[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Selasa, Jun 01, 2010

Nilai kedudukan Bahasa Melayu

Oleh Nazmi Yaakub
2010/06/01
Dasar MBMMBI perlu ambil kira cadangan dikemukakan peserta

PELBAGAI pandangan bagi mengukuhkan kedudukan bahasa dan sastera Melayu dalam sistem pendidikan negara ini dikemukakan oleh wakil yang dijemput pada Persidangan Meja Bulat Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata Gapena meminta kerajaan mempertingkatkan taraf dan memberi elaun kepada guru Bahasa Melayu, sekali gus memastikan lebih ramai guru pakar serta terlatih dalam bahasa Melayu. “Kurikulum Bahasa Melayu bukan saja perlu mengutamakan ujian lisan dalam bentuk prosa dan puisi dengan keputusannya diambil kira dalam peperiksaan, bahkan mata pelajaran itu mesti dijadikan syarat wajib lulus dengan kepujian untuk mendapat sijil. “Keputusan Bahasa Melayu juga perlu diambil kira dalam syarat untuk masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan seterusnya ditekankan sebagai syarat untuk mendapat pekerjaan sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta,” katanya kepada Sastera.

Untuk merealisasikan perkara terbabit, perlu ada pelarasan di antara Kementerian Pelajaran dengan Kementerian Pengajian Tinggi terhadap syarat masuk ke IPTbagi memastikan agenda dan tindakan memartabatkan bahasa Melayu berkesinambungan.

“Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi perlu serius dalam memartabatkan bahasa Melayu dengan menjadikannya sebagai bahasa pengantar utama sama ada IPT awam atau swasta, termasuk mewajibkan pelajar luar negara lulus Bahasa Melayu.

“Gapena juga menyokong usaha kerajaan untuk mewujudkan Majlis Penasihat Pendidikan Negara dan Jawatankuasa Kabinet Memartabatkan Bahasa Melayu untuk memastikan agenda ini benar-benar terlaksana,” katanya yang mewakili Gapena pada Persidangan Meja Bulat MBMMBI di Putrajaya, baru-baru ini.
Pandangan mewajibkan lulusan Bahasa Melayu dalam peperiksaan turut mendapat perhatian pakar yang juga Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong.

“Tindakan menjadikan mata pelajaran berkenaan lulus saja sebagai satu kerugian kerana sebelum ini, syarat lulus dengan kepujian Bahasa Melayu dalam peperiksaan utama menyebabkan pelajar khususnya bukan Melayu menguasai bahasa terbabit dengan baik.

“Justeru, syarat lulus perlu diubah kepada lulus dengan kredit agar semua pelajar menjadikan keupayaan dan kebolehan berbahasa kebangsaan dengan betul lagi tepat sebagai keutamaan mereka,” katanya.

Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Shamsudin Othman berkata, persidangan itu diharap dapat menyelesai dan menjernihkan kekeliruan termasuk penggunaan istilah bahasa Melayu berbanding bahasa Malaysia.

“Hendaknya kepentingan sastera dalam perancangan untuk memperkasa bahasa Melayu turut diambil kira. Paling penting soal pedagogi dan guru kerana wakil Institut Pendidikan Guru memaklumkan calon pelatih untuk subjek Sastera dikurangkan.

“Ia memperlihatkan seolah-olah tidak ada penyelarasan antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kementerian Pelajaran yang bertindak sebagai wadah untuk menerima bakal guru terlatih sehingga kita melihat lambakan guru bukan opsyen Sastera mengajar mata pelajaran itu,” katanya.

BPK di Kementerian Pelajaran juga diharap memastikan keseimbangan antara isi kandungan kurikulum dengan unjuran guru yang diperlukan kerana bahagian itu hanya membabitkan penyediaan isi kandungan.

“Kita juga mahu sekiranya subjek Bahasa Inggeris mendapat peruntukan RM1 juta, maka sewajarnya Bahasa Melayu juga mendapat peruntukan yang sama, sekali gus bertepatan dengan MBMMBI,” katanya.

Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Md Ali Hanafiah, berkata kementerian perlu mewujudkan aliran sastera semula dengan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diwajibkan pengajarannya di sekolah.

“Buat masa ini, Kesusasteraan Melayu hanya ditentukan pengetua sekolah sedangkan mata pelajaran Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil pula diwujudkan oleh pengetua di sekolah yang majoriti pelajarnya Cina atau India serta diambil pelajar bijak dari aliran Sains,” katanya.

Oleh itu, PPJ berharap Kementerian Pelajaran dapat menimbangkan cadangan agar dua kelas sekurang-kurangnya diwajibkan mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di semua sekolah negara ini.

“PPJ juga berharap Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) diubah kepada cara lama kerana kaedah Ujian Lisan Berasaskan Sekolah dengan guru sekolah sendiri memberi markah berdasarkan penilaian ditetapkan menyebabkan pelajar tidak bersungguh-sungguh,” katanya.

Hendaknya segala macam pandangan pada persidangan anjuran Bahagian Pengembangan Kurikulum (BPK) dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dinilai dari semua sisi demi kepentingan jangka panjang bahasa Melayu mahupun sastera di negara ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bhs melayu sememangnya merupakn suatu bhs yg agung sejak dahulu-kala.kita sudah maklum,setiap bangsa mempunyai bhs dan TULISANNYA yg tersendiri dan mempunyai keunikan masing2. bangsa india walaupun telah dijajah ratusan thn oleh british, namun mrk masih kkl dgn bhs dan tulisan mrk sndiri.bangsa melayu mmg bangsa yg tdk yakin dgn dirisendiri. pbagai alasan diberi utk mgantikn tulisan jawi dgn tulisan rumi sejak 60-an lagi. hakikatnya, kita mmg tiada pendirian.lbh 400 thn negara kita dijajah, namun kita masih dikenali sbg org jawi.tapi mengapa? mengapa selepas kita mperoleh tampuk kekuasaan, kita sendiri yang memusnahkn budaya kita.tulisan jawi tdk sesuai lagilah,tulisan jawi tidak komersiallah dan 1001 lagi alasan diberikn.cuba kita fikirkn,bangsa mana selain bangsa melayu mgunakn tulisan jawi?hakikatnya tiada!bhs melayu sememangnya unik.bhs melayu itu,sebenarnya berjalan seiringan dgn tulisan jawi.sbg analoginya,bhs melayu itu ialah roh dan tulisan jawi itulah jasad.bgmana roh boleh hidup tanpa jasad? sekali lagi, cuba kita fikirkn,adakah apabila bgsa melayu dijajah o siam,maka tulisan melayu akan berubah kpd tulisan siam?adakah sekiranya bgsa melay diajah o org2 greek,maka tulisan melayu juga akn berubah mjd tulisan greek?sejarah tlh mbuktikan pkr tsebut berlaku!sedarlah wahai bgsa melayu,tulisan kita masih dijajah.bkn krn apa,ttpi krn kita sendiri yg mahuknnya.saya menulis panjang lebar di sini bukanlah krn apa.sekadar mengisi masa terluang sebenarnya.namun,demi mmbetulkn kefahaman cikgu ttg hakikat sbnr bhs melayu,maka saya sanggup menulis sepanjang ini.jika saya menulis jawi di sini,tntulah tiada siapa mahu mmbacanya.oleh itu saya menulis dlm rumi.bangsa yg plg maju di dunia skrg,bgsa jepun mgunakan bhs mrk dlm pbelajaran.itu kta akui.ttpi satu lagi pkra besar yg kita abaikn.mrk ttp mgunakn tulisan asli mrk.tdk kiralah kanji atau katagana.mrk tdk mciplak tulisan bgsa lain.apapun,kita masih blh mengubah suasana.tulisan jawi blh mjd tulisan rasmi semula sebenarnya jika kerajaan mahukn.akhir kata,tiada suatu pkr pun yg bdaulat baik di atas muka bumi ini mahupun langit yg meluas melainkn Allah Taala.

Fakeh berkata...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”