[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Khamis, April 23, 2009

Majlis Takrim 2008


Anugerah yang akan disampaikan adalah seperti berikut;

1. Penghargaan "Soleh wa musleh 2008"

semua pelajat tingkatan 5 2008

2. Anugerah tokoh-tokoh cemerlang

Tokoh Andalus (Banin)
Tokoh Andalus (Banat)
Tokoh Daie Berpotensi (Imam)
Tokoh Daie Berpotensi (Dakwah Billisan)
Tokoh Daie Berpotensi (Pengurusan)
Tokoh Daie berpotensi (Penyampai Tazkirah)
Tokoh Daie Berpotensi (Muamalah)

Tokoh Syabab
Tokoh Fatayat
Anugerah Syabab Cemerlang

Tokoh Kepimpinan Persatuan
Tokoh Kepimpinan Sukan
Anugerah Khas (MSSD/MSSN)
Anugerah Khas (Khidmat Masyarakat)
Anugerah Khas (Debat/Pidato)
Anugerah Khas (Harapan Sukan)
Kelab Cemerlang
Tokoh Pustakawan

3.Anugerah Kecemerlangan Akademik

Anugerah Akademik Cemerlang (Ting.1)
Anugerah Akademik Cemerlang (Ting.2)
Anugerah Akademik Cemerlang (Ting.4)

Anugerah Kecemerlangan Akademi SPM 2008 (13A, 11A, 10A, 9A, 8A dan 7A)
Anugerah Kecemerlangan Akademi PMR 2008 (9A, 8A dan 7A)

Anugerah Hafazan Terbaik (Ting. 1)
Anugerah Hafazan Terbaik (Ting. 2)
Anugerah Hafazan Terbaik (Ting. 4)
Anugerah Tahfiz (Ting. 5 Hafal 5 Juzu’ dan ke atas)
Anugerah Akademik Cemerlang PMRI (Mumtaz/Jayyid Jiddan)

4.Anugerah Keseluruhan

Pelajar Mithali
Pelajar Mithaliah

Saksikanlah majlis gilang gemilang bagi menghargai jasa dan sumbangan pelajar Al-amin

"Tahniah kepada semua penerima anugerah, semoga berjaya di dunia dan akhirat ..."


1 ulasan:

jazrul berkata...

tahun mesti ada juga

web design

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”