatkan pemandu baru hingga terpaksa mengambil pemandu kurang berpengalaman atau yang mempunyai rekod kesalahan lalu lintas.

Alasan itu diberi pihak terbabit ketika mengulas nahas jalan raya terburuk yang mengorbankan 20 orang apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping, kelmarin.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas berkenaan, Rohizan Abu Bakar, 38, yang turut terbunuh dalam nahas jam 4.40 pagi itu, mempunyai 15 kesalahan trafik termasuk dua waran tangkap.


Bas milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Berhad yang didaftarkan pada 1987 itu pula mempunyai 19 saman sejak 1991.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar), ketika ditanya mengenai perkara itu, berkata beliau akan mendapatkan penjelasan polis trafik mengapa pemandu terbabit sebelum ini tidak dipanggil dan lesennya digantung.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan polis trafik memburu dan mengambil tindakan terhadap semua pemandu pengangkutan awam yang mempunyai banyak saman trafik.

“Pemandu seperti ini patut terus disenaraihitamkan dan lesen memandu mereka tidak diperbaharui,” katanya.

Beliau juga berharap pihak berkenaan membaiki pelaksanaan sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (Kejara) bagi mencegah pemandu yang mempunyai banyak kesalahan lalu lintas daripada terus memandu.

“Masalahnya, sistem mata demerit tidak diselenggara dengan betul. Jika diselenggara dengan betul, maka mereka yang menerima banyak saman akan menerima markah dan jika markah itu lebih maka lesen akan digantung,” katanya.

Pada 21 Mei lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Unggah Embas, turut mengakui wujud kelemahan dalam pelaksanaan Kejara yang dilaksanakan JPJ sejak 1997.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ahmad Mustapa, ketika dihubungi bagaimanapun berkata, penguatkuasaan semata-mata tidak menjamin pemandu akan mematuhi peraturan.

“Penguatkuasaan memang kita lakukan setiap masa termasuk menggantung lesen, tetapi kemalangan berpunca daripada banyak faktor termasuk sikap pemandu.

“Syarikat bas dan lori juga sepatutnya memantau rapi dan tidak mengambil pemandu bermasalah. Jika banyak saman, tegur dan ambil tindakan dalaman, lagi pun bukan susah untuk memeriksa status saman polis dan JPJ diterima pemandu mereka,” katanya.

Ahmad berkata, syarikat bas juga seharusnya memastikan pemandu mereka terlatih dan sihat serta kenderaan dalam keadaan baik, bukannya melepas tangan apabila berlaku kemalangan.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran, pula menjelaskan lembaga itu hanya mempunyai kuasa membatalkan permit kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan penggunaan permit.

“Kesalahan membabitkan pemanduan berbahaya atau kelajuan melepasi had ditetapkan adalah di bawah bidang kuasa agensi lain, seperti polis dan JPJ.

“LPKP memang boleh membatalkan permit syarikat bas yang terbabit dalam kemalangan maut tetapi ia mestilah membabitkan kesalahan melanggar syarat permit seperti keadaan bas tidak sempurna atau permit dipajakkan kepada pengendali bas lain,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) dan Persatuan Pengusaha Lori Seluruh Malaysia (PMLOA) mengaku masalah mendapatkan pemandu kini semakin meruncing.

Yang Dipertua Pembawa, Tajudin Mohd Yunus, berkata ramai pemandu kini lebih cenderung menjadi pemandu lori kerana pendapatannya lebih tinggi.

Bagaimanapun, katanya, syarikat bas tidak sepatutnya mengambil pemandu secara ‘tangkap muat’ kerana perbuatan itu hanya membahayakan penumpang.

Tajudin berkata, beliau sendiri mengambil tindakan tatatertib ke atas pemandu syarikatnya termasuk ditamatkan perkhidmatan apabila menerima banyak saman atau aduan mengenai bas dipandu terlalu laju.

Presiden PMLOA, Er Sui See, juga mengaku ada syarikat lori terpaksa mengetepikan soal ‘saman kurang serius’ dalam mengambil pemandu kerana masalah kekurangan pemandu.

“Bila kurang pemandu, kita kena ambil juga pemandu yang ada rekod kesalahan tidak serius tetapi jika pemandu itu pernah terbabit kesalahan besar atau `kaki kemalangan’, kita pun tidak berani ambil mereka,” katanya.

INFO
Sistem Kejara


Satu sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya kepada pemandu yang disabitkan dengan kesalahan mengikut Peraturan Kenderaan Bermotor (Mata Demerit) 1997.

Mata demerit terkumpul dalam pangkalan data JPJ apabila pemandu disabitkan mahkamah atau sesudah membayar denda kesalahan yang dilakukannya.

Penalti terhadap pemegang lesen yang mengumpul 15 atau lebih mata demerit:
Kali Pertama – lesen memandu digantung tidak lebih enam bulan.
Kali Kedua – lesen memandu digantung tidak lebih setahun.
Kali Ketiga – lesen memandu digantung tidak lebih setahun dan dibatalkan jika kesalahan dilakukan bagi kali ketiga dalam tempoh lima tahun.

Lesen P pemandu akan dibatalkan jika mengumpul 10 atau lebih mata demerit.

Bagi lesen digantung, pemandu tidak boleh memandu atau mendapatkan apa-apa lesen, sama ada lesen belajar memandu atau lain-lain. Pemandu yang dibatalkan Lesen P, tidak boleh memandu atau mendapatkan lesen, bagi tempoh 12 bulan.

Memandu ketika lesen digantung atau dibatalkan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara.

sumber: Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”

KOLEKSI SOALAN BMSPM ULANGAN JUN/JULAI

- 2012 (Jun):

- 2011 (Jun) K1 & K2

- 2010 (Jun) K1 & K2

- 2009 (Jun) K1 & K2

- 2008 (Jun)

- 2007 (Jun)

- 2006 (Jun)

- 2005 (Jun)

KAMUS ONLINE



Hijrah

Waktu Solat

Sembang-sembang bahasa

Pengikut

Wajah-wajah SMI Al-amin Gombak

Loading...

khas SPM 2008

1. Nama Calon SPM 5 SAF
2.KUMPULAN PEMBENTANGAN
3. KABINET 2008
4. Bajet 2008
5. Koleksi Soalan Ramalan SPM 2008
Pautan Koleksi Soalan Ramalan SPM 2008
Dari laman blog cikgu Abd Razak

JOHOR K1
JOHOR K2
KEDAH K1
KEDAH K2
KELANTAN K1
KELANTAN K2
MELAKA K1 dan K2
MRSM K1
MRSM K2
PAHANG K1
PAHANG K2
PERAK K1
PERAK K2
SABAH K1
SABAH K2
SARAWAK-KUCING K1
SARAWAK-KUCING K2
SBP K1
SBP K2
SEPANG K2
TERENGGANU K1
TERENGGANU K2

PERBANDINGAN JENIS SOALAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM 2008
ANTARA NEGERI/DAERAH/ZON/SEKOLAH


[1] Kertas 1 (bmspm.net)
[2] Kertas 2 (bmspm.net)
[3] Kertas 1 (riekadier.blogspot.com)
[4] kertas 2 (riekadier.blogspot.com)

Pautan Koleksi Soalan Ramalan SPM 2008
Dari laman blog cikgu Tan

Kertas 1 dan Kertas 2 Daerah Klang, Selangor
Kertas 1 Negeri Sembilan Darul Khusus
Kertas 2 Negeri Sembilan Darul Khusus
Kertas 1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kertas 2 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kertas 1 Daerah Petaling Perdana
Kertas 2 Daerah Petaling Perdana
Kertas 1 dan 2 Negeri Melaka
Kertas 1 Negeri Perak
Kertas 2 Negeri Perak
Kertas 1 Negeri Sabah
Kertas 2 Negeri Sabah
Kertas 1 Negeri Sarawak
Kertas 2 Negeri Sarawak
Kertas 1 Negeri Terengganu
Kertas 2 Negeri Terengganu
Kertas 1 Negeri Pahang
Kertas 2 Negeri Pahang
Kertas 1 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Kertas 2 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Kertas 1 Negeri Kelantan
Kertas 2 Negeri Kelantan
Kertas 1 Negeri Kedah
Kertas 2 Negeri Kedah
kertas 1 Negeri Johor
Kertas 2 Negeri Johor
Kertas 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Kertas 2 Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Kertas 2 Daerah Sepang, Selangor


Minda Skor: Fokus SPM Bahasa Melayu (berita Harian)

Anda Tetamu Kami...

Google Groups
Kumpulan Kelas Bahasa Melayu Maya
Klik Di Sini Untuk Melawat Kumpulan Ini

Gerak Gempur: Karangan

Mulai 1 November 2007

1. Bidang Sosial (lumba haram)
(Gejala Sosial)

2. Bidang Sains (bioteknologi)
3. Bidang Pendidikan (disiplin Pelajar)
(sekolah Kluster)
4. Bidang Kenegaraan (BAHAN 1, 2)
5. Bidang Pertanian (DASAR PERTANIAN) (HALA TUJU)
6. Bidang Alam Sekitar
(banjir) (pencemaran Udara)

dan banyak lagi
7. BEBERAPA CONTOH KARANGAN PELBAGAI BIDANG
8. Panduan Menulis BERITA

gERAK- GEMPUR: rUMUSAN

1. KHIDMAT NEGARA
2. ANGKASAWAN NEGARA (BAHAN 1)
3. GEJALA SOSIAL (BAHAN 1, 2, 3, 4 )
4. AKTIVITI KOKURIKULUM
5. DISIPLIN PELAJAR (BAHAN 1)
6. LUMBA HARAM
7. PEMBUNUHAN KEJAM (BAHAN 1, 2)
8. PRODUK PERTANIAN (BAHAN 1)
9. ALAM SEKITAR (PENCEMARAN AIR) UDARA 1, bUNYI
10. MINAT MEMBACA
11. KENAIKAN HARGA BARANG
12. BULI

Pengunjung Blog

Galeri

Bacaan Al-quraan dan terjemahan Bahasa Melayu


1 - AL-FAATIHAH
2 - AL-BAQARAH
3 - A-LI'IMRAAN
4 - AN-NISAA'
5 - AL-MAAIDAH
6 - AL-AN'AAM
7 - AL-A'RAAF
8 - AL-ANFAAL
9 - AT-TAUBAH
10 - YUNUS
11 - HUD
12 - YUSUF
13 - AR-RA'D
14 - IBRAHIM
15 - AL-HIJR
16 - AL-NAHL
17 - AL-ISRAA'
18 - AL-KAHFI
19 - MARYAM
20 - TAHA
21 - AL-ANBIYAA'
22 - AL-HAJJ
23 - AL-MU'MINUUN
24 - AN-NUUR
25 - AL-FURQAAN
26 - ASY-SYU'ARAA'
27 - AN-NAML
28 - AL-QASAS
29 - AL-'ANKABUUT
30 - AR-RUUM
31 - LUQMAN
32 - AS-SAJDAH
33 - AL-AHZAAB
34 - SABA'
35 - FAATIR
36 - YAA SIIN
37 - AS-SAAFFAAT
38 - SAAD
39 - AZ-ZUMAR
40 - GHAAFIR
41 - FUSSILAT
42 - ASY-SYUURA
43 - AZ-ZUKHRUF
44 - AD-DUKHAAN
45 - AL-JAATHIYAH
46 - AL-AHQAAF
47 - MUHAMMAD
48 - AL-FATH
49 - AL-HUJURAAT
50 - QAAF
51 - AZ-ZAARIYAAT
52 - AT-TUUR
53 - AN-NAJM
54 - AL-QAMAR
55 - AR-RAHMAAN
56 - AL-WAAQI'AH
57 - AL-HADIID
58 - AL-MUJAADALAH
59 - AL-HASYR
60 - AL-MUMTAHANAH
61 - AS-SAFF
62 - AL-JUMU'AH
63 - AL-MUNAAFIQUUN
64 - AT-TAGHAABUN
65 - AT-TALAAQ
66 - AT-TAHRIIM
67 - AL-MULK
68 - AL-QALAM
69 - AL-HAAQQAH
70 - AL-MA'AARIJ
71 - NUH
72 - AL-JINN
73 - AL-MUZZAMMIL
74 - AL-MUDDATHTHIR
75 - AL-QIAAMAH
76 - AL-INSAAN
77 - AL-MURSALAAT
78 - AN-NABA'
79 - AN-NAAZI'AAT
80 - 'ABASA
81 - AT-TAKWIIR
82 - AL-INFITAAR
83 - AL-MUTAFFIFIIN
84 - AL-INSYIQAAQ
85 - AL-BURUUJ
86 - AT-TAARIQ
87 - AL-A'LAA
88 - AL-GHAASYIYAH
89 - AL-FAJR
90 - AL-BALAD
91 - ASY-SYAMS
92 - AL-LAIL
93 - ADH-DHUHA
94 - ASY-SYARH
95 - AT-TIIN
96 - AL-'ALAQ
97 - AL-QADR
98 - AL-BAYYINAH
99 - AZ-ZALZALAH
100 - AL-'AADIYAAT
101 - AL-QAARI'AH
102 - AT-TAKAATHUR
103 - AL-'ASR
104 - AL-HUMAZAH
105 - AL-FIIL
106 - QURAISY
107 - AL-MAA'UUN
108 - AL-KAUTHAR
109 - AL-KAAFIRUUN
110 - AN-NASR
111 - AL-MASAD
112 - AL-IKHLAAS
113 - AL-FALAQ
114 - AN-NAAS

Tazkirah

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya... [Luqman : 17]

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, takulah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya kian bertambah iman mereka dan kepada Tuhan mereka berserah diri."[Al-anfal:2]

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnyaDan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya; Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya [AL-MU'MINUUN : 1-11]

Kempen Peribahasa Minggu ini -"sehari satu peribahasa" Siri 02


Peribahasa Melayu


1. Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.
Orang yang tidak tetap kedudukannya. (rasam = adat, kebiasaan.)

2. Ikan di hulu tuba di hilir.
Perbuatan yang sia-sia

3.Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh

4. Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang. (memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.)
Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.

5. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.
Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

6. Intan dikalungkan di leher anjing.
Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.

7. Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.
Kita yang berusaha, orang lain yang senang.

Kosa Kata Siri 01

Perkongsian Kosa Kata Melayu Klasik

1. cupar = suka mengeluarkan kata-kata yang tidak elok
2. bebar = keadaan yang kacau bilau
3. bisai = elok, molek
4.dusanak = sanak-saudara, ahli keluarga
5. gabak = keadaan cuaca yang buruk
6. gala = keseluruhannya, kesemuanya
7. gedang = besar, luas
8. geluk = sejenis bekas yang dibuat daripada tempurung kelapa
9. gentas = petik dengan kuku sehingga putus
10. gharib = aneh, asing, ganjil, luar biasa

Pantun Nasihat

Pantuan Nasihat Siri 01

Daun terap di atas dulang,
Anak udang mati dituba;
Dalam kitab ada terlarang,
Perbuatan haram jangan dicuba.


Pergi ke paya menangguk sepat,
Dapat juga ikan haruan;
Jangan suka duduk mengumpat,
Kerja keji dimurkai Tuhan.


Kemumu di dalam semak,
Jatuh melayang selaranya;
Meski ilmu setinggi tegak,
Tidak sembahyang apa gunanya.


Asamnya kandis asam gelugur,
Ketiga dengan asam remunia;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak kembali ke dalam dunia.


Seloka Siri 02

Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah arus
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk


Antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka

Sajak Siri 01

Di Ruang Gemanya

Telah kurangkumkan rebah setiaku
pada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang. Sejak itu
tidak kukesal lagi
goda dan duga
di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku
pada setiap kerikil dan debu
datang dan menghilang
ke hujung kenang. Sesudah itu
tiada kukenal lagi
hampa dan derita
di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi
adalah titipan maya
bakal kukongsikan hati
mengukir tadbir di ruang gemanya.


Dharmawijaya
Antologi kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka

Sayangi haiwan