PENDAHULUAN
Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan
di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan,
pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan
supaya menyertai sekurang-kurangnya satu daripada setiap aktiviti tersebut.
Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan
dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya. Kegiatan
kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar
agak mengecewakan.Oleh itu,terdapat pelbagai langkah dapat menggalakkan pelajar
mengikuti aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan
mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti.
Isi Kandungan : Kepentingan kokurikulum (2
isi)
Antara
kepentingan kegiatan kokurikulum ialah kokurikulum dapat
mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak
mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum,
kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam
kokurikulum. Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan
yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya
terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi
juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili
kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung,
kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili
daerah, negeri, dan kemudiannya negara.
Selain
itu, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting
dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk
apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam
sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya
untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam
pasukan bola sepak. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan
bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai
matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh.
Isi Kandungan : Langkah-langkah menggalakkan pelajar menyertai kokurikulum (2 isi)
Isi Kandungan : Kepentingan kokurikulum (2 isi)
Isi Kandungan : Langkah-langkah menggalakkan pelajar menyertai kokurikulum (2 isi)