[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Khamis, Julai 02, 2009

Doa Perpisahan buat semua warga al-amin

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun jiwa dan raga mempunyai semangat membara untuk berjuang di Al-amin. tetapi kuderat ini tidak lagi mampu... sudah suratan perpisahan ini tidak dapat dielakkan. Semuanya ada hikmah di sebalik ketentuan Allah yang penuh rahsia..

Hayatilah Nasyid di bawah ini.. hanya lagu ini mampu menghuraikan kesedihan dalam lubuk hati ini. Perpisahan amat menyakitkan...






Buat Semua Pelajar Tingkatan 5 dan 4;
Maafkan Ustaz atas segala-galanya, halalkan makan dan minum. Antum adalah pelajar yang cemerlang dan pasti akan berjaya, walaupun tanpa ustaz. Semoga menjadi pejuang-pejuang Islam yang hebat pada masa depan nanti.

Buat guru-guru, sahabat perjuangan;
Teruskan perjuangan kalian demi jihad memperjuangkan Islam. Maafkan ana kerana selalu menyusahkan kalian, maaf atas bicara, tingkah laku dan pergaulan. halalkan segala-galanya. Semoga kalian menjadi mujahid yang diberikan syurga oleh Allah

Buat Semua kakitangan (pejabat,pusat sumber, ICT,kantin dll);
maaf atas segalanya, semoga kalian akan terus bejaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Buat Pengetua dan lembaga;
Terima kasih kerana menerima saya berkhidmat di al-amin selama 8 tahun. Semoga terus dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan agar dapat memimpin al-amin ke puncak jaya.

23 ulasan:

wardah berkata...

hari-hari penuh kejutan..
dan penuh dengan perubahan..
rela atau tidak, terpaksa ditelan..
kerana itu hakikat kehidupan..

walaupun ana dah pun meninggalkan al-amin..
ana sangat terkesan dan sedih dengan berita ni..

semoga ustaz sentiasa diberkati dan berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi.. :)

-Amin HAR- berkata...

Assalam..
ana ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ust..
selama ini, ust banyak membantu ana utk lebih menguasai Bahasa Melayu, malah....membuka mata ana tentang erti kehidupan..
Ya, itu pasti..stiap kali..pasti mengingatkan kembali, siapa ana ni..
Terima kasih..
dan ana juga ingin meminta maaf kerana pasti ada salah silap dr ana..tak sedap hati jika tak ckp minta maaf...
dan ust ingatlah kami akan sentiasa doakan ust....semoga ust diredhai dan menuju ke Syurga Ilahi
wassalam..

(Jumpa PUI nanti~~ insya-Allah~~~~)

~KhalilahAlhudaKamilen~ berkata...

huhu..
niat nak belajar PSV dgn ust xsempat rupanya..
XPDC??
aduhai..

semoga ust bahagia dunia akhirat..
i.ALLAh, amiiin..

anak usrah berkata...

kami ingin memohon maaf dari ustaz atas kelakuan kami yang tidak menyenangkan semasa dalam usrah mahupun dalam kelas..

semoga ustaz akan terus berjuang atas landasan yang benar walaupun bukan di al-amin..

syukran :)

Idris Bin Saleh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Idris Bin Saleh berkata...

Salam perjuangan untuk semua. Terima kasih atas ucapan yang menyentuh kalbu. Ustaz dah cuba memohon untuk mengajar antum semua sehingga SPM. Datang sehari dalam seminggu untuk berjuang dalam PUI BM dan PSV, tetapi pihak sekolah tidak izinkan ustaz mengajar lagi. Atas alasan sekolah tidak ada sumber kewangan yang mencukupi untuk membayar elaun ustaz. harap maklum. Semoga kalian berjaya dunia dan akhirat

zuhairah berkata...

wah..baru hari ni ana terasa yg utz xde kat sekola.x sedar utz dah meninggalkan al-amin beberapa hari yang lalu.walaupon tahon ni x dpt belaja dgn utz...tp ana ucap terima kasih atas ilmu sejarah form 4 yg utz bg tahon lps.belaja dgn suasana ceria...best!ape2 pon,selamat meneruskan perjuangan utz.

'adz berkata...

salam,
allahu akbar..baru dpt berita ttg pemergian ust ni..ana minta maaf sgt, benarlah kata2 bila sesuatu benda tu pergi/atau nikmat ditarik barulah kt menyedari akan nilainya,baru nak menghargainya..
ust ana nak ucapkan selamat maju jaya pada ust di mana jua ust berada..alhamdulillah sempat jumpa ust seblom terbang dulu..ust sempat beri kata2 nasihat..ana ingin meminta maaf diatas segala kesalahan ana sepnjgng bergelar murid (xkan bhenti ana mnjd murid, selagi masih hidup),terima kasih bnyk2 atas tunjuk ajar terutamanya dlm syabab-jpa ...aduh minta maaf sewaktu ana pegang tampuk kepimpinan,amat lemah sekali.
ust dkt mana sekarang??

yg sahih,
mu'adz
alumni '06
xplorace '06

A for ANA berkata...

salam ust..
bila ana baca yang ust nak pindah..jujurnya, ana tersentak!
ikutkan hati..nak je ana bilang sama ust "jangan pindah". anak2 alamin perlukan ust.tapi apakan daya, takdir Allah kita tak pernah nak sangka.

ust..terima kasih banyak.banyak.banyak.banyak.selama ust pernah ajar ana dan kawan2 caliph14 khususnya.selalu cerita kat kawan2 yang bersekolah lain, alamin punya guru2 yang sangat mantap dan ceria ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.dan ust salah satunya!teringat zaman ust ajar kami.yang seronok jugak ust sambut birthday semua orang dalam kelas ust.

ust..terima kasihh!

ust..maaf sangat2.andaikata selama kami jadi anak murid ust, tak dapat nak buat yang terbaik.selalu buat ust tersinggung.maafkan kami.

maafkan jugak ana dan masyab2 lain khususnya masyab2 caliph14..selama mana kami bekerja dengan ust, pernah buat ust marah dsb.hakikatnya, ust ialah guru syabab yang terbaik selama kami di alamin.tak kan kami lupakan jasa baik ust.terima kasih juga atas kepercayaan yang ust berikan kepada kami.terima kasih dan maaf sekali lagi...

akhir kata, kalau tempat baru ust tu tak best..alamin sentiasa menanti2kan kepulangan ust kembali.

sekali lagi alamin kehilangan permata yang amat bernilai..

ust..kami doakan yang terbaik buat ust!doakan kami juga~

selamat berjuang.." allah ma'aka wa hua yusahhiluka "
-'afifah c14-

ummi berkata...

Ustaz terpaksa berhenti atas alasan sekolah tidak cukup sumber kewangan untuk bayar elaun....??? Amat memeranjatkan. Yang pasti sekolah telah kehilangan seorang tenaga kerja yang sanggup bekorban. Maaf saya tak berapa kenal ustaz walaupun sama bekerja di alamin.Tapi yang lebih menyedihkan students ustaz akan kehilangan seorang guru yang berwibawa. Moga ustaz sentiasa istiqamah di jalanNya walau dimana jua ustaz berada. Doakan kami yang tinggal ni supaya dapat bertahan segala ujianNya.

QistinaNafisahIman. berkata...

Salam, ustaz.

jujurnya, ana agak tersentak bila ana membaca entri ustaz kali ni. benar-benar membuatkan ana rasa sedih. Baru je ana rancang nak pergi lawat ustaz dan guru-guru yang lain waktu cuti sem break ni.

Walaubagaimanapun, ana ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah ana lakukan. Mohon dihalalkan segala ilmu yang telah ustaz curahkan.

Semoga ustaz berjaya walau dimana sahaja ustaz berada. Moga Allah memberkati segala pengorbanan ustaz.

AdErMiN berkata...

salam ustaz,

jujurnya,kami sedih bila ustaz meninggalkan al-amin.byk benda yg ana blajar dari ustaz dlm kelas/luar kelas.mmg pnjg sgt kalau ana nk cerite ape yg tersemat dlm hati....

Jd,kami ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kpd ustaz atas setiap ilmu yg ustaz berikan kpd kami..

kami juga ingin meminta maaf seikhlas hati sekiranya kami menyakiti hati ustaz dlm apa jua cara...harap ustaz halalkan segala benda yg ustaz telah berikan kpd kami...

Semoga ustaz sentiasa dirahmati Allah.

Terima kasih sekali lagi...

-AdErMiN @ ikhwanul15-

-.rashid.- berkata...

hmm
serius mmg sedih...
mgkin ust x pernah ajar ana dlm subjek
tp ust banyak ajar ana dlm kemahiran, kepimpinan terutama bhagian2 syabab
terima kasih banyak2 ust

ana harap hubungan kami dgn ust akan sentiasa berkekalan, insya-Allah ana sentiasa doakan kejayaan dan kesihatan utk ust di dunia dn akhirat.
doakan kejayaan kami ust

-rashid-

Izz-Al-Din berkata...

Ana memohon maaf kepada ustaz yang sudah banyak mengajar ana. Ana masih ingat lagi , dahulu ustaz ada hantar ana ke rumah selepas MSSD masa hujan. Ana tak pernah terfikir bahawa ustaz akan meninggalkan sekolah ini. Segala kenangan bersama ustaz tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Jadi, ana mahu memohon maaf kerana ana tahu ana ada salah pada ustaz. Terima kasih ustaz, ajar catur dan kaitannya dengan islam dan kehidupan, memotivasikan ana di waktu-waktu sukar dengan ayat al-quran yang tiada bandingnya. Sekali lagi kami (termasuk semua warga SMIAAG) ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan dosa yang dilakukan terhadap ustaz sama ada sengaja atau tidak. Semoga semangat untuk memperjuangkan islam sentiasa membara di hati kita walau di mana sahaja kita berada.

Si Pengembara berkata...

Saat pujangga berdukacita,
belasungkawa menjadi cerita
masih ingatkah lagi
pada pantai sepi
dia berharap dan berdoa
agar pantai tiada lagi sendiri
melalui hari-hari penuh pancaroba

namun kini,
desiran ombak tiada lagi kedengaran
buat pengunjung pantai,
tiada berbisik hembusan bayu hikmah
yang selalu menyapa hati-hati manusia

Takdir pantai itu
untuk kembali sepi
menunggu hari kembali berbunga

Idris Bin Saleh berkata...

Salam perjuangan dan terima kasih buat semua yang sudi memberi komen. Hanya pantun ini saja dapat menyimpulkan kesedihan ustaz;

Pucuk pauh delima batu,
Anak seluang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.


selamat tinggal buat semua.
kalau jumpa ustaz di mana-mana jua jangan malu tegur ustaz, ye,...

Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Amin

hasifzizan berkata...

terkesima,
bile dpt berita ni, ana tk terkata ape, nak tulis sajak pn dah trsekat, nak tulis panjang2 pn susah nak buat...

yang pasti, ana selalu ingat ust... sume mende berkaitan dunia yang ust ajar ana selama ni ana ingat..(bukan setakat BM n PSV je)

kalau dintai kembali memori, banyak nasihat ust bg kat ana... banyak ana timba ilmu dunia mase jd guru. masa sebilik guru ngan ust, dan geng2 blogger d bilik guru lelaki, banyak memori yang ana simpan....

"terima kasih atas seutas tasbih biru pemberianmu pada hari2 yang lalu....."

fawwaz berkata...

assalamualikum ustaz..
just nak ckp..
mintak halal semua ilmu-ilmu yg diperturunkan ..
drpd ilmu kepimpinan syabab smpi ilmu2 halus..
ana ucap terima kasih bnyk2..
xpe2..kalau ade aktiviti gunung ngan bapak ana ke..bole la ust join..

Nur Izzah Fitriyyah berkata...

assalamualikum ustaz..

just nak ckp..
mintak halal semua ilmu-ilmu yg diperturunkan ..

drpd ilmu mantiq, sastera, bahasa, seni lukisan dan smpilah ke ilmu2 halus..

haha

ana ucap terima kasih bnyk2..sedih dengar sajak HARI GURU 2009

moga buku cerpen berjaya diterbitkan. amiieen.

assalamualaikum

Baqir berkata...

assalamu'alaikum..

ana bukannya budak lama kat al-amin ni..

tapi ana turut merasakan kesedihan para pelajar yg kehilangan ust..
Mungkinjugak ust tidak mengenali ana..

dan ana pun mengenali ust bila ana diarahkan ke depan barisan ketika syabab kerana tidak memakai baju syabab..(sebenarnya ana tak ada lagi baju tu)

ana rasa geram jugak dgn ust masa tu... tapi bila dah dengar cerita kehidupan ust yg sebenar melalui blog2 dan cerita2,barulah ana sedar.. siapa sebenarnya ustaz idris..

Walaupun ana tak pernah bersua muka dgn ust,tapi hakikatnya

Al-Amin telah melepaskan sebutir lagi permata yang indah...

Semoga ustaz berjaya di luar sana..

ZAIr0OL berkata...

kami anak usrahmu menanti kepulanganmu utk meraikan hari lahirmu.

Asif berkata...

salam.
Takziah ana ucapkan pada ustaz,
Betul la Al-Amin hilang satu permata.

Smpi skrg ana masih ingat berbirat tangan ana ustaz rotan, dan sejak tu minat ana pada syabab dan yg berkaitan makin mendalam.

Agaknya tak ada lg guru yg dpt gntikn ust,ilmu dn pgalaman. ust mcm ayah kami sewaktu pkhemahan. terutama bg ajk. terima kasih atas segala ilmu ustz.

ana mintk maaf, dan minta halal semua ilmu ikhtiar hidup, kwad, dan mcm2 lg yg ust da bagi.

Tanpa Nama berkata...

As well as called for some funds, pozyczkipozabankowe24.com.pl however only don’t obtain it right up until pay day advance? That develops pożyczki pozabankowe towards countless People in america country wide on a daily basis. Anything appears while you will need pożyczka bez bik some cash, but your investigate isn’t lodged yet still. Anxieties kredyt chwilówka skarżysko- kamienna clearly there was one way to polbank efg pożyczki pozabankowe pick up an advance payday loan on the internet, best?

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”