KEPUTUSAN Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengharamkan ‘Peraduan 100 Hari 100 Kereta’ anjuran Celcom kerana mengandungi unsur judi, sedikit sebanyak meleraikan kegelisahan dan keraguan masyarakat Islam. Tindakan itu dilihat tepat pada masanya kerana masyarakat memang mudah terpesona dengan peraduan yang menawarkan ganjaran mewah tanpa memikirkan terlebih dulu sama ada sesuatu peraduan itu mematuhi syariah atau sebaliknya. Semoga keputusan itu memberikan iktibar kepada seluruh syarikat telekomunikasi untuk merujuk terlebih dulu kepada Jakim sebelum melancarkan apa jua produk khususnya yang membabitkan pertandingan dan peraduan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2004 menetapkan, peraduan kuiz berbayar melalui SMS adalah haram kerana ada unsur judi. Masyarakat umum gusar melihat peraduan SMS berleluasa di stesen televisyen dan telekomunikasi hari ini. Apa yang dirisaukan adalah peraduan ini mungkin sengaja direka dan dipatenkan penganjur bagi mengaut keuntungan mudah hasil tidak prihatin pengguna berkaitan hukum dan undang-undang. Peraduan itu menyebabkan masyarakat terperangkap ke kancah judi moden. Sepatutnya, syarikat telekomunikasi dan stesen TV perlu peka dengan aspek hukum, jangan sampai mahu mengambil kesempatan berikutan kejahilan pengguna. Hujah panel mengharamkan peraduan itu yang boleh menggalakkan pembaziran sangat tepat. Dalam menghadapi kenaikan harga minyak, masyarakat perlu menguruskan perbelanjaan mereka dengan baik. Jangan sesekali tertipu dengan helah peraduan yang akhirnya menyebabkan kita terjerumus ke dalam lembah kepapaan. Kita asyik merungut tidak cukup wang tetapi pada masa sama kita leka menghabiskan wang ke arah perkara yang belum tentu memberi manfaat seperti peraduan SMS itu. MOHD IHSAN MOHD DAUD, Gong Badak, Terengganu. SUMNER BERITA HARIAN ONLINE (27 jUN 2008) |
Jumaat, Jun 27, 2008
Tindakan Jakim haram peraduan SMS disokong
Ahad, Jun 15, 2008
Kenaikan harga minyak jejas usaha basmi kemiskinan, kata penganalisis
KUALA LUMPUR: Beberapa pakar ekonomi berpendapat kenaikan mendadak harga bahan bakar kebelakangan ini, boleh menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar di negara ini menjelang 2010.
Mereka yakin kenaikan harga bahan itu sebanyak 40 peratus seperti yang diumumkan baru-baru ini berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia, pasti memberi kesan yang tidak menggembirakan terhadap rancangan itu.
April lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya untuk menghapuskan kemiskinan, walaupun harga minyak dunia terus meningkat.
Bagaimanapun, sesetengah ahli ekonomi mempamerkan sikap kurang yakin mereka terhadap prospek itu dengan memberi alasan bahawa berdasarkan kuasa membeli yang ada sekarang, lebih banyak rakyat Malaysia sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".
Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan begitu ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan bakar.
“Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.
“Bagi golongan miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka. Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan. Kini, mereka menerima satu lagi pukulan apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah,” katanya.
Sambil mengkategorikan isi rumah yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan sebagai keluarga miskin, Azrul Azwar berkata sebelum ini, kumpulan berkenaan membelanjakan 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan dan apabila harga bahan bakar meningkat sekarang, mereka terpaksa mengikat perut bagi memenuhui keperluan lain.
Oleh itu, kata beliau, kaedah yang digunakan sekarang bagi menentukan garis kemiskinan, perlu disemak semula kerana ia tidak mencerminkan hakikat sebenar. “Saya rasa pendapatan yang dikategorikan sebagai garis kemiskinan sekarang tidak relevan dengan kos sara hidup yang meningkat hari demi hari. Bagi saya, ia sepatutnya jauh lebih tingi, mungkin sekitar RM1,500 sebulan,” katanya. - Bernama
sumber: Berita harian online (15 Jun 2008)
Sila layari alamat ini untuk mengetahui hujah kerajaan tentang Isu Harga Minyak dan Subsidi http://www.sapp.org.my/hq/fuel.pdf
Rabu, Jun 11, 2008
Perjuangan martabat bahasa Melayu kian menyimpang
SOAL memperkasakan bahasa Melayu menjadi lebih gamat diperdebatkan kerana kita begitu alpa terhadap bahasa ibunda sendiri bahkan begitu rancak membudayakan kesalahan demi kesalahan bertutur dan bercakap tanpa segan dan silu.
Kita mengamalkan budaya bahasa rojak seolah-olah ia betul dan tiada cacat cela. Kita begitu asyik dengan ketertiban lain bukan berusaha menjiwai bahasa jiwa bangsa? Kenapa perihal bahasa dipandang enteng? Kenapa kita tidak memelihara bahasa kita dengan penuh ketertiban dan keikhlasan?
Saya amat bersetuju supaya merancakkan lagi soal bahasa jiwa bangsa.
Bahasa sebagai penyatu negara dan pembina tamadun mesti disemarakkan agar dunia Melayu semakin terserlah dan dominan. Ketamadunan Melayu sejak berabad lagi amat disegani dan dilestarikan oleh sarjana orientalis dan sebaliknya di seluruh dunia.
Mereka dari jauh dan dekat mempelajari dan mengadakan dana serta jawatan untuk bersama memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti ternama.
Malangnya kita kini menghadapi soal jati diri dan krisis mendalam mengenai siapakah kita sebenar sebagai orang Melayu. Kita mudah bertolak ansur sehinggakan kita mengorbankan jati diri dan sekali gus kehilangan punca.
Apakah kerana faktor pendewasaan bahasa Melayu yang lemah? Apakah kerana bahasa Melayu tidak ada nilai ekonomi dan tidak berkuasa di sektor swasta? Apakah bahasa Melayu kurang mampu bersaing dengan bahasa dunia lain bahkan sekadar di Nusantara saja?
Pokoknya, saya kecewa dan hampa melihat fenomena bahasa jiwa bangsa semakin terpinggir kepentingannya tanpa sosialisasi yang berkesinambungan.
Pihak berwajib perlu melaksanakan program dan dasar yang lebih tegas jika ketamadunan kita mahu dihormati dan bahasa Melayu kekal sebagai wadah penyatuan bangsa bukan sebaliknya.
Justeru, gerakan kebahasaan dan kesusasteraan perlu dirintis secara bersepadu dengan kerjasama golongan cerdik pandai dan pemerintah supaya bahasa Melayu menjadi wadah perpaduan, integrasi dan ketamadunan bangsa dan negara.
Budaya memartabatkan perlu dikomunikasi di semua sektor, bukan terbatas terhadap sektor awam saja.
Hakikat nilai bahasa Melayu bergantung kepada nilai ekonomi malangnya menjadi satu kekecewaan besar dalam konteks sosialisasi bahasa di negara kita.
Kenapa ini berlaku kerana pada hemat saya kita sudah terpesong jauh daripada perjuangan asal nenek moyang kita. Maka, marilah kita ke pangkal jalan selagi kita masih berkuasa. Tepuk dada tanya selera.
PROF MADYA MOHAMAD MD YUSOFF,
Pusat Pengajian Komunikasi USM,
Pulau Pinang.
sumber:berita harian online (11 Jun 2008)

Rabu, Jun 04, 2008
PPSMI gagal capai matlamat
Oleh Norliza Abdullah
Kementerian perlu buat kajian guru, pelajar lemah penguasaan bahasa InggerisKEMENTERIAN Pelajaran sekali lagi disaran supaya mengkaji semula pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak lima tahun lalu kerana ia gagal meningkatkan pemahaman konsep, ilmu dan kemahiran kedua-dua subjek berkenaan.
Tokoh Akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, berkata kegagalan pelaksanaan program itu antara lain berpunca penguasaan bahasa Inggeris kebanyakan guru sendiri lemah untuk menerangkan aspek terbabit dengan jelas.
Katanya, keadaan lebih membimbangkan kerana kelemahan penguasaan bahasa Inggeris begitu ketara di kalangan pelajar Melayu dan Orang Asli hingga menyebabkan mereka payah mengikuti proses pembelajaran dua subjek itu.
Beliau berkata, hasil kajiannya bersama empat pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaksanakan dalam tiga kohort iaitu pada Februari 2007 membabitkan 1,564 murid Tahun Lima di 27 sekolah rendah, diikuti Julai 636 murid dari 13 sekolah rendah. Seterusnya Januari lalu, tinjauan dilaksanakan membabitkan 1,703 murid Tahun Lima dari 28 sekolah rendah.
“Sejumlah 85 peratus murid melaporkan guru mereka mengajar Matematik dan Sains dengan menggunakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris. Ini kerana guru ingin membantu muridnya yang ramai lemah bahasa Inggeris untuk memahami apa yang diajar. “Analisis responden Januari lalu menunjukkan hanya 17.0 peratus murid daripada semua kaum menyatakan mudah mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris.
“Peratusan ini jelas menunjukkan sebahagian besar murid atau 83 peratus meluahkan perasaan kesukaran mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris, walaupun mereka mempelajari subjek ini sejak 2003,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah pada Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di UPSI di Tanjung Malim, semalam.
Isahak berkata, hasil kajian itu jelas membuktikan bahawa pelaksanaan PPSMI memberi kesan negatif terhadap sebahagian besar murid terutama di kalangan Bumiputera di kawasan luar bandar dan masyarakat Orang Asli.
Beliau berkata, pelaksanaan itu juga tidak meningkatkan minat murid menguasai kedua-dua mata pelajaran berkenaan kerana penggunaan bahasa Inggeris sendiri sukar dikuasai, kemudian dipaksa pula menggunakan bahasa itu dalam subjek Sains dan Matematik.
“Secara purata, lebih 75 peratus murid Melayu Tahun Lima menyatakan mereka kerap dan kadang-kadang merujuk buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu jika tidak faham penerangan dalam bahasa Inggeris.
“Kira-kira 35 peratus menyatakan mereka memiliki buku rujukan Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sebagai tambahan,” katanya. Kesimpulannya, Isahak berkata, nyata 80 peratus murid daripada semua keturunan menyatakan sukar mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris dan 70 peratus pula Matematik.
sumber: berita harian online (4 June 08)

Nada dering guna ayat al-Quran mesti disekat
Peguam Syarie Menulis: Nada dering guna ayat al-Quran mesti disekat
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip
ISU berkaitan penggunaan ayat al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit sudah lama kita dengar. Kini, penggunaannya terus berleluasa tanpa sebarang kekangan sehinggakan perkara itu mengundang pertanyaan sama ada harus dibiarkan tanpa sebarang sekatan. Ada lambakan muat turun ayat al-Quran dari kedai telefon bimbit juga kebanyakan diuruskan bukan Islam tanpa mengetahui maksud ayat itu. Baru-baru ini, pelbagai pihak khususnya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengeluarkan fatwa berhubung penggunaan ayat al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit kerana dikhuatiri akan mengubah maksud keseluruhan ayat suci itu, sekali gus menjadikannya tidak lengkap atau tergantung selepas panggilan telefon dijawab.
Gesaan supaya dikeluarkan fatwa bagi mengelakkan kesucian ayat al-Quran tercemar. Selain itu, kesucian ayat al-Quran harus dipelihara dan dihormati serta sebarang penggunaannya harus bersesuaian dengan tempatnya. Kita bimbang jika penggunaan ayat al-Quran sebagai nada dering dibiarkan berleluasa, orang ramai akan menyalahgunakannya hingga menyebabkan kesucian ayat tercemar. Contohnya, apabila seseorang berada dalam tandas dan telefon berbunyi dengan nada dering ayat suci al-Quran. Di samping itu, dibimbangi ayat suci al-Quran tidak lengkap maksudnya selepas panggilan telefon dijawab tanpa menunggu ayat habis. Ini akan menyebabkan maksud yang berlainan daripada asalnya.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa baru-baru ini Majlis Mufti Arab Saudi mengharamkan penggunaan ayat suci al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit. Mereka khuatir penggunaan ayat al-Quran sebagai nada dering akan mengubah maksud keseluruhan ayat. Sebagai umat Islam, kita harus mengakui al-Quran adalah petunjuk kepada kaum Muslimin, khususnya dan umat manusia umumnya. Allah berfirman bermaksud: "Kitab itu (al-Quran) tidak ada keraguan di dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa." Al-Quran juga adalah kalam Allah yang wajar dipelihara kesuciannya. Sebarang tindakan mencemar kesucian al-Quran dan mempersendakan ayatnya adalah berdosa serta menjadi satu kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam di Malaysia.
Seksyen 9 (mempersendakan, ayat al-Quran dan Hadis) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, 1995 memperuntukkan: "Mana-mana orang yang dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat al-Quran atau hadis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali." Peruntukan itu dengan jelas menyatakan barang siapa mempersendakan ayat al-Quran adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan. Peruntukan ini dibuat bagi mengekang sebarang tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mencemar kesucian ayat suci Al-Quran sekali gus mencemar kesucian agama Islam itu sendiri. Sewajarnya umat Islam harus peka terhadap isu begini bagi mengelakkan kesucian agama Islam dicalar orang tidak bertanggungjawab semata-mata mementingkan keuntungan tanpa memikirkan implikasi terhadap agama Islam itu sendiri.
Sehubungan itu, saranan dan gesaan PPIM supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berhubung perkara itu diberi perhatian segera demi kemaslahatan umat Islam ada asasnya. Tindakan Majlis Mufti Arab Saudi mengeluarkan fatwa berserta alasan demi menjaga kesucian agama Islam juga bertujuan memelihara kesejahteraan umatnya. Perbuatan mempersendakan ayat al-Quran boleh dikekang menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada yang memberi ruang kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan. Namun, beberapa perkara harus diteliti sebelum sebarang tindakan boleh diambil bagi memastikan tindakan itu selaras dengan undang-undang.
FAKTA: Keburukan ayat al-Quran jadi nada dering telefon bimbit
a) Dikhuatiri mengubah maksud keseluruhan ayat suci itu, sekali gus menjadikannya tidak lengkap atau tergantung selepas panggilan telefon dijawab.
b) Dikhuatiri ada pihak menyalahgunakannya hingga menyebabkan kesucian ayat tercemar. Contohnya, apabila seseorang berada dalam tandas dan telefon berbunyi dengan nada dering ayat suci al-Quran.
c) Muat turun ayat al-Quran diuruskan bukan Islam tanpa mengetahui maksud ayat.

Langgan:
Catatan (Atom)