[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Selasa, Mac 31, 2009

Latihan Gerak Gempur Peribahasa 2 – 2009.

a) Nyatakan maksud peribahasa di bawah ini;
i) Bagai kucing kehilangan anak.
ii) Seperti ayam disambar helang.
iii) Asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

b) Nyatakan peribahasa yang sama maksud;
i) Genggam bara api biar sampai jadi arang.
ii) Biduk lalu kiambang bertaut.
iii) Seperti ikan pulang ke lubuk.

c) Buat ayat daripada peribahasa ini;
i) Atas angin
ii) Mendengar guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan.
iii) Naik seperti semut, turun seperti ribut

d) Nyatakan dua peribahasa yang sesuai bagi setiap perenggan di bawah;
i) Zaman darurat amat susah. Keadaan ekonomi meleset dan rakyat tempatan selalu menjadi mangsa kebuluran. Kesusahan hidup pada masa itu sangat membebankan rakyat dan mengorbankan ramai nyawa.

ii) Walaupun cikgu Ali sudah tahu nama pelajar yang datang menemuinya, dia sengaja bertanyakan nama pelajar yang datang berjumpa dengannya.

iii) Zakir selalu berlagak seperti seorang jutawan sedangkan hidupnya sangat susah dan berhutang dengan banyak pihak, dia juga tidak disukai oleh rakan sepejabatnya.

Tarikh hantar: 1 April 2009

Jumaat, Mac 27, 2009

LATIHAN GERAK GEMPUR PERIBAHASA 1- 2009

SILA BUAT SATU AYAT DARIPADA SETIAP PERIBAHASA DI BAWAH INI

1. Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.

2. Ikan di hulu tuba di hilir.

3. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.

4. Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.

5. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.

6. Intan dikalungkan di leher anjing.

7. Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.

Hantar tugasan sebelum atau pada: 2 April 2009 ke ismiaa@gmail.com

Selamat Mencuba...

Tazkirah Jumaat: Mengingati Mati (Khutbah)

Kategori : jumaat (25-Jan-2008) - 16hb Muharram 1429H

Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam



MENGINGATI MATI


Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata'ala di dunia mahupun di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,


Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara yang tidak akan kekal selamanya. Setiap yang hidup pasti akan mati, begitu juga kehidupan kita ini pasti akan berakhir dengan kematian dan kita tidak akan dapat lari daripada-Nya. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah Al Jumu'ah ayat 8 tafsirnya :

"Katakanlah wahai Muhammad sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan".

Muslimin yang dirahmati Allah,

Apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya maka tinggallah segala apa yang dimilikinya, tiada anak isteri yang menemaninya lagi, tiada ibu bapa dan ahli keluarga yang mendampinginya lagi dan tiada harta benda untuk dinikmatinya lagi. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh. Tiada apa yang dibawanya sebagai bekal kecuali ibadat dan amal jariah semasa hayatnya di dunia serta doa dari anak-anak yang soleh.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda telah bersabda : Apabila telah mati seseorang itu, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakannya". (Riwayat Al-Imam Muslim)

Muslimin yang berbahagia,

Mengingati mati itu mempunyai banyak kelebihan dan hikmah, antaranya ialah menjadi peringatan kepada kita supaya tidak terus leka dengan keasyikan hidup di dunia ini. Dengan mengingati mati juga mendidik jiwa kita untuk menjadi orang yang sentiasa merendah diri, tidak lupa diri dan sombong bahkan juga menjadikan kita supaya bijak merancang kehidupan yang sementara ini dengan baik sebelum ajal tiba iaitu berusaha meningkatkan keimanan, ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan memperbanyakkan amal ibadat dan berbuat kebajikan serta akan sentiasa memelihara dirinya dari berbuat dosa dan maksiat.

Namun bagaimana pula halnya kepada orang yang tidak ingat kepada mati? Selalunya orang yang tidak ingat kepada mati akan mudah lalai dan leka dari mempersiapkan diri mereka untuk menghadap Allah Subhanahu Wata'ala sehingga ada di antara mereka tidak bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata'ala malahan ada pula yang berani melanggar perintah Allah Subhanahu Wata'ala dengan sengaja. Mereka menyangka bahawa masa itu masih panjang padahal sebenarnya amat singkat. Mereka menyangka masih sempat untuk bertaubat dan berbuat amal ibadat kemudian hari nanti, padahal belum tentu umurnya panjang. Sedarlah betapa orang yang tidak ingat kepada mati sentiasa berada di dalam kerugian yang amat sangat. Bertaubat dan beribadatlah dengan segera, jangan ditangguh-tangguh kerana kita tidak tahu bila ajal akan tiba, mungkin esok atau mungkin lusa, hanya Allah Subhanahu Wata'ala sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Muslimin yang berbahagia,

Tidak dapat dinafikan ajal itu kadang-kadang datang secara tiba-tiba, tanpa ada tanda-tanda bahawa maut akan tiba. Kadangkala ia menimpa orang yang sihat dan cergas dan ada juga dari kalangan orang yang masih muda usianya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tanda-tanda untuk mengingatkan manusia dari lalai terhadap kehidupan di dunia ini dan juga sebagai amaran atau pemberitahuan bahawa ajal sudah dekat.

Dalam kitab At-Tazkirah, Al-Imam Al-Qortubi menyebutkan bahawa terdapat sebuah hadis yang menceritakan bahawa sebahagian nabi-nabi pernah bertanya kepada malaikat maut : Mengapa engkau tidak mengirim utusan supaya manusia takut kepada-Mu dan supaya mereka dapat bersiap-siap? Malaikat maut berkata: Ya, demi Allah! Aku mengirim beberapa tanda seperti penyakit, uban, umur tua, berkurangan pendengaran dan penglihatan. Oleh itu barangsiapa yang mendapati perkara-perkara itu dan dia tidak berusaha mengingati mati serta tidak pula bertaubat, maka ketika mencabut nyawanya, aku akan berkata kepadanya : Bukankah aku telah mengutus utusan demi utusan dan amaran demi amaran (berupa seperti penyakit, uban, umur tua, kurang pendengaran dan penglihatan dan sebagainya) kepada kamu? Dan adapun aku ini (malaikat maut) adalah utusan yang tidak ada utusan lain lagi selepas aku. Akulah juga pemberi amaran yang tidak ada pemberi amaran lain lagi selepas aku.

Setiap hari yang padanya terbit dan terbenam matahari, malaikat maut berteriak : Wahai orang-orang yang berusia empat puluh tahun, inilah waktunya menyiapkan bekal, selagi ingatan kamu masih terang dan tenaga kamu masih kuat. Wahai orang-orang yang sudah berumur lima puluh tahun, sudah dekat masa mengutip hasil dan menyabit! Wahai orang-orang yang sudah berumur enam puluh tahun, kamu lupa akan seksa dan lalai daripada memberikan jawapan, nanti tidak ada yang akan menolong kamu!.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya agama Islam menggalakkan umat-Nya sentiasa mengingati mati supaya kesempatan hidup ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana apabila ajal tiba, kita tidak akan berpeluang lagi untuk berbuat apa-apa kecuali penyesalan yang sudah tidak berguna lagi.

Memang tidak dinafikan bahawa manusia itu mudah lalai dan lupa jika tidak selalu diperingatkan, oleh itu sama-samalah kita saling mengingati bagi memanfaatkan peluang yang ada untuk beramal ibadat dan berbuat kebajikan. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga kita mendapat hasanul khatimah iaitu mati dalam keadaan yang baik dan semoga kehidupan kita di alam barzakh dan di akhirat nanti akan mendapat keampunan dan keredaan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala juga. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 14 tafsirnya :

"Dihiaskan dan dijadikan indah kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu syurga".

sumber:

http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=278

Selasa, Mac 24, 2009

Analisis Pencapaian BM SPM SMIAAG 1995-2008


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MENJADI PENYUMBANG KEJAYAAN INI,
TERUTAMA KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2008, PIBG DAN GURU-GURU SEKALIAN.

"USAHA TANGGA KEJAYAAN"

BAGI CALON SPM 2009 ANDA MAMPU MENGATASI REKOD INI.
INSYAALLAH

"HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH"

Sajak: Pancainderaku



Aku menjadi buta

apabila ada yang menanda

bahawa ini bukan petanda

satu bencana


Aku menjadi bisu

apabila ada yang melulu

tanpa beluku

sedangkan mereka bagai isi dengan kuku


Aku menjadi pekak

apabila ada yang mendesak

ada yang mencekak

dengan yang tersedak


Aku menjadi lumpuh

apabila ada yang membutuh

menyebarkan cita-citanya yang utuh

namun dasarnya tidak teguh


Aku menjadi lelah

apabila ada yang mencelah

kerana ada yang telah

mengalah


hasil nukilan: noran

Jumaat, Mac 13, 2009

Sajak: Warna-warni kejayaan



kejayaan sebahagian warna-warna kehidupan
kejayaan seringkali mewarnai hidup
kejayaan warnanya cerah dan menarik
kejayaan adalah satu anugerah Illahi
namun bukan semua kejayaan di dunia baik bagi manusia
kejayaan hakiki adalah di akhirat


warna merah, kejayaan dengan keberanian jiwa
warna hijau, kejayaan dengan kebenaran yang hakiki
warna kuning, kejayaan dengan pengaruh pangkat dan kuasa
warna putih, kejayaan dengan kesucian hati
warna biru, kejayaan dengan kelembutan bicara sopan mesra
warna merah jambu, kejayaan dengan kemanjaan
warna hitam, kejayaan dengan helah dan tipu daya
warna unggu, kejayaan dengan kepura-puraan

kejayaan sering kali menyusul selepas kegagalan
kegagalan juga kadang-kadang menjenguk selepas kejayaan
bila kita alpa ...
namun kejayaan tidak datang bergolek
tidak terbang melayang



hasil nukilan; sutera biru

Khamis, Mac 12, 2009

SYABAS DAN TAHNIAH BUAT KALIAN -"G14"

KERANA BERJAYA MENCAPAI KEJAYAAN
YANG GILANG GEMILANG DALAM SPM 2008
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEJAYAAN KALIAN
DI DUNIA DAN AKHIRAT... AMIN


Selasa, Mac 10, 2009

Ya Rasulullah kami rindu padamu...

Perarakan Maulidur Rasul lambang kesatuan ummah


KANAK-KANAK ini beraksi dengan penuh penghayatan dalam pementasan teater muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta yang dipentaskan sejak Isnin lalu hingga 22 Mac ini. Antara artis yang menjayakan pementasan ini seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Mawi dan Amy Search. Teater dakwah yang menceritakan kisah Rasulullah SAW ini diarahkan yang juga penulis skripnya Erma Fatima yang mahu dipertontonkan kepada generasi muda. - Foto Shiraz Yasmine Ali
Mar 10, 2009 9:08 am


Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my




PERARAKAN Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan didahului Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Seremban, semalam.
Hujan tak jejas kehadiran 100,000 peserta sambutan peringkat kebangsaan di Dataran MerdekaHUJAN rahmat pada pagi semalam, 12 Rabiulawal 1430 Hijrah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur tidak sedikitpun melunturkan semangat 100,000 hadirin yang berkumpul sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Berserta paluan kompang diiringi bacaan selawat memohon kesejahteraan ke atas Rasulullah SAW oleh 167 kontinjen yang mengambil bahagian, semangat penyatuan terserlah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah/2009 Masihi.




Berlindung sementara di kawasan persekitaran, hadirin kembali memenuhi padang Dataran Merdeka untuk menyaksikan kemuncak acara iaitu majlis pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima termasuk tokoh Anugerah Perdana yang julung kali diperkenalkan tahun ini.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perarakan kontinjen dari lapan masjid yang mengambil bahagian menuju ke satu arah adalah simbolik kepelbagaian dalam kumpulan Islam yang mungkin ada perbezaan pendapat, tetapi bersatu kerana agama. "Penyatuan umat Islam di negara ini menampakkan kesan positif dan diharap berterusan. Perbezaan pendapat boleh ada tetapi jangan sehingga membawa perpecahan," katanya pada sidang media selepas majlis itu, semalam.



Majlis sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah/2009 Masihi bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' atau Penyatuan Pemangkin Ummah Terbaik bermula dengan perarakan kumpulan kenamaan diketuai Ahmad Zahid dari Masjid Negara menuju Dataran Merdeka. Ini diikuti perarakan membabitkan kontinjen kakitangan kerajaan, swasta, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah dari lapan masjid yang mengambil bahagian.



Masjid terbabit ialah Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Bukit Aman, Masjid India, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Pakistan dan Masjid As-Syakirin KLCC. Majlis dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.




Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong turut menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada penerima sebagai pengiktirafan sumbangan mereka melaksanakan tugas serta perkhidmatan fardu kifayah yang menjurus kepada kepentingan negara dan rakyat.



Mereka ialah Penerima Anugerah Perdana, Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Sidek Baba; Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Ma'amor Osman; Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Sarawak, Mortadha Lau Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd Yunus Pathi Mohd.



Dua penerima muda yang turut dipilih ialah johan kategori bacaan/suara terbaik Musabaqah Hafazan al-Quran 30 juzuk pada Anugerah al-Quran peringkat Antarabangsa Dubai 2008, Muhamad Ahmad Zahid dan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU), Muhammad Haziq Samrat.



Penerima Anugerah Perdana menerima hadiah wang tunai RM50,000, plak dan sijil penghargaan, sementara lima penerima lain menerima RM22,000 setiap seorang berserta plak dan sijil penghargaan.



Menyentuh pemilihan dua penerima muda itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz, berkata mereka berjaya menampilkan semangat sebagai personaliti dicontohi.



"Adik Muhammad berjaya menghafaz al-Quran pada usia 10 tahun ini pencapaian yang boleh dicontohi mereka sebayanya. Muhammad Haziq pula yang mengalami kecacatan kekal boleh meneruskan kehidupan secara normal tanpa rasa kecewa.



"Semangat ini dapat dilihat dalam sirah Rasulullah SAW yang dilahirkan sebagai anak yatim dan dalam keadaan tertekan pada zaman jahiliah berjaya menghadapi dugaan seterusnya menjadi teladan. Inilah semangat yang kita ingin ada dalam umat Islam hari ini," katanya.



Mengakui anugerah yang diterima itu terlalu tinggi buat dirinya dan datang sebagai amanah, Muhammad yang bersyukur dengan kurniaan itu berazam meningkatkan ilmu dalam bidang hafazan serta terus meningkatkan akhlak yang baik.



Baginya, status sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul bukan satu tekanan, sebaliknya pendorong untuk mencetuskan sesuatu yang baik yang boleh dijadikan contoh supaya remaja sebayanya terarah kepada kegiatan bermanfaat untuk diri, keluarga, agama serta negara.



Sementara Muhammad Haziq mengharapkan, kegembiraan terpilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul akan menguatkan semangat kanak-kanak kurang upaya yang lain untuk menerima kekurangan mereka secara positif. "Pasti saya gembira menerima anugerah ini kerana saya tidak sangka dipilih sebagai seorang penerima.



"Kecacatan bukan kelemahan sebaliknya cabaran yang sepatutnya menguatkan lagi semangat untuk berjaya seperti mereka yang normal," katanya yang bercita-cita menjadi peguam.



Sambutan perhimpunan kali ini turut diserikan 1,430 peserta menaiki motosikal berkuasa tinggi dan motosikal berkuasa rendah yang menggabungkan kalangan profesional serta remaja dalam gerakan dakwah.



Hadirin juga dihiburkan dengan persembahan bermesej mengimbau kehidupan Rasulullah SAW oleh kumpulan al-Gebra, Nakasutra, Akhil Hayy, Waheeda, Yassin dan pencerita Sabri Yunus bersama Ebby Saiful diiringi 60 pelaku gerak dan 40 kanak-kanak.



Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20090309225805/Article


PENANDA WACANA

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …·
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.·
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia.
Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.·
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …·
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN·

Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.·
Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.·
Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.·
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….·
Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN·

Kita dapat menyaksikan betapa…·
Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…·
Lazimnya, dalam keadaan …·
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …·
Pada hemat saya …·
Pada pandangan saya …·
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …·
Sebagaimana yang kita ketahui· Sebagaimana yang kita maklumi·
Sejak awal lagi· Sejak kebelakangan ini· Selain itu, pada masa ini juga·
Seperti yang telah dinyatakan· Umum mengetahui bahawa·
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN·

Bagi sesetengah orang …·
Begitu juga dengan …·
Begitu juga halnya dengan …·
Bertitik tolak daripada itu …·
Bukan itu sahaja …·
Dalam hal ini …·
Dalam konteks ini ..·
Dalam zaman yang serba canggih ini …·
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …·
Dengan adanya …· Dengan berbuat demikian …·
Dengan perkataan lain ..·
Disebabkan hal itu·
Disebabkan keistimewaan inilah kita ..·
Hal ini berlaku disebabkan·
Hal ini penting dalam·
Hal ini serupa dengan·
Hal yang serupa berlaku apabila·
Ini disebabkan·
Ini membuktikan bahawa·
Ini menggambarkan bahawa·
Ini secara tidak langsung akan·
Ini semua meninggalkan kesan kerana·
Ini tentu sekali membuatkan· Jadi kita perlu·
Jadi kita hendaklah· Keadaan ini tentunya·
Lantaran itu sehingga kini·
Kesemua ini menyumbang kepada·
Kita mengakui hakikat bahawa·
Kita sering menonton di kaca televisyen·
sering membaca di dada-dada akhbar·
Memandangkan keadaan yang sedemikian·
Namun sejak kebelakangan ini·
Oleh itu, bolehlah dikatakan·
Secara logiknya masa yang·
Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita·
Keadaan ini seharusnya boleh·
Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini·
Kendatipun demikian, kita masih·
Yang paling nyata ialah·
Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK·

Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak·
Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan·
Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH·

Sebagai contohnya·
Biar kita lihat·
Biar kita ambil contoh·
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah·
Sebagai analoginya,·
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN·

Intihanya,·
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas·
Konklusinya,·
Dengan ini diharapkan·
Bukan itu sahaja·
Mudah-mudahan perkara ini·
Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa·
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …·
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Sumber:Cikgu Zulkarnain (SMK Sacred Heart Sibu) di http://forum.engkabang.net/index.php/topic,18218.0.html

Dipetik daripada : Blog Cikgu Bukharis http://bukharis.blogspot.com/

Jumaat, Mac 06, 2009

Tazkirah Jumaat Siri 3: Memperingati Maulidur Rasul

Tazkirah Minggu Ini:

Memperingati Maulidur Rasul

Oleh Ismail Hashim Yahaya

Maulidur Rasul atau Maulid Nabi asalnya disambut untuk membangkitkan semangat umat Islam yang sedang berjuang mempertahankan diri dari serangan tentara salib Eropah iaitu Perancis, Jerman, dan Inggeris.

Pada tahun 1099M tentera salib telah menakluki Baitulmaqdis dan menguasai Masjidil Aqsa. Umat Islam ketika itu dikatakan lemah dan kehilangan semangat perjuangan dan persaudaraan ukhuwah.

Jika dilihat pada waktu itu umat Islam berada dalam keadaan berpecah belah disebabkan oleh terdiri banyak kerajaan-kerajaan kecil dan kesultanan yang lain. Kerajaan-kerajaan ada yang beraliran Syiah dan sekutu bekas Dinasti Umayyah.

Keberadaan khalifah Dinasti Abbasiyiah di kota Baghdad masih tidak menjamin perpaduan umat Islam kerana terdapat penentangan daripada kumpulan-kumpulan yang anti-Bani Abbasiyiah.

Namun umat Islam pada waktu itu amat bertuah kerana terdapat pemimpin seperti Sultan Salahuddin Yusuf Al-Ayyubi --orang Eropah menyebutnya Saladin, seorang pemimpin yang menyedari kedudukan umat Islam yang agak rapuh pada waktu itu ketika berhadapan dengan tentera salib.

Sultan Salahuddin 1174-1193 M (570-590H) daripada Dinasti Bani Ayyub ketika itu memerintah di Kairo, Mesir yang bidang kuasanya meliputi wilayah Syria dan jazirah Arab.

Menurut Salahuddin semangat perjuangan umat Islam harus dihidupkan kembali dengan cara menguatkan kembali kecintaan umat kepada Nabi mereka. Fokus kecintaan kepada Nabi saw berserta menghayati sirahnya akan membawa kembali penyatuan umat Islam itu .

Oleh itu Salahuddin cuba mengingatkan umat Islam di seluruh dunia pada waktu itu supaya mengimbas kembali hari lahir Nabi Muhammad SAW, pada 12 Rabiul Awal kalender Hijrah dengan mengadakan sambutan yang dapat menyatupadukan umat Islam dan diadakan pada setiap tahun.

Salahuddin meminta pandangan Khalifah Dinasti Abbasyiah di Baghdad iaitu Khalifah An-Nashir dan baginda bersetuju dengan cadangan Salahuddin.

Maka pada musim ibadah haji bulan Dzulhijjah 579 H (1183 Masehi), Salahuddin sebagai penguasa haramain (dua tanah suci, Mekah dan Madinah) mengeluarkan arahan kepada seluruh jemaah haji bahawa apabila balik ke kampung halaman mereka harus meraikan sambutan hari kelahiran nabi Muhammad dengan berbagai kegiatan yang dapat membangkitkan semangat umat Islam.

Sambutan itu dimulakan pada tahun 580 Hijriah (1184 M) pada 12 Rabiul-Awal yang dirayakan sebagai hari Maulidur Rasul.

Sebenarnya sambutan maulidur rasul ini bukan gagasan murni Salahuddin, melainkan cadangan dari iparnya, Muzaffaruddin Gekburi, yang menjadi atabeg (penguasa daerah) di Irbil, Syria Utara.

Bagi mengimbangi semaraknya peringatan hari Natal oleh penganut agama Kristian, Muzaffaruddin di istananya sering mengadakan peringatan Maulidur Rasul, cuma perayaannya bersifat setempat dan tidak dilakukan pada setiap tahun.

Adapun Salahuddin ingin agar perayaan maulidur rasul menjadi tradisi bagi umat Islam di seluruh dunia dengan tujuan meningkatkan semangat juang dan bukan sekadar perayaan ulang tahun biasa.

Namun pada peringkat awal idea Salahuddin ditentang oleh para ulama. Ini kerana sejak pada zaman Nabi perkara seperti tidak pernah diadakan.

Lagi pula menurut ajaran agama Islam umat Islam sudah mempunyai dua hari perayaaan iaitu Idul Fitri dan Idul Adha. Tetapi Salahuddin menegaskan bahwa perayaan Maulidur Rasul hanyalah kegiatan yang menyemarakkan syiar agama bukannya perayaan yang bersifat ritual sehingga tidak dapat dikategorikan bidaah yang terlarang.

Terdapat juga pandangan yang mengatakan sambutan Maulidur akan membawa pemujaan yang berlebihan kepada Rasullullah saw. pula.

Tetapi ternyata niat dan objektif Salahuddin semata-mata ingin mengembalikan kebangkitan dan kesedaran umat Islam menentang musuh salibin dan bertujuan mengusir mereka daripada bumi yang berkati Allah.

Salah satu kegiatan yang diadakan oleh Salahuddin semasa sambutan Maulidur Rasul yang pertama kali tahun 1184 (580 H) adalah menyelenggarakan sayembara penulisan riwayat yang bercorak syiar mengenai kehidupan Nabi beserta puji-pujian bagi Nabi dengan bahasa yang puitis.

Seluruh ulama dan sastrawan diundang untuk mengikuti pertandingan tersebut. Pemenang pertama yang menjadi juara ialah Syaikh Ja`far Al-Barzanji.

Karyanya yang dikenal sebagai Kitab Barzanji yang sampai sekarang sering dibaca oleh masyarakat di kebanyakan negara Islam sempena sambutan maulidur rasul. Inilah juga di mana tumbuhnya perkataan berzanji yang diadakan di negara kita.

Barzanji membicarakan mengenai sirah Nabi Muhammad yang mencakupi silsilah keturunannya, masa kanak-kanak, remaja, pemuda, sehingga diangkat menjadi rasul.

Karya itu juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad berserta berbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.

Nama Barzanji diambil dari nama pengarang naskah tersebut yakni Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim.

Dia lahir di Madinah tahun 1690 dan meninggal tahun 1766. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj.

Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd Al-Jawahir (artinya kalung permata) yang disusun untuk menyemarakkan kecintaan kepada Nabi Muhammad saw. Tapi kemudian lebih terkenal dengan nama penulisnya.

Ternyata peringatan Maulidur Rasul yang diselenggarakan Salahuddin itu membuahkan hasil yang positif. Semangat umat Islam menghadapi Perang Salib bergelora kembali.

Ini kerana penghayatan terhadap sirah melalui syair dan seumpamnya itu berhasil memberikan kesedaran terhadap kebangkitan umat Islam.

Salahuddin berhasil menghimpunkan kekuatan sehingga pada tahun 1187 (583 H) Baitulmaqdis berjaya dirampas kembali oleh Salahuddin daripada tangan bangsa Eropah dan Masjidil Aqsa dikuasai semula oleh umat Islam.

Memperingati Maulidur Rasul mempunyai maknanya yang mendalam terutamanya pada masa sekarang yang bererti menyatupadukan kembali umat Islam ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam segenap bidang kehidupan umat.

Salahuddin telah melakukan strategi yang betul dan berjaya dalam mengembalikan semangat juang dan kesedaran umat Islam supaya bangkit semula menentang tentera salib yang menguasai bumi Baitulmaqdis.

Ia dapat membaca psikologi umat Islam pada waktu itu dan tahu bagaimana cara mengembalikan kesedaran mereka untuk bersatu padu semula..

Bagaimanapun sambutan Maulidur Rasul sekarang sudah menjadi suatu perayaan ritual sahaja yang kering kontang daripada maknanya.

Ia bagaikan episod ulangan (pengulangan lagu-laguan syair yang lemah lesu dan tidak membangkitkan semangat apa pun) yang tidak mempunyai objektif tertentu ketika umat Islam khususnya golongan muda begitu menggilai hiburan dan idola-idola mereka.

Dunia Islam harus belajar strategi dan keadah yang digunakan Salahuddin supaya umat Islam mempunyau fokus atau tumpuan dalam mengembalikan perpaduan umat Islam sekarang.

Pakar motivasi dan ahli akdemik Islam masih tidak menerokai sepenuhnya kaedah yang digunakan Salahuddin yang membangkitkan kesedaran sehingga umat Islam bersatu semula menentang musuh mereka sebagaimana terbukti dalam perang salib.

Sekurang-kurangnya umat Islam harus mempunyai suatu suara yang mantap, konkrit dan mengerunkan bagi mendesak dan meminta kerajaan Amerika Syarikat dan sekutunya supaya keluar dari Iraq dan jangan menyerang Iran.

Lihatlah sekarang di mana suara umat Islam! Banyak perkara yang harus dipelajari daripada Salahuddin yang masih tidak bongkarkan dan ditinggalkan begitu saja kerana yang kita nampak hanya perang salib tetapi tidak strategi dan kaedahnya.

Sumber: http://www.smart2u.com







Memperingati Maulidur Rasul

Tazkirah Minggu Ini:

Memperingati Maulidur Rasul

Oleh Ismail Hashim Yahaya

Maulidur Rasul atau Maulid Nabi asalnya disambut untuk membangkitkan semangat umat Islam yang sedang berjuang mempertahankan diri dari serangan tentara salib Eropah iaitu Perancis, Jerman, dan Inggeris.

Pada tahun 1099M tentera salib telah menakluki Baitulmaqdis dan menguasai Masjidil Aqsa. Umat Islam ketika itu dikatakan lemah dan kehilangan semangat perjuangan dan persaudaraan ukhuwah.

Jika dilihat pada waktu itu umat Islam berada dalam keadaan berpecah belah disebabkan oleh terdiri banyak kerajaan-kerajaan kecil dan kesultanan yang lain. Kerajaan-kerajaan ada yang beraliran Syiah dan sekutu bekas Dinasti Umayyah.

Keberadaan khalifah Dinasti Abbasiyiah di kota Baghdad masih tidak menjamin perpaduan umat Islam kerana terdapat penentangan daripada kumpulan-kumpulan yang anti-Bani Abbasiyiah.

Namun umat Islam pada waktu itu amat bertuah kerana terdapat pemimpin seperti Sultan Salahuddin Yusuf Al-Ayyubi --orang Eropah menyebutnya Saladin, seorang pemimpin yang menyedari kedudukan umat Islam yang agak rapuh pada waktu itu ketika berhadapan dengan tentera salib.

Sultan Salahuddin 1174-1193 M (570-590H) daripada Dinasti Bani Ayyub ketika itu memerintah di Kairo, Mesir yang bidang kuasanya meliputi wilayah Syria dan jazirah Arab.

Menurut Salahuddin semangat perjuangan umat Islam harus dihidupkan kembali dengan cara menguatkan kembali kecintaan umat kepada Nabi mereka. Fokus kecintaan kepada Nabi saw berserta menghayati sirahnya akan membawa kembali penyatuan umat Islam itu .

Oleh itu Salahuddin cuba mengingatkan umat Islam di seluruh dunia pada waktu itu supaya mengimbas kembali hari lahir Nabi Muhammad SAW, pada 12 Rabiul Awal kalender Hijrah dengan mengadakan sambutan yang dapat menyatupadukan umat Islam dan diadakan pada setiap tahun.

Salahuddin meminta pandangan Khalifah Dinasti Abbasyiah di Baghdad iaitu Khalifah An-Nashir dan baginda bersetuju dengan cadangan Salahuddin.

Maka pada musim ibadah haji bulan Dzulhijjah 579 H (1183 Masehi), Salahuddin sebagai penguasa haramain (dua tanah suci, Mekah dan Madinah) mengeluarkan arahan kepada seluruh jemaah haji bahawa apabila balik ke kampung halaman mereka harus meraikan sambutan hari kelahiran nabi Muhammad dengan berbagai kegiatan yang dapat membangkitkan semangat umat Islam.

Sambutan itu dimulakan pada tahun 580 Hijriah (1184 M) pada 12 Rabiul-Awal yang dirayakan sebagai hari Maulidur Rasul.

Sebenarnya sambutan maulidur rasul ini bukan gagasan murni Salahuddin, melainkan cadangan dari iparnya, Muzaffaruddin Gekburi, yang menjadi atabeg (penguasa daerah) di Irbil, Syria Utara.

Bagi mengimbangi semaraknya peringatan hari Natal oleh penganut agama Kristian, Muzaffaruddin di istananya sering mengadakan peringatan Maulidur Rasul, cuma perayaannya bersifat setempat dan tidak dilakukan pada setiap tahun.

Adapun Salahuddin ingin agar perayaan maulidur rasul menjadi tradisi bagi umat Islam di seluruh dunia dengan tujuan meningkatkan semangat juang dan bukan sekadar perayaan ulang tahun biasa.

Namun pada peringkat awal idea Salahuddin ditentang oleh para ulama. Ini kerana sejak pada zaman Nabi perkara seperti tidak pernah diadakan.

Lagi pula menurut ajaran agama Islam umat Islam sudah mempunyai dua hari perayaaan iaitu Idul Fitri dan Idul Adha. Tetapi Salahuddin menegaskan bahwa perayaan Maulidur Rasul hanyalah kegiatan yang menyemarakkan syiar agama bukannya perayaan yang bersifat ritual sehingga tidak dapat dikategorikan bidaah yang terlarang.

Terdapat juga pandangan yang mengatakan sambutan Maulidur akan membawa pemujaan yang berlebihan kepada Rasullullah saw. pula.

Tetapi ternyata niat dan objektif Salahuddin semata-mata ingin mengembalikan kebangkitan dan kesedaran umat Islam menentang musuh salibin dan bertujuan mengusir mereka daripada bumi yang berkati Allah.

Salah satu kegiatan yang diadakan oleh Salahuddin semasa sambutan Maulidur Rasul yang pertama kali tahun 1184 (580 H) adalah menyelenggarakan sayembara penulisan riwayat yang bercorak syiar mengenai kehidupan Nabi beserta puji-pujian bagi Nabi dengan bahasa yang puitis.

Seluruh ulama dan sastrawan diundang untuk mengikuti pertandingan tersebut. Pemenang pertama yang menjadi juara ialah Syaikh Ja`far Al-Barzanji.

Karyanya yang dikenal sebagai Kitab Barzanji yang sampai sekarang sering dibaca oleh masyarakat di kebanyakan negara Islam sempena sambutan maulidur rasul. Inilah juga di mana tumbuhnya perkataan berzanji yang diadakan di negara kita.

Barzanji membicarakan mengenai sirah Nabi Muhammad yang mencakupi silsilah keturunannya, masa kanak-kanak, remaja, pemuda, sehingga diangkat menjadi rasul.

Karya itu juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad berserta berbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.

Nama Barzanji diambil dari nama pengarang naskah tersebut yakni Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim.

Dia lahir di Madinah tahun 1690 dan meninggal tahun 1766. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj.

Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd Al-Jawahir (artinya kalung permata) yang disusun untuk menyemarakkan kecintaan kepada Nabi Muhammad saw. Tapi kemudian lebih terkenal dengan nama penulisnya.

Ternyata peringatan Maulidur Rasul yang diselenggarakan Salahuddin itu membuahkan hasil yang positif. Semangat umat Islam menghadapi Perang Salib bergelora kembali.

Ini kerana penghayatan terhadap sirah melalui syair dan seumpamnya itu berhasil memberikan kesedaran terhadap kebangkitan umat Islam.

Salahuddin berhasil menghimpunkan kekuatan sehingga pada tahun 1187 (583 H) Baitulmaqdis berjaya dirampas kembali oleh Salahuddin daripada tangan bangsa Eropah dan Masjidil Aqsa dikuasai semula oleh umat Islam.

Memperingati Maulidur Rasul mempunyai maknanya yang mendalam terutamanya pada masa sekarang yang bererti menyatupadukan kembali umat Islam ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam segenap bidang kehidupan umat.

Salahuddin telah melakukan strategi yang betul dan berjaya dalam mengembalikan semangat juang dan kesedaran umat Islam supaya bangkit semula menentang tentera salib yang menguasai bumi Baitulmaqdis.

Ia dapat membaca psikologi umat Islam pada waktu itu dan tahu bagaimana cara mengembalikan kesedaran mereka untuk bersatu padu semula..

Bagaimanapun sambutan Maulidur Rasul sekarang sudah menjadi suatu perayaan ritual sahaja yang kering kontang daripada maknanya.

Ia bagaikan episod ulangan (pengulangan lagu-laguan syair yang lemah lesu dan tidak membangkitkan semangat apa pun) yang tidak mempunyai objektif tertentu ketika umat Islam khususnya golongan muda begitu menggilai hiburan dan idola-idola mereka.

Dunia Islam harus belajar strategi dan keadah yang digunakan Salahuddin supaya umat Islam mempunyau fokus atau tumpuan dalam mengembalikan perpaduan umat Islam sekarang.

Pakar motivasi dan ahli akdemik Islam masih tidak menerokai sepenuhnya kaedah yang digunakan Salahuddin yang membangkitkan kesedaran sehingga umat Islam bersatu semula menentang musuh mereka sebagaimana terbukti dalam perang salib.

Sekurang-kurangnya umat Islam harus mempunyai suatu suara yang mantap, konkrit dan mengerunkan bagi mendesak dan meminta kerajaan Amerika Syarikat dan sekutunya supaya keluar dari Iraq dan jangan menyerang Iran.

Lihatlah sekarang di mana suara umat Islam! Banyak perkara yang harus dipelajari daripada Salahuddin yang masih tidak bongkarkan dan ditinggalkan begitu saja kerana yang kita nampak hanya perang salib tetapi tidak strategi dan kaedahnya.

Sumber: http://www.smart2u.com



Isnin, Mac 02, 2009

Isu Semasa :Rakam, siar aksi buli dalam You Tube

Oleh Matzidi Dris dan M Hifzuddin Ikhsan bhnews@bharian.com.my


RENTETAN gambar seorang pelajar Tingkatan Tiga dipercayai dibuli 10 pelajar senior di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Oya Dalat di Mukah, Sarawak, dirakamkan menerusi telefon bimbit dan disiarkan di internet.

1. Mangsa dipijak walaupun meraung kesakitan.

2. Pelajar yang langsung tidak melawan itu ditendang beberapa kali

3. Mangsa ditampar.

4. Tanpa simpati mangsa terus dipukul dengan cerek air.



Pelajar dituduh curi kena belasah 10 senior KUCHING: Sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak bukan saja berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube, sejak kelmarin. Rakaman klip video tiga minit itu dipercayai berlaku di sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya Dalat di Mukah. Ia memaparkan mangsa yang lengkap berpakaian seragam, dibelasah kira-kira 10 pelajar senior, termasuk dipukul dengan cerek sehingga menyebabkan mangsa cedera di muka dan badan.



Mangsa buli berkenaan dipercayai seorang pelajar Tingkatan Tiga manakala pelajar yang memukulnya adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah sama. Mangsa merayu supaya tidak dipukul, tetapi tidak diendahkan pelajar yang sebaliknya secara bergilir-gilir memukul dan menendang mangsa. Difahamkan, kejadian yang mendapat liputan meluas media tempatan itu, membabitkan kes curi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Martin Khoo mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu Isnin lalu dan pihaknya sudah memulakan siasatan.


Sumber:http://www.bharian.com.my/Sunday/Nasional/20090228233445/Article/index_html

Isu Semasa: Buli


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Rencana ini adalah tentang jenayah buli.


Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.Siapakah yang sering membuli dan dibuli

Pembuli
-Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
-Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
-Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
-Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
-Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.

Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
-Bertubuh kecil.
-Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
-Pelajar baru di sekolah.

Kenapakah mereka sering membuli?
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:
-Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
Mereka pernah menjadi mangsa buli.
-Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.


-Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.


-Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
-Akibat perceraian ibu bapa.
-Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
-Sekadar mahu berseronok.
-Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
-Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
-Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli?



Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut.
Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung.


Buli di kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap, mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikan bahan ejekan.
Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidak terlalu ganas seperti pelajar lelaki.

Jenis-jenis buli

Buli fizikal
-Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
-Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Buli mental
Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Kesan buli

Pembuli
Kesan luaran:
Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.
Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

Dibuli

Kesan luaran
Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.

Kesan dalaman
Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?



Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu:

Tahap sekolah
1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.



2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.



3.Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.



4.Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster.


5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.



6.Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.

Tahap kelas



1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.



2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.



3.Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.


Tahap individu



1.Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.



2.Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli#Siapakah_yang_sering_membuli_dan_dibuli


Aduan kes buli di alamat :


http://apps.emoe.gov.my/sad/mula.cfm

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”