[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Jumaat, September 18, 2009

Ucapan Hari Raya




SELAMAT HARI RAYA 'AIDILFITRI

Buat Ayah, emak, isteri, anak-anak dan keluarga

Salam 'Aidilfitri... buat ayah(Saleh B Asmor) emak (Fatimah bt Long) yang telah banyak berkorban mendidik dan memberikan kasih saya kepada saya sehingga saya menjadi insan seperti pada hari ini. Ayah dan mak maafkan segala dosa-dosa saya pada kalian berdua halalkanlah makan dan minium semenjak saya kecil hingga dewasa. Insya Allah saya akan bekerja keras untuk membawa ayah dan mak menunaikan haji di Mekah. Semoga ayah dan mak diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menjadi tetamu Allah.

Begitu juga buat mak mertua(Halimah bt Seman) dan ayah mertua (Che Awang B Che Abas) yang telah banyak berkorban,Maaf zahir dan Batin. Doakan saya dan keluarga berjaya dunia dan akhirat.

Buat isteri tercinta..Che Hadiyalwati bt Che Awang, terima kasih atas sokongan, doa, nasihat dan segala-galanya...kau adalah teman menangis dan ketawa. Kejayaan suamimua adalah kejayaan kita bersama begitulah sebaliknya... maafkan segala dosa-dosa yang terpalit dan halalkan segala-galanya. semoga dikau menjadi wanita solehah yang akan menghuni syurga Allah.

Buat anak-anak tercinta... 'Ibad Alrahman, Sufiah Salsabila, Uwais Al Qarni dan Raudah Al-jannah... maafkan abi atas segala kesilapan dan kealpaan mendidik kalian. Semoga kalian menjadi anak-kanak yang soleh dan solehah.

Buat kakak dan adik-adik, Hayati dan keluarga, Hanidah dan keluarga, Daud, Ismail, Yusuf dan keluarga dan Hidayah..Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin. Begitu juga buat adik-adik ipar Che Hasmawati dan Keluarga, Che Hasniwati dan keluarga, Che Haslinawati, Ida sekeluarga, Nurul, Aisyah, Mohd Iqbal, Mohd Iqram dan Mohd Baihaki.


Buat guru-guru yang mengajarku

Salam 'Aidilfitri... terima kasih atas limpahan ilmu yang telah kalian berikan...semoga kalian mendapat tempat di syurga Allah.


Buat Semua Pelajar Tingkatan 5 SMIAAG

Teruskan perjuangan untuk berjihad menuntut ilmu. Ramadhan mentarbiyah kita untuk menjadi umat Islam yang kuat, rajin, bersemangat dan berani untuk menegakkan agama Allah. Maafkan Ustaz atas segala-galanya, halalkan makan dan minum. Semoga kalian dapat meraih kejayaan gilang gemilang dalam SPM 2009 nanti... doa dari ustaz juga agar kalian semua menjadi pejuang-pejuang Islam yang hebat pada masa depan menjadi pemimpin-pemimpin negara yang bertaqwa. Amin...


Buat Semua Pelajar / bekas Pelajar SMIAAG

Salam Aidilfitri buat warga al-amin Maafkan Ustaz atas segala-galanya, halalkan makan dan minum. Antum adalah pelajar yang cemerlang dan pasti akan berjaya. Semoga menjadi pejuang-pejuang Islam yang hebat pada masa depan yang akan membawa cahaya iman dan Islam dalam kegelapan masyarakat moden.


Buat guru-guru / bekas guru-guru, sahabat perjuangan;

Salam 'Aidilfitri buat sahabat seperjuangan guru lelaki... Us Mohd Firdaus b Mohd Disa, Us Muhammad Usman b Abdullah, Us Abdul Arazek El Monem Abd Razek, Us Hasnan b Abu Bakar, Azhan Rashid b Senawi, Us Nazrin b Elias, Us Mohd Zamri b Ramli, Us Abi Yazid b Tukiran, Us Ayub b Husain,Us Isharuddin b Ismail, Us Abdul Aziz b Sheikh Ahmaddan Us. Shahrul Nizam b Shahdan, Us Zaki b Mokhtar dan Us Mohd Shakir Nurul Habib.

Tak lupa juga guru -guru perempuan Ust Zarotul Aini bt Zakaria, Ust Norlatipah bt Hassan@Yahya, Ust Norhafizah bt Abdul Ghani, Ust Masniah bt Said, Ust Ema Zarina bt Abu Zarin, Ust Rosmalena bt Zainuddin, Ust Norsakinah bt Abdul Samad, Ust Mardiana bt Mat Ishak, Ust Nurhayati bt Hasim, Ust Fatimah Az-Zaharah bt Nordin, Ust Noor Fadzilah bt Mohd Radzi, Ust Nurhani bt Yusof, Ust Sapinah bt Hamzah, Ust Zalina bt Mohamad Ali, Ust Hasnah bt Mohd Akil, Ust Azziah bt Harun, Ust Nor Syima bt Mohd Sati, Ust Nurul Arsyiah bt Abdul Halim, Ust Masitah bt Sheikh Omar, Ust Norazizan bt Abu Mansor, Ust Norma bt Ismail, Ust Alia bt Md Nazir, Ust Wasitah bt Hassan, Ust Hawa Yasmin bt Salleh, Ust Rushida bt Abdul Gani, Ust Nik Wan Nur Najmah bt Wan Ramli, Ust Zaimah bt Yaha, Ust Sabaria bt Rasing dan lain-lain (maaf tak ingat nama)

Teruskan perjuangan kalian demi jihad memperjuangkan Islam. Keringat dan air mata yang menitis di bumi Allah saban hari dan waktu kalian berada di al-amin, InsyaAllah akan dibayar oleh Allah dengan syurga yang di dalamnya mempunyai sungai-sungai yang mengalir dengan pelbagai nikmat yang tiada tandingannya di dunia ini. Maafkan saya kerana selalu menyusahkan kalian, maaf atas bicara, tingkah laku dan pergaulan. halalkan makan dan minum dan segala-galanya. Semoga kalian menjadi mujahid dan mujahidah yang diberikan syurga oleh Allah


Buat Semua/bekas kakitangan (pejabat,pusat sumber, ICT,kantin, makmal dll);

Salam 'Aidilfitri ...Pn Rita Rosminah bt Mohd Ayob, Pn Nurhidayani bt Abd Ghani, Ust Norlatipah bt Hassan @ Yahya, Pn Salinawati Alang Ahmad(ICT), Pn Nurul Huda bt Fauzi, En Nazarrudin b Mustafa(makmal), En Rushdi (makmal), En Shahrul Nizam En Mohd Syariffudin b Abu Kassim(makmal) ...maaf atas segalanya, halalkan makan dan minum dan doa dari saya semoga kalian akan terus bejaya dalam hidup di dunia dan akhirat.


Buat Pengetua dan lembaga;

Salam 'Aidil fitri...Ampun dan maaf saya hukurkan atas segala kesilapan dan dosa saya terutama kepada Pengetua Tuan Hji Mohd hasni Mohammed dan semua ahli lembaga Hj Shaharom,Hj Omar, Hj Mohammad Aris, Hj Tuan Yaacob, Us. Md. Zubir,, Hj Othman, En. Wan Muhamad Wan Faridah, Hjh Wardah, Prof. Madya Dr Salwani,Hjh Zalmiah, Ir Hj Indera Luthfi, Prof Dr Mohamed Ridza. Dr. Faridah. Halalkan makan, minum dan gaji yang saya terima sepanjang berkhidmat 8 tahun di Al-amin. Doa saya semoga kalian terus dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan agar dapat memimpin al-amin ke puncak jaya. Jasa kalian pasti diganjari Allah.. syurga. Amin


Buat Semua Pengunjung Blog di seluruh dunia (Muslim)

Salam 'Aidil fitri... terima kasih kerana memberikan sokongan yang padu kepada blog ini. Teristimewa buat pengikut setia... kalian adalah pencinta ilmu dan pejuang bahasa Ibunda yang tercinta... jadikanlah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa untuk menyebarkan kebenaran dan menangkis kebatilan...


Terima kasih sekali lagi
kepada semua yang menaikkan
nilai blog bmmaya ini
bernilai

$1518.4 USD (terkini)

DENGAN JUMLAH PELAWAT SETAKA CATATAN INI DIBUAT SERAMAI

75,510 ORANG

lihat imej di bawah


dwiklik pada imej untuk paparan lebih jelas
atau
layari : http://www.websiteoutlook.com/www.bmmaya.blogspot.com

NANTIKAN IMEJ DAN REKA BENTUK TERBARU ..

WWW.BMMAYA.BLOGSPOT.COM
PADA: 1 OKTOBER 2009


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


Selasa, September 01, 2009

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009
KEPADA SEMUA PELAJAR SPM SMIAAG
DAN
SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 DI MALAYSIA





TERUSKAN MEMECAHKAN REKOD BARU BM SPM DI AL-AMIN
DALAM SPM 2009
ANDA PASTI BOLEH MELAKUKANNYA

GPK BM SPM 2009 = 1.0


INSYAALLAH BERJAYA..
AMIN YA ALLAH


SEMOGA KALIAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”