Assalamualaikum w.b.t
Saya mahu bertanya kepada pelajar yang tidak banyak membaca dan kurang mengulangkaji pelajaran, adakah anda ingin dan minat membaca? tapi bagaimana? Senang saja caranya, anda perlu mengikut langkah di bawah ini;
a) Niat menuntut ilmu sebagai jihad kerana Allah
b) Buat jadual belajar dan aktiviti seharian anda.
b) Tampal di dinding bilik anda.
c) Maklumkan juga kepada ibu bapa anda dan berikan mereka salinan jadual anda itu.
d) Ikut dan patuhi jadual anda walaupun ada subjek yang tidak berapa anda minati.
e) Subjek yang perlu pembacaan dan memerlukan anda mengingat fakta yang banyak, ulangkaji di waktu pagi (sebelum dan selepas subuh), manakala subjek yang banyak pengiraan atau amali lakukan pada waktu tengahari.
f) Baca, fahamkan dan buat peta minda setiap subtopik yang anda ulangkaji.Kemudian cuba jawab soalan pengukuhan.
g)Ajaklah rakan-rakan anda berbincang subjek yang mencabar dan jangan buang masa berborak-borak kosong. bincang masalah utama subjek tersebut dalam kumpulan anda. Jangan buang masa.
h) Tandakan bilangan hari peperiksaan bakal menjelma sebagai amaran berjaga-jaga. Kira hari berdasarkan masa anda belajar, tolak masa tidur,makan, bermain, solat dan sebagainya. Pasti jumlah harinya sudah tinggal tak sampai sebulan.
g) Sentiasa jaga hubungan baik dengan Allah (solat wajib, solat sunat, membaca al-quran dan doa) dan hubungan dengan manusia (ibu bapa, guru dan rakan-rakan).
h)Usaha secara bijak dan tenang. Jangan terlalu panik atau kelam kabut
i) Ingat, Kejayaan anda adalah kejayaan bagi semua (ibu bapa, guru- guru, keluarga dan Sekolah), Kegagalan anda adalah kegagalan semua.
j)sentiasalah berdoa untuk kejayaan diri, guru,keluarga dan rakan- rakan
k) Istiqamah dalam jihad menuntut ilmu ini. InsyaAllah Allah akan memberi kejayaan kepada kita.
...barang siapa yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya daripada jalan yang tidak disangka-sangka.. (maksud ayat al-quran)
...barang siapa yang berusaha dia akan berjaya...(sabda nabi s.a.w)
Sekian selamat berjaya dunia akhirat
Guru anda berpesan
Rabu, Jun 27, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
tidak minat membaca...
teringat kata seorang sahabat...kucing di kantin sekolah jika diajar membaca nescaya akan membaca juga ia, tidak mengiau lagi akan dirinya. melainkan akan berkata-kata akan dirinya. malu kita kalau kucing tahu!
membaca...wajib yang tiada pilihan. jadikan ia sesuatu yang hidup, selagi kita masih bergelar manusia dan bukannya KUCING. Ingatlah kisah manusia agung, Muhammad bin Abdullah...dan jangan diikut iblis yang laknat...berilmu tetapi riak dan penuh kedurhakaan! Ilmu meruntun ego, membesar jiwa, menambah iman, menguat akal, menajam bicara bukan utk menyanggah tetapi untuk kebaikan. Jadilah seperti sebatang pohon jambu, biarpun dibaling dengan batu, ia tetap membalasnya dengan buah, dan bukannya seperti kerengga yang tidak makan jambu, sebaliknya menggigit setiap tangan yang cuba mengambil jambu itu. renung, fikir, insaflah diri...dan JANGAN TIDUR!
Catat Ulasan