Jumaat, Ogos 29, 2008
Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-51
Selamat Menyambut Ramadhan dan Peperiksaan Percubaan SPM 2008
Isnin, Ogos 25, 2008
Untukmu Palestin (For You Palestine)
Artis: Raihan
Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh
Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah
Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin...
Palestin...
renungkanlah insan...
Asal usul Melayu terus dikaji
TELITI memeriksa serpihan artifak. Pulau Kalumpang dipercayai penempatan pertama manusia prasejarah MENELUSURI asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah. Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas. Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia. Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu. Wartawan Berita Minggu berpeluang mengikuti satu kajian lapangan oleh pakar arkeologi, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang kini mengkaji penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni manusia di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak. DR NIK Hassan bersama kumpulan pengkaji melakukan kerja cari gali artifak di Pulau Kelumpang. Memang banyak negara yang mempunyai kawasan bakau seperti India, Kemboja dan Afrika tetapi hanya di Malaysia dikesan mempunyai kesan peninggalan penempatan manusia prasejarah. Kerja mencari gali dimulakan pada 1987 selama dua tahun dan dihentikan sebelum dimulakan semula sejak Mei lalu. Hasil kajian pertama, Prof Nik Hassan menemui 11 rangka manusia prasejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ. Manusia prasejarah itu dikatakan menanam mayat di bawah rumah mereka kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia, gigi yang dipercayai manusia yang hidup di abad kedua Sebelum Masihi hingga 10 Masihi. "Kajian ini lebih menjurus kepada mengesan siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Kami percaya penempatan ini didiami sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mungkin juga mereka keturunan India, Sumatera atau Orang Laut. "Mereka lebih terbuka kepada hubungan luar berbanding Melayu yang tinggal di pedalaman. Bukti gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka orang Melayu dan penemuan serpihan tembikar, manik menunjukkan mereka berhubung dengan dunia luar," katanya. Menariknya, Pulau Kalumpang yang jaraknya kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Gula, mempunyai tujuh kawasan penempatan yang mempunyai keluasan dua kilometer. Pulau itu juga mempunyai banyak pokok buluh yang sememangnya diakui tidak akan tumbuh di kawasan bakau. Pokok buluh itu hidup subur dipercayai ditanam dengan tujuan pelbagai guna untuk membuat rumah, senjata dan alat menangkap ikan. Selain itu, penemuan kerang pelbagai jenis menunjukkan penduduk di situ sememangnya menjadikan hasil laut sebagai makanan utama. Penduduk tempatan menggelar pulau itu sebagai Pulau Kota Kerang, ada yang memanggilnya Pulau Buluh. "Berdasarkan penemuan di pelbagai peringkat lapisan tanah, jelas menunjukkan diet makanan mereka juga berubah mengikut zaman. Kami menemui tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk, mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama. "Persoalannya ialah bagaimana mereka hilang atau berpindah, kami tidak pasti dan sedang mengkaji," katanya. Ketika ini, Prof Nik Hassan dan pasukannya sudah menemui 50 jenis kerang pelbagai saiz yang jelas membezakan perubahan makanan penduduk di situ. Cara hidup mereka boleh dinilai berdasarkan sisa makanan yang ditemui. Apa yang pasti, pasukannya gigih menjalankan kajian sama ada penempatan di situ mempunyai kaitan langsung dengan orang Melayu yang tinggal berhampiran di Kuala Sepetang, Kuala Gula atau Kuala Kurau dan ia perlu dipastikan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA). Info: Tapak Arkeologi Pulau Kalumpang Pulau Kelumpang -Mempunyai tujuh kawasan (Pulau Satu hingga Pulau Tujuh) seluas dua kilometer -Pulau Satu hingga Pulau Lima adalah kawasan utama kajian -Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan Pulau Selinsing -Tapak itu diwartakan sebagai Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi sebagai perkuburan prasejarah pada 15 Julai 2007. -Pemetaan dan sukatan geografi mula dijalankan di situ pada tahun 1988. |
Sumber: http://www.bharian.com.my (25 Ogos 2008)
Sejarah Jalur Gemilang
JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan. Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang. Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950. Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu. Mohamed Hamzah Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya. Jalur Gemilang dalam catatan sejarah 1. Pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo membawa Jalur Gemilang merentasi Cape Leeuwin di Australia, South Cape di New Zealand, Cape Horn di Amerika Selatan, Kepulauan Fernando de Noronha di Lautan Atlantik dan Cape of Good Hope di Afrika Selatan. 2. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi 8,848 meter diseliputi salji selepas kira-kira dua bulan mendaki. 3. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007. 4. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008. Beliau sebelum ini pernah memenangi emas pada Sukan Komanwel 2006. Fakta Jalur Gemilang Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Maksud lambang dan warna; - Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini. - Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara. - Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara. |
Rabu, Ogos 20, 2008
Selamat Hari Lahir 5 SAF
Selasa, Ogos 19, 2008
5 sekolah Selangor dapat pengiktirafan
Sekolah terbabit ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya, Shah Alam; SMK Taman Dato’ Harun; SMK Taman Medan dan SMK (P) Taman Petaling, Petaling Jaya. Penganugerahan sijil itu disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam kepada pengetua sekolah terbabit dalam satu majlis di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Berucap pada majlis itu, Ismail berkata, seramai 8,235 pelajar dari 29 sekolah menengah seluruh negara terbabit dalam program rintis Excel yang diperkenalkan tahun ini bermatlamat meningkatkan kefahaman tentang produktiviti, kualiti dan kepentingan daya saing negara kepada pelajar.
Katanya, pelaksanaan program selama enam bulan mulai Februari lalu itu turut mendedahkan pelajar amalan produktif, selain teknik bersesuaian pelaksanaan projek kecemerlangan pembelajaran berlandaskan penambahbaikan berterusan. “Saya yakin program ini membantu menjadikan suasana pembelajaran di sekolah lebih selesa dan menarik, sekali gus menjana minda pelajar supaya lebih produktif dan berdaya saing.
“Malah, kejayaan lima sekolah mendapat pensijilan 5S akan dijadikan penanda aras dan contoh kepada sekolah lain,” katanya. Program Excel memerlukan sekolah melaksanakan projek persekitaran berkualiti dan penambahbaikan proses mewakili 90 peratus daripada keseluruhan program, manakala 10 peratus lagi projek penambahbaikan dan inovasi.
Sistem 5S atau Seiri - Sisih; Seiton - Susun; Seiso - Sapu; Seiketsu - Seragam dan Shikutse - Sentiasa Amal - adalah sistem amalan diadaptasikan dari negara matahari terbit, Jepun yang memfokuskan usaha mewujudkan persekitaran berkualiti di sesebuah organisasi.
Cetak artikel Hantar
Sumber: www.bharian.co.my (19 Ogos 2008)
Anak-anak didikku: BM SPM 2008
Selasa, Ogos 12, 2008
Sajak: Cangkir ilmu
Cangkir ilmu lambang perjuangan insan yang dahagakan ilmu dalam pengembaraan hidup di padang pasir kehidupan kering kontang Cangkir ilmu kami menadah cangkir yang kosong bersih dan suci dengan tulus nawaitu mencari redha Allah supaya ilmu yang bertakung memenuhi cangkir ini agar dapat diteguk sebagai pemusnah dahaga kejahilan menyemarakkan tenaga keimanan Cangkir ilmu datang daripada hati suci yang menandah datang daripada jiwa jernih yang mencurah bila diteguk sejuk bersalju terasa resapan din keseluruh tubuh mencetus rohani taqwa menjana minda bijaksana meletuskan jiwa merdeka memperkasa zahir bertenaga melantangkan suara bicara agar Allah dan Rasul-Nya dijulang setinggi angkasa raya Cangkir ilmu antara kejahilan dan wahyu antara jahat dan jihad antara redha dan paksa antara surga dan neraka pilihan di tangan anda... oleh: Sutera Biru Ogos 2008 |
Latihan PUI BM siri 05/08
Jawab soalan Kertas 2 dari tahun 2004-2007, SPM 1, SPM 2 dan Ramalan SPM a) Soalan 2 a, 2 b, 2 c dan 2 d sahaja Selamat bercuti dan selamat menjawab... "Pucuk dicita ulam mendatang" "Orang mengantuk disorongkan bantal" "Kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan" |
Sabtu, Ogos 09, 2008
Sajak daripada Anak didikku: Rahman D
Landasan Impian Nyata II (Buat bumi Al-aqsa aku berbicara) Pengembaraan musafir derita di bumi Al-Aqsa melakarkan tinta pudar pada kertas hati. Tulisannya sarat kesengsaraan tenat ceritanya terbias wajah ketakutan dahsyat. Ruang damai sudah dikoyak daripada kamus hayat mereka hanya tinggal harapan tidak bernoktah. Suatu hari pasti warna damai kembali bersinar Rahsia Lautan Apabila kulontarkan pandangan ke wajah lautan membiru bergumam hati kecil menafsirkan keindahan yang terenap di balik madah agung penciptaan. Ya Rabb, hadirkan daku cebisan waktu buat kurentangkan jejak kembara di dasar lautan-Mu yang menzahirkan pelangi keunikan menjawab keliru yang bertandang melihat kebesaran alam ciptaan Al-khaliq. Kerlipan mutiara rahsia sudah kutemui di dalam batu keinsanan harganya adalah ketundukan manusiawai sejalur persepsi diri. Aku terpana, lautan bergelumang sejilid misteri. Abadi, sekadar mampu terpandang oleh mata hati Hasil karya: Rahman D University of alexandaria Egypt Alumni SMI Al-amin Gombak (G13) |
Selasa, Ogos 05, 2008
Al-fatihah buat Guruku:S Othman Kelantan pulang ke rahmatullah
KUALA LUMPUR, 31 - Negara kehilangan seorang lagi tokoh sastera apabila Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali sebagai S Othman Kelantan pulang ke rahmatullah pada jam 12.05 tengah malam tadi di Hospital Serdang. Difahamkan arwah mengalami sakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah. Menurut anak arwah, S M Zakir, jenazah ayahnya akan dikebumikan pada pagi ini. "Jenazah berkenaan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor," katanya. Beliau telah mengajar Ustaz dalam bidang sastera ( pengajian media) terutama dalam pembikinan cerpen dan novel di Universiti Malaya pada tahun 1998. Tunjuk ajar beliau menjadikan ustaz seorang guru bahasa Melayu di SMI All-amin dan meminati cerpen dan novel. Sepanjang belajar dengan beliau, ustaz telah menghasilkan 5 buah cerpen dan sebuah novel "Siapa Suruh Masuk Tentera" yang akan diolah semula dan dicetak pada tahun hadapan. Semoga arwah beliau dirahmati Allah dan diletakkan bersama roh para syuhada yang menegakkan islam dengan mata pena. Amin... Biodata S Othman kelantan Berikut adalah serba ringkas biodata Syed Othman Syed Omar atau S Othman Kelantan. S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA. Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM). S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja. Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian. Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina. Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan. Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa). Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). sumber: harakahdaily.net |