a) Nyatakan maksud peribahasa di bawah ini;
i) bagai kucing kehilangan anak
ii) seperti ayam disambar helang
iii) asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
b) Nyatakan peribahasa yang sama maksud;
i) Genggam bara api biar sampai jadi arang
ii) biduk lalu kiambang bertaut
iii) seperti ikan pulang ke lubuk
c) Buat ayat daripada peribahasa ini;
i) atas angin
ii) mendengar guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan
iii) nail seperti semut, turun seperti ribut
d) Nyatakan peribahasa yang sesuai;
i) Zaman darurat amat susah. Keadaan ekonomi meleset dan rakyat tempatan selalu menjadi mangsa kebuluran. Kesusahan hidup pada masa itu sangat membebankan rakyat dan mengorbankan ramai nyawa.
ii) Walaupun cikgu Ali sudah tahu nama pelajar yang datang menemuinya, dia sengaja bertanyakan nama pelajar yang datang berjumpa dengannya.
iii) Zakir selalu berlagak seperti seorang jutawan sedangkan hidupnya sangat susah dan berhutang dengan banyak pihak, dia juga tidak disukai oleh rakan sepejabatnya.
selamat menjawab
Selasa, Oktober 14, 2008
Isnin, Oktober 13, 2008
Latihan Tatabahasa Di ambang SPM: Membina Ayat
a) i) adalah ii) ialah iii) bahawa iv) justeru v) sejurus vi) kendatipun
b) i) imam - iman ii) lambak - lambat iii) serat - sarat
c) i) bersama - bersama-sama ii) lambat - lambat-lambat iii) gila - gila-gila
d) i) bagai - badai ii) rencam - resam iii) melencong - melancong
e) i) main ii) sepermainan iii) pemain iv) main-main v) dimainkan vi) mainan
f) i) batu ii) batu-batu iii) berbatu-batu iv) membatu v) batu-batan vi) batuan
g) i) kerat ii) tahan iii) jalan - (2 ayat setiap satu)
h) i) api - api-api ii) kuda - kuda-kuda iii) langit - langit-langit
selamat mencuba....
b) i) imam - iman ii) lambak - lambat iii) serat - sarat
c) i) bersama - bersama-sama ii) lambat - lambat-lambat iii) gila - gila-gila
d) i) bagai - badai ii) rencam - resam iii) melencong - melancong
e) i) main ii) sepermainan iii) pemain iv) main-main v) dimainkan vi) mainan
f) i) batu ii) batu-batu iii) berbatu-batu iv) membatu v) batu-batan vi) batuan
g) i) kerat ii) tahan iii) jalan - (2 ayat setiap satu)
h) i) api - api-api ii) kuda - kuda-kuda iii) langit - langit-langit
selamat mencuba....
Rabu, Oktober 08, 2008
LatihanTatabahasa : K 2 BM MRSM

dwiklik pada imej untuk paparan lebih jelas

buat soalan ini dan kita akan bincangkan dalam PUI BM minggu depan
selamat mencuba
selamat mencuba
Isnin, September 29, 2008
Salam Lebaran 02: Ustaz Idris Saleh
Ucapan:
Assalamualikum w.b.t kepada semua pelajar SPM terutama pelajar SMIAAG. Pengunjung blog bmmaya ini, begitu juga kepada rakan seperjuangan, sahabat handai, keluarga tersayang, isteri dan anak-anak..
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas segala kesalahan dan dosa terhadap kalian, halalkanlah makan dan minum atau sebarang barang-barang yang terambil.
Bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM saya ucapkan selamat berjaya dengan cemerlang dengan mendapat 1A untuk semua subjek terutama Kertas Bahasa Melayu.
Kalian semua dialu-alukan untuk membuat ucapan selamat hari raya dalam blog ini. Kalau boleh gunakanlah bahasa Melayu Baku (ejaan dan tatabahasa yang betul) dengan menghantar ucapan ke email: ismiaa@gmail.com. Ucapan anda akan disertakan dengan gambar kad raya. (Percuma)
Sekian wassalam;
Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti;
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Sabtu, September 27, 2008
Salam Lebaran 01 : Adilah Mohd Sha (5 SAF)
ucapan:
Assalamualaikum.SELAMAT HARI RAYA kpd sume umat islam...t'utama mak dan ayah serta insan yg m'genali diri ini....x lupe kpd adik2 ting.3 yg t'cinta,SELAMAT MENEMPUH CABARAN PMR!!SELAMAT MAJU JAYA kpd rakan s'perjuangan....wat yg d'best SPM nnt tau....igt!!sijil pelajaran m'sia tau...bukan SIJIL P'MINANGAN MASUK!!....hehehe.... "GAMBARKNLH DLM IMIGINASIMU TTG K'JAYAAN DAN BIARKN IA T'GORES DLM HATI,JDKNLH STIAP K'PUTUSN YG ANDA AMBIL SBG USAHA UTK M'CAPAI K'BAHAGIAAN DGN STIAP CUBAAN AKN T'RASE M'BAHAGIAKN." Mohon maaf zahir n batin kpd s'siape yg pernah d'sakiti dan d'kasari...mak,ayah,cikgu2 SMIAAG yg byk b'korban,kwn2 dar asma' pasir puteh,kwn2 smiaag yg setia serta adik2 usrah akak yg akak igt sokmo....SELAMAT HARI LEBARAN!!...smile olwezz.....
Daripada: Adilah Mohd Sha
Khamis, September 04, 2008
Teruskan perjuangan dalam Jihad menuntut ilmu
Assalamualaikum w.b.t Salam perjuangan, salam Ramadhan buat semua pelajar tingkatan lima SMIAAG, Kalian telah berjaya menjawab Kertas Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu pada hari Rabu (minggu lepas)Rata-rata pelajar yang ditemui mengukirkan senyuman yang lebar kerana soalan percubaan pada tahun ini "mudah". Apa yang menjadi satu keistimewaan pelajar-pelajar Al-amin yang ustaz perasan pada hari tersebut; mereka berdoa beramai-ramai memohon pertolongan ALLAH sebelum melangkahkan kaki ke kelas pepriksaan. Amalan dan budaya ini sangat baik dan terpuji di sisi Islam. Bukan sekadar itu, sebenarnya mereka sudah berdoa sebaik selesai solat-solat yang wajib, solat-solat sunat (tarawikh, hajat, witir). Dalam kelas peperiksaan juga doa-doa terus dipohon ke hadrat ALLAH sehinggalah kertas habis dijawab masih tidak putus-putus doa mencurah-curah dilafazkan secara monolog atau seumpamanya memohon kejayaan gilang gemilang. Jelas di sini bahawa amalan berdoa merupakan sunah yang dituntut kepada semua umat Islam yang inginkan kejayaan di dunia dan akhirat. Selain itu, apa yang penting ialah jangan lupa meminta doa-doa kepada kedua ibu bapa . Doa ibu bapa pastinya menjadi pemangkin kemustajaban doa-doa seorang anak yang soleh. Biarlah air mata ibu dan bapa yang mengalir ketika berdoa ke hadrat ALLAH, kita keringkan dengan "sapu tangan kejayaan" bukannya dengan "kertas keras kegagalan". Maka mahu tidak mahu kita perlu berbuat baik kepada ibu bapa untuk mendapatkan limpahan doa dari keduanya. Hal yang sama juga berlaku; guru-guru kalian tidak henti-henti dan putus-putus membasahi lidah mereka mendoakan kejayaan anak-anak didik mereka. Susah senang dalam peperiksaan adalah asam dan garam yang perlu diterima oleh para pelajar dengan hati yang terbuka serta ikhlas kerana ALLAH. Doa guru juga menjadi salah satu prasyarat kemakbulan doa anak muridnya. Guru hanya penyampai ilmu mewarisi tugas para nabi dan rasul. Kejayaan anda adalah kejayaan, amanah dan tanggungjawab yang dipikul di bahu mereka. Begitulah juga sebaliknya kegagalan kalian adalah sesuatu yang tidak pernah mereka impikan. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa doa guru perlu diraih demi sebuah kejayaan. Selain berdoa dan didoakan, apa yang dicita-citakan hendaklah dilaksanakan atau diusahakan dengan sepenuh jiwa dan raga, disertai roh jihad yang tinggi demi mencari keredhaan ALLAH. Tidak ruginya kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertempur mati-matian dalam jihad menuntut ilmu. Kerana Allah mengganjari pahala dan syurga yang tidak mampu kita bayangkan. Jelas bagi kita, doa tanpa usaha tidak akan membuahkan hasil bak kata pepatah Melayu "yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang". Akhir kalam, ustaz yakin dan percaya bahawa usaha kalian yang bersungguh-sungguh, doa kalian yang tidak putus-putus, doa ibu bapa dan guru yang menghujani siang dan malam, akhirnya dengan izin ALLAH akan membuahkan hasil. Teruskan usaha, jihad, doa dan tawakal kepada ALLAH moga-moga kalian semua menjadi insan soleh wa musleh, berjaya di dunia dan akhirat. Sekian, wassalam |
Jumaat, Ogos 29, 2008
Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-51
Langgan:
Catatan (Atom)


