[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Isnin, Mei 19, 2008

Selamat Hari Guru


Buat guru-guruku sejak kecil hingga ke hari ini...
Selamat Hari Guru
Jasa dan ilmumu tidak kulupa hingga keakhir hayatku

Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu

Ismail Haji Adnan -1989

Isnin, Mei 05, 2008

Tajdid Iman: Kenikmatan dunia lekakan manusia


Bersama Dr Juanda Jaya
juanda@kutpm.edu.my

Iman, ilmu, amal salih jadi benteng perkukuh diri elak mata hati jadi buta URUSAN dunia memang menyibukkan hingga mampu membuat manusia lupa sama kepada alam persinggahan di kubur, kiamat, kebangkitan semula, timbangan penilaian amal, mahkamah Allah, titian sirat, telaga kawthar, syurga dan neraka yang akhirnya membawa hidup kekal abadi.

Mengapa manusia suka ditipu dan mahu tertipu? Apakah itu akan menyampaikan dirinya ke puncak kepuasan? Tidak, kerana ia diciptakan sebagai makhluk yang tidak boleh merasa puas. Jika begitu untuk apa dia bersungguh-sungguh memperjuangkan kepuasan duniawi sedangkan memang dia tidak akan mendapat kepuasan seratus peratus?

Seperti orang yang sangat bernafsu dengan air sirap ais di tengah panas terik. Sudah pun diminum air itu maka hilanglah sekejap rasa dahaga, tapi kemudian bosan dengan perisanya yang tidak bertukar, mulalah mencari air berperisa yang lain. Dapat yang satu, mahu yang lain lagi. Maka sungguh benar perumpamaan dalam al-Quran, yang menyebut kenikmatan dunia sebenarnya permainan yang melekakan, tidak boleh memberi kepuasan sebenar kepada manusia. Kenikmatan sesungguhnya berada dalam syurga Allah.

Manusia dibiarkan bermain-main dengan segala kenikmatan yang tidak berharga di sisi Allah. Ramai orang bertanya, mengapa orang kafir diizin Tuhan menguasai dunia ini? Jawapannya sungguh mudah, kerana dunia ini langsung tidak berharga di sisi Allah.

Hatta ia tidak senilai bandingan sebelah sayap nyamuk. Jadi siapa saja boleh ambil dan berpuas dengan nikmat dunia yang menipu itu. Allah mencipta khazanah ini cuma untuk ujian kepada seluruh manusia siapakah yang berjaya melaluinya dengan keimanan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kelak orang kafir akan ditanya pada hari kiamat, bagaimana pendapatmu seandainya seluruh isi bumi ini menjadi emas dan menjadi milikmu, mahukah kamu menebus dosamu dengannya? Jawab orang kafir itu: Mahu! Maka dikatakan kepadanya: Dulu, sudah diminta kepadamu yang lebih ringan daripada itu, tetapi kamu tidak mahu." (Hadis riwayat Muslim)

Ya, dulu di dunia tidak disuruh manusia menyerahkan segala yang ada dalam akaun banknya untuk mendapat syurga. Jika ada 2.5 peratus saja yang menjadi hak fakir miskin itu dikeluar dengan penuh keimanan, ia amat berharga bagi dirinya. Itu pun turut berfaedah bagi rebat dan menghindari dirinya daripada tuntutan cukai.

Allah hanya menyuruh mereka beriman, beramal soleh dan jangan berbuat zalim, keji lagi nista seperti perangai syaitan semata-mata supaya mereka boleh menebus dan layak memperoleh upah syurga Allah di alam akhirat nanti.

Mengapa dengan sujud, kamu tidak mahu membeli syurga Allah, tetapi di akhirat nanti kamu hendak membelinya dengan seluruh hartamu? Itulah hakikat harta tidak membawa manfaat sedikitpun kepada pemiliknya.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Seorang hamba berkata: Hartaku, hartaku! Padahal hartanya yang sesungguhnya hanya tiga. Apa yang dimakan lalu habis. Apa yang dipakai lalu rosak. Apa yang disedekah dan ia tersimpan (untuk akhirat). Selain daripada ketiga-tiga itu lenyap atau ditinggalkan untuk orang lain (para waris)." (Hadis riwayat Muslim)

Sungguh, amat memilukan orang tua yang masih bergelut merebut dunia dengan cara batil, padahal malaikat maut sudah pun dekat mengintainya setiap masa. Sedangkan seorang sahabat Rasulullah SAW, Muaz bin Jabal ketika sampai saat sakaratul mautnya beliau berkata: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa aku tidak mencintai hidup semata-mata untuk menanam pokok dan menghiasi taman yang cantik, atau untuk mengalirkan sungai atau untuk membina istana yang tersergam untuk didiami. Tetapi aku mencintai hidup ini hanya untuk tiga perkara, berpuasa di siang hari, menghidupkan ibadah di malam hari dan berkumpul dengan para ulama untuk mengingati-Mu.

" Imam Muslim juga meriwayatkan bahawa ketika dekat kematian di sisi sahabat Rasulullah SAW, panglima perang yang agung, 'Amru bin al-'Ash, beliau berkata: "Sesungguhnya aku sudah melalui tiga jalan dalam kehidupanku. Semasa jahiliah aku tidak mengenal Islam dan orang yang paling kubenci ialah Rasulullah SAW. Seandainya aku mati pada saat itu, pastilah aku termasuk penghuni neraka jahanam. Kemudian aku memeluk Islam, Rasulullah SAW menggenggam tanganku dan bersabda: Mengapakah kamu wahai Amru? Aku menjawab: Aku mahu syarat supaya Allah mengampuni seluruh dosaku. Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda: Tidakkah kamu sudah mengetahui wahai Amru, taubat menghapus apa saja dosa yang ada sebelum ini dan Islam menutup kesalahan apa saja yang pernah dilakukan sebelum ini?

Saidina 'Amru berkata: Lalu aku pun masuk Islam, demi Allah sejak saat itu orang yang paling aku cintai adalah Rasulullah SAW. Demi Allah jika kalian meminta kepadaku sekarang untuk menceritakan sifat baginda, sungguh aku tidak dapat menggambarkannya, aku tidak sanggup bersemuka dengan Rasulullah SAW kerana rasa hormat dan wibawa Baginda SAW. Jika aku mati saat itu, besar kemungkinan aku akan masuk syurga. Tetapi amat sayang, aku tidak mati bersama Rasulullah SAW. Kemudian berlalulah masa dan dunia telah mempermainkan diriku. Oleh itu, aku tidak tahu sekarang, sama ada aku akan dimasukkan ke syurga atau dicampakkan ke dalam neraka. Tetapi aku masih mempunyai satu kalimah untuk pertemuanku dengan Tuhanku iaitu: Lailaha Illallah, Muhammadur Rasulullah." Akhirnya wafatlah Saidina 'Amru dengan kalimah itu.

Andai saja kita mampu mengingati sejarah hidup yang lalu untuk memperbaiki kesilapan dan mengganti kejahatan dengan amal soleh, nescaya tidak akan ada penyesalan pada akhirnya. Namun sengatan dunia begitu kuat memabukkan, membutakan mata hati, mengeruhkan akal sihat, meracuni kesucian hati sampai ke mati.

Apakah usaha paling efektif untuk melemahkan sengatan dunia? Pertama ialah mengambil iktibar daripada sejarah kehidupan orang yang lalai. Mereka yang melalui kematian dengan cara suul khatimah.

Melihat kematian di setiap kesibukan yang kita lalui memang tidak mudah, adakah pasti hirupan nafas pertama akan bersambung ke nafas kedua? Sedangkan malaikat maut berada dekat. Lalu bagaimanakah keadaan orang yang lalai sekarang di dalam kuburnya? Mesti mereka merayu dengan tangisan yang tidak pernah berhenti hingga ke hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud: "(Demikianlah keadaan orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata: Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) supaya aku berbuat amal soleh terhadap yang sudah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan." (Surah Al-Mukminun, ayat 99-100)

Kemudian yang paling penting ialah senjata dan benteng kukuh dalam diri supaya sengatan dunia tidak mematikan hati. Senjata itu ialah iman, ilmu dan amal soleh. Ketiga-tiganya adalah kekuatan sebenar seorang hamba.

Tidak akan bermanfaat harta dan kebesaran melainkan jika bersanding dengan iman, ilmu dan amal soleh. Tetapi sayang, ramai yang sudah memiliki tiga kekuatan itu dan terlalu cepat merasa puas hati. Sehingga usaha untuk memperbaiki iman, ilmu dan amal menjadi terbantut.

Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my
sumber: berita harian online

Jumaat, April 25, 2008

Bahasa Melayu dipinggir bangsa sendiri


SAYA tertarik dengan pandangan Dr Sharifudin Lubis dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia berhubung kepiluan Prof Dr Teo Kok Seong mengenai masa depan bahasa Melayu, di akhbar ini, kelmarin.

Analisis Dr Sharifudin memang bernas dan mempunyai mesej jelas. Saya juga bersetuju dengan keluhan Prof Teo yang begitu cekal memperjuangkan bahasa Melayu.

Saya melihat bahasa Melayu kini semakin terpinggir bukan saja di Malaysia, malah di Nusantara atau alam Melayu. Apa yang menarik seperti pandangan Dr Sharifudin, masyarakat bukan Melayu lebih memberikan perhatian mengenai nasib dan masa depan bahasa Melayu berbanding orang Melayu.

Barangkali orang Melayu berminat menjadi ‘orang putih’ dan tanpa mereka sedari meminggirkan bahasa sendiri sebagai bahasa kebangsaan negara.

Saya risau mengenai kemunduran dan kelesuan bahasa Melayu yang semakin hari dianaktirikan oleh masyarakat Malaysia, terutama orang Melayu.

Saya teringat ucapan Raja Muda Perak, Dr Raja Nazrin Shah dalam satu Seminar Bahasa Rojak yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebelum ini. Titah baginda bahawa rakyat Malaysia perlu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.

Mesej itu masih segar dalam ingatan saya, walaupun ia tidak diberikan liputan media secara meluas ketika itu. Dalam kes terbaru, mungkin Bank Pertanian mahu memberikan satu kemegahan baru kepada institusi berkenaan sehingga mereka ‘terlupa’ mengenai Perkara 152.

Apa yang menghairankan saya ialah DBP juga leka dalam menjalankan peranan ‘menasihati’ AgroBank. Sebagai ahli antropologi sosial, saya tetap mengambil berat kegiatan yang berlaku dalam kehidupan serta persekitaran manusia dan masyarakat.

Sekiranya masyarakat Malaysia masih memandang rendah mengenai martabat bahasa Melayu, nescaya 50 tahun kelak, bahasa Melayu akan hilang di rantau alam Melayu. Sama-sama kita fikirkan natijahnya.
Oleh itu, peranan semua ahli masyarakat amat penting untuk memperkasa dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan negara. Justeru, DBP perlu menerima hakikat dan cabaran dihadapi dalam usaha memajukan bahasa Melayu.

Sekiranya semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing, hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2020 pasti tercapai dengan jayanya.

DR SARJIT S GILL,
Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia.

sumber: berita harian online

Jumaat, April 18, 2008

PROMOSI: Majlis Apresiasi Seni Al-Amin 2008


Tarikh: 19 April 2008
Masa: 8.15 - 11.30 malam
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Teknik, Gombak


Persembahan daripada para pelajar SMIAAG:

Nasyid (tiga bahasa)
Sketsa
deklamasi sajak ( dwibahasa)
Choral speaking (tiga bahasa)
tayangan video
bercerita

Kumpulan Jemputan:
Kumpulan Dikir Barat (Sriaag)
Kumpulan Damascus & MIRWANA




Dapatkan tiket-tiket Majlis Apresiasi Seni Al-Amin 2008 dengan segera!

Dimaklumkan bahawa harga tiket adalah sepert berikut:

i) murid sek rendah/menengah/alumni: RM5
ii) dewasa/ibu bapa : RM10
iii) kanak-kanak di bawah umur 6 tahun/ semua guru SMIAAG : Percuma

Cara untuk membuat tempahan tiket:

a) hubungi @ sms ke talian : 013-2202776/ 017-2417007/ 017-3475087
b) emelkan kpd: saifulislam12@gmail.com
c) berjumpa terus dengan ejen-ejen murid dan ajk wafdul Amin yang dilantik


Nota:

1) Jangan lepaskan peluang berharga ini kerana hanya 600 tempat duduk sahaja akan disediakan buat para penonton yang bertuah.
2) Tiket yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan semula
3) Tiket yang ditempah hanya akan diserahkan kepada penonton selewat-lewatnya 1 hari sebelum berlangsungnya MASA '08
4) Simpan tiket anda sepanjang persembahan untuk acara cabutan bertuah.

Sila dapatkan tiket anda daripada urusetia kami yang mesra dan berdedikasi seperti di bawah:
1) Aiman Ahmad - tingkatan 5 SAF 2)
Qurratu Aini - tingkatan 5 Saf
3) Nur Haziqah - tingkatan 5 Saf
4) Abd Rashid Dashuki - tingkatan 4

Rabu, April 09, 2008

Peguam Syarie Menulis: Penerbit Fitna putar belitkan ayat al-Quran

Oleh Nurhidayah Muhd Hashim (bharian online)


PENYIARAN filem pendek Fitna yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama keganasan dan mengajar keganasan dibantah seluruh umat Islam di dunia. Hasil kerja seorang ahli parlimen Belanda, Gert Wilders atas nama kebebasan bersuara membawa satu agenda jahat memburukkan Islam dan menimbulkan keresahan dalam perhubungan antara agama.


Gert Wilders


Bagi yang prihatin, keharmonian antara penganut agama adalah suatu yang suci dan perlu dijaga. Justeru, umat Islam di beberapa negara menunjukkan bantahan terhadap penyiaran itu dengan pelbagai cara menzahirkan penentangan serta rasa tidak setuju terhadap penyiaran filem pendek itu.



Kita tidak menghalang kebebasan bersuara tetapi kita menentang penyalahgunaan kebebasan itu sehingga memburukkan agama lain termasuklah Islam. Sesetengah negara Islam menunjukkan bantahan terhadap kebiadaban itu dengan tindakan memboikot barang dihasilkan dari Belanda.


Kita bersetuju dengan pemboikotan, semoga ia memberi kesan halus kepada mana-mana pihak bahawa keharmonian antara agama di seluruh dunia perlu dipertahankan. Usaha memburukkan Islam dengan memetik beberapa ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam mempertahankan diri apabila diperangi dijadikan dasar bahawa Islam menyuruh penganutnya berlaku ganas.



Ia akhirnya boleh membawa kepada perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam dan merebak sehingga menghasilkan perasaan benci pula kepada umat Islam.
Jika diperhatikan, bermula dengan peristiwa 11 September 2001 iaitu serangan ke atas Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di New York sehinggalah pengeboman 7 Julai 2005 di London, kemudian di Mesir, Turki, diikuti beberapa insiden di seluruh dunia, meninggalkan titik hitam kepada sejarah tamadun moden manusia.


Simptom 'Islam-phobia' atau ketakutan kepada Islam dan umatnya disebarkan dan Muslim terus dipersalahkan serta terus dikaitkan dengan keganasan yang berlaku. Penyiaran filem pendek Fitna adalah kesinambungan menyalahkan umat Islam atas keganasan yang berlaku dan dasar analisis mereka adalah Islam mengajar umatnya berbuat begitu.


Selama bertahun lamanya, media Barat menunjukkan imej negatif mengenai orang Islam sebagai pengganas dan masyarakat belum bertamadun. Bahkan, atas alasan menangani keganasan jugalah Amerika masuk dan menyerang Afghanistan serta Iraq.


Adakah benar Islam mengajar keganasan? Apakah benar umat Islam orang yang keras dan ganas kerana agama mendidiknya begitu? Apakah Islam mengamalkan sikap tertutup sehinggakan umatnya tidak boleh duduk semeja untuk berbincang atau berdialog dengan lain-lain agama?


Islam adalah agama mengajak kepada perdamaian dan hidup secara harmoni. Bukan saja kepada sesama pengikutnya bahkan seluruh makhluk yang wujud di alam ini. Perkataan Islam itu sendiri datangnya daripada kalimah 'salama' yang bermaksud aman, sejahtera, patuh dan penyerahan diri.


Perasaan toleransi sesama manusia juga menjadi tumpuan penting dalam ajaran Islam. Islam tidak menganjurkan keganasan dan tidak mengajar umatnya membenci penganut agama lain sebagaimana digambarkan media barat dan filem Fitna itu.


Bahkan, umat Islam diminta untuk berurusan secara harmoni dengan bukan Islam dan melayani mereka dengan baik. Islam turut menyentuh umatnya beramal dengan sifat lemah lembut, berbincang dan berdialog dengan baik, waras dan tersusun. Islam turut menekankan konsep persaudaraan dan ukhuwah yang baik.


Allah sendiri bersifat dengan sifat mutlak yang Maha Pengampun, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani terhadap hamba-Nya. Allah tidak menyuruh umat Islam melakukan keganasan, begitu juga al-Quran mengajar setiap kita mempunyai maruah, harga diri dan kesabaran kita juga ada tahapnya. Apabila agama dan maruah umat Islam dicerobohi dan diperangi, kita berhak mempertahankan diri. Apakah mungkin apabila harta benda kita dirompak, kita hanya berdiam diri dan melihat saja? Apakah mungkin apabila anak perempuan kita dirogol, kita melihatnya dengan pandangan sayu tanpa bangun mempertahankan hak? Adalah suatu yang tabii bagi insan untuk bertindak apabila hak dan harga dirinya dicabuli.


Dalam hal ini, apabila Islam diperangi, maruah agama dicemari, maka Islam meletakkan peruntukan bahawa umat Islam boleh bangun bertindak apabila agama dan maruah diri dicabul. Namun begitu, kita dilarang mengikut emosi membabi buta dan melampaui batasan. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan perangilah mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Kerana Allah menyukai orang yang tidak melampaui batas." - (Surah al-Baqarah, ayat 190)


Ini menunjukkan ayat al-Quran yang dipetik dalam filem Fitna sebenarnya menyentuh mengenai peruntukan mempertahankan diri selepas kita diperangi. Penerbit filem itu silap kerana menjadikan ayat ini sebagai dasar hujahnya bahawa Islam sebenarnya menggalakkan umatnya memerangi dan melakukan keganasan.

Jika dirujuk kepada sejarah silam, Rasulullah SAW menekankan konsep bermaafan, lemah lembut, menjaga akhlak dan tingkah laku hatta ketika berada di medan perang. Apabila Baginda SAW menghantar tentera mempertahankan maruah agama, Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud: "Janganlah kamu membunuh orang tua yang uzur dan jangan kamu membunuh kanak-kanak kecil dan wanita dan janganlah melampaui batas. Kumpulkanlah harta perang, buatlah kebaikan, berlaku ihsanlah sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat ihsan." - (Hadis riwayat Abu Daud)


Islam adalah ajaran yang positif, bersifat terbuka dan menggalakkan perdamaian serta kemaafan. Keterbukaan Islam ditunjukkan apabila Islam bukan saja menganggap semua Muslim sebagai saudara, bahkan Islam turut bersedia menerima orang bukan Islam yang tidak membenci dan memerangi Islam sebagai umat yang satu dan hidup bersama secara harmoni.

Islam juga melarang sama sekali umatnya memburukkan agama lain dan menghina tuhan agama lain kerana ia boleh membawa tindakan balas sehingga Allah pula dihina oleh penganut agama lain. Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina Jesus yang dimuliakan orang Kristian, begitu juga Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina Gautama Buddha, menghina mana-mana agama tetapi mengajak perbincangan ke arah keharmonian hidup sesama insan.

Apa yang diketengahkan adalah perbincangan, dialog perbandingan agama dengan mengemukakan hujah dan keterangan mengenai kebenaran Islam tanpa menghina mana-mana agama.

Oleh itu, adalah silap mana-mana pihak menganggap Islam ajaran mengajak kepada keganasan dan kekerasan, sedangkan Islam menganjurkan perdamaian, ketulusan hati, kemaafan, toleransi dan lemah lembut dalam melayani sesama manusia. Penulis adalah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com


Jumaat, Mac 21, 2008

Bulan Rabiulawal: Maulidur Rasul



Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.


Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting

Bulan Rabiul Awal Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;


1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.


2.Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.


3.Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.


4.Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.


5.Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.


6.Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.


7.Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.


8.Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.


9.Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.



**Untuk mengetahui sejarah dan keperibadian Rasulullah sila klik alamat ini:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

** Maklumat Modal Insan. Sila layari

http://www.pmo.gov.my/modalinsan/index.html

Khamis, Januari 17, 2008

SENARAI NAMA PELAJAR UJIAN LISAN BM SPM 2008

Senarai giliran ujian lisan GIL/ NAMA / AKTIVITI / TARIKH / HARI

1. SYAFIQAH MOHD AFDAL (7) 4/2/08
2. SYAZANA ZAHIDAH BT MOHD UZIR (22) 6/2/08
3. SALEEMAH BT JAMIL (1) 5/2/08
4. ADIBAH BT ARSHAD (23) 11/2/08
5.
6. NUR AFIFAH BT MOHD ALI (19) 13/2/08
7. NUR HAZIQAH BT ZAINAL ABIDIN (7) 14/2/08
8. SITI ZULAIKA BT KHAIRIL ANUAR (16) 18/2/08
9. AUZAIE SHAMSUL BIN MA'ARIF (15) 20/2/08
10.NURUL FATIMAH (16) 21/2/08
11.NOR NAJWA IZZATI BT ABD LATIFF (20) 25/2/08
12.NUR HIDAYAH AB. SUKOR (24) 27/2/08
13.NOOR AMINAH BT KAMILEN (15) 28/2/08
14.NUR FATHIAH BT ABDUL BASIR (7) 3/3/08
15.WAN NUR NABILA LIYANA (24) 5/3/08
16.SITI NAJIEHAH BT MIZAN (22) 6/3/08
17.
18 AIMAN AHMAD BIN MOHAMAD (18) 17/3/08
19.WAN MUHD AZHAN BIN WAN AZMI (4) 19/3/08
20 AHMAD KHALIL BIN MADHADZIR (7) 20/3/08
21.WAN NOR IRA IZATI (5) 24/3/08
22. QURRATU 'AINI BT AMRAN (17) 26/3/08
23.MUHD AFIF BIN MUSTAFFA KAMAL (11) 27/3/08
24. MARYAM BT MOHD SAHAR (5) 31/3/08
25. ADILAH BT MOHD SHA (3) 2/4/08
26.AMIRUL AIZAT BIN ZAINUL AZMI (1) 3/4/08
27.SYAHMI BIN HASRI (5) 7/4/08
28.NUR SUHAILA BT SALEH (23) 9/4/08
29.NUR FARAH FATHIAH BT AZNAM (7) 10/4/08
30.RAHIMAH BT RASHID (20) 14/4/08
31.MOHD ZUBEIR BIN OMAR (18) 16/4/08
32.SARAH ZAKIRAH BT RAZALI (3) 17/4/08
33.MUHAMMAD FARHAN BIN ABDUL AZIZ (22) 21/4/08
34.ABDUL RAFIQ BIN MAT ADMARA (1) 23/4/08
35.NURFARHANA BT AMRAN (3) 24/4/08
36.MOHD MAZRAN BIN NORDIN (23) 28/4/08
37.MUHAMMAD AYMAN BIN A.RASHID (18) 30/4/08
38. SYED AHMAD MUHAJIR BIN SYED ESA (22) 1/5/08
39.ANAS ASNAWI B GHAZALI (23) 5/5/08
40. MUHAMMAD HASIF BIN AZIZAN (2) 7/5/08

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”