SAYA tertarik dengan pandangan Dr Sharifudin Lubis dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia berhubung kepiluan Prof Dr Teo Kok Seong mengenai masa depan bahasa Melayu, di akhbar ini, kelmarin. Analisis Dr Sharifudin memang bernas dan mempunyai mesej jelas. Saya juga bersetuju dengan keluhan Prof Teo yang begitu cekal memperjuangkan bahasa Melayu. Saya melihat bahasa Melayu kini semakin terpinggir bukan saja di Malaysia, malah di Nusantara atau alam Melayu. Apa yang menarik seperti pandangan Dr Sharifudin, masyarakat bukan Melayu lebih memberikan perhatian mengenai nasib dan masa depan bahasa Melayu berbanding orang Melayu. Barangkali orang Melayu berminat menjadi ‘orang putih’ dan tanpa mereka sedari meminggirkan bahasa sendiri sebagai bahasa kebangsaan negara. Saya risau mengenai kemunduran dan kelesuan bahasa Melayu yang semakin hari dianaktirikan oleh masyarakat Malaysia, terutama orang Melayu. Saya teringat ucapan Raja Muda Perak, Dr Raja Nazrin Shah dalam satu Seminar Bahasa Rojak yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebelum ini. Titah baginda bahawa rakyat Malaysia perlu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Mesej itu masih segar dalam ingatan saya, walaupun ia tidak diberikan liputan media secara meluas ketika itu. Dalam kes terbaru, mungkin Bank Pertanian mahu memberikan satu kemegahan baru kepada institusi berkenaan sehingga mereka ‘terlupa’ mengenai Perkara 152. Apa yang menghairankan saya ialah DBP juga leka dalam menjalankan peranan ‘menasihati’ AgroBank. Sebagai ahli antropologi sosial, saya tetap mengambil berat kegiatan yang berlaku dalam kehidupan serta persekitaran manusia dan masyarakat. Sekiranya masyarakat Malaysia masih memandang rendah mengenai martabat bahasa Melayu, nescaya 50 tahun kelak, bahasa Melayu akan hilang di rantau alam Melayu. Sama-sama kita fikirkan natijahnya. Oleh itu, peranan semua ahli masyarakat amat penting untuk memperkasa dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan negara. Justeru, DBP perlu menerima hakikat dan cabaran dihadapi dalam usaha memajukan bahasa Melayu. Sekiranya semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing, hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2020 pasti tercapai dengan jayanya. DR SARJIT S GILL, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia. sumber: berita harian online |
Jumaat, April 25, 2008
Bahasa Melayu dipinggir bangsa sendiri
Jumaat, April 18, 2008
PROMOSI: Majlis Apresiasi Seni Al-Amin 2008
Tarikh: 19 April 2008
Masa: 8.15 - 11.30 malam
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Teknik, Gombak
Persembahan daripada para pelajar SMIAAG:
Nasyid (tiga bahasa)
Sketsa
deklamasi sajak ( dwibahasa)
Choral speaking (tiga bahasa)
tayangan video
bercerita
Kumpulan Jemputan:
Kumpulan Dikir Barat (Sriaag)
Kumpulan Damascus & MIRWANA
Dapatkan tiket-tiket Majlis Apresiasi Seni Al-Amin 2008 dengan segera!
Dimaklumkan bahawa harga tiket adalah sepert berikut:
i) murid sek rendah/menengah/alumni: RM5
ii) dewasa/ibu bapa : RM10
iii) kanak-kanak di bawah umur 6 tahun/ semua guru SMIAAG : Percuma
Cara untuk membuat tempahan tiket:
a) hubungi @ sms ke talian : 013-2202776/ 017-2417007/ 017-3475087
b) emelkan kpd: saifulislam12@gmail.com
c) berjumpa terus dengan ejen-ejen murid dan ajk wafdul Amin yang dilantik
Nota:
1) Jangan lepaskan peluang berharga ini kerana hanya 600 tempat duduk sahaja akan disediakan buat para penonton yang bertuah.
2) Tiket yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan semula
3) Tiket yang ditempah hanya akan diserahkan kepada penonton selewat-lewatnya 1 hari sebelum berlangsungnya MASA '08
4) Simpan tiket anda sepanjang persembahan untuk acara cabutan bertuah.
Sila dapatkan tiket anda daripada urusetia kami yang mesra dan berdedikasi seperti di bawah:
Masa: 8.15 - 11.30 malam
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Teknik, Gombak
Persembahan daripada para pelajar SMIAAG:
Nasyid (tiga bahasa)
Sketsa
deklamasi sajak ( dwibahasa)
Choral speaking (tiga bahasa)
tayangan video
bercerita
Kumpulan Jemputan:
Kumpulan Dikir Barat (Sriaag)
Kumpulan Damascus & MIRWANA
Dapatkan tiket-tiket Majlis Apresiasi Seni Al-Amin 2008 dengan segera!
Dimaklumkan bahawa harga tiket adalah sepert berikut:
i) murid sek rendah/menengah/alumni: RM5
ii) dewasa/ibu bapa : RM10
iii) kanak-kanak di bawah umur 6 tahun/ semua guru SMIAAG : Percuma
Cara untuk membuat tempahan tiket:
a) hubungi @ sms ke talian : 013-2202776/ 017-2417007/ 017-3475087
b) emelkan kpd: saifulislam12@gmail.com
c) berjumpa terus dengan ejen-ejen murid dan ajk wafdul Amin yang dilantik
Nota:
1) Jangan lepaskan peluang berharga ini kerana hanya 600 tempat duduk sahaja akan disediakan buat para penonton yang bertuah.
2) Tiket yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan semula
3) Tiket yang ditempah hanya akan diserahkan kepada penonton selewat-lewatnya 1 hari sebelum berlangsungnya MASA '08
4) Simpan tiket anda sepanjang persembahan untuk acara cabutan bertuah.
Sila dapatkan tiket anda daripada urusetia kami yang mesra dan berdedikasi seperti di bawah:
1) Aiman Ahmad - tingkatan 5 SAF 2)
Qurratu Aini - tingkatan 5 Saf
3) Nur Haziqah - tingkatan 5 Saf
Rabu, April 09, 2008
Peguam Syarie Menulis: Penerbit Fitna putar belitkan ayat al-Quran
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim (bharian online)
PENYIARAN filem pendek Fitna yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama keganasan dan mengajar keganasan dibantah seluruh umat Islam di dunia. Hasil kerja seorang ahli parlimen Belanda, Gert Wilders atas nama kebebasan bersuara membawa satu agenda jahat memburukkan Islam dan menimbulkan keresahan dalam perhubungan antara agama. Gert Wilders Bagi yang prihatin, keharmonian antara penganut agama adalah suatu yang suci dan perlu dijaga. Justeru, umat Islam di beberapa negara menunjukkan bantahan terhadap penyiaran itu dengan pelbagai cara menzahirkan penentangan serta rasa tidak setuju terhadap penyiaran filem pendek itu. Kita tidak menghalang kebebasan bersuara tetapi kita menentang penyalahgunaan kebebasan itu sehingga memburukkan agama lain termasuklah Islam. Sesetengah negara Islam menunjukkan bantahan terhadap kebiadaban itu dengan tindakan memboikot barang dihasilkan dari Belanda. Kita bersetuju dengan pemboikotan, semoga ia memberi kesan halus kepada mana-mana pihak bahawa keharmonian antara agama di seluruh dunia perlu dipertahankan. Usaha memburukkan Islam dengan memetik beberapa ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam mempertahankan diri apabila diperangi dijadikan dasar bahawa Islam menyuruh penganutnya berlaku ganas. Ia akhirnya boleh membawa kepada perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam dan merebak sehingga menghasilkan perasaan benci pula kepada umat Islam. Jika diperhatikan, bermula dengan peristiwa 11 September 2001 iaitu serangan ke atas Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di New York sehinggalah pengeboman 7 Julai 2005 di London, kemudian di Mesir, Turki, diikuti beberapa insiden di seluruh dunia, meninggalkan titik hitam kepada sejarah tamadun moden manusia. Simptom 'Islam-phobia' atau ketakutan kepada Islam dan umatnya disebarkan dan Muslim terus dipersalahkan serta terus dikaitkan dengan keganasan yang berlaku. Penyiaran filem pendek Fitna adalah kesinambungan menyalahkan umat Islam atas keganasan yang berlaku dan dasar analisis mereka adalah Islam mengajar umatnya berbuat begitu. Selama bertahun lamanya, media Barat menunjukkan imej negatif mengenai orang Islam sebagai pengganas dan masyarakat belum bertamadun. Bahkan, atas alasan menangani keganasan jugalah Amerika masuk dan menyerang Afghanistan serta Iraq. Adakah benar Islam mengajar keganasan? Apakah benar umat Islam orang yang keras dan ganas kerana agama mendidiknya begitu? Apakah Islam mengamalkan sikap tertutup sehinggakan umatnya tidak boleh duduk semeja untuk berbincang atau berdialog dengan lain-lain agama? Islam adalah agama mengajak kepada perdamaian dan hidup secara harmoni. Bukan saja kepada sesama pengikutnya bahkan seluruh makhluk yang wujud di alam ini. Perkataan Islam itu sendiri datangnya daripada kalimah 'salama' yang bermaksud aman, sejahtera, patuh dan penyerahan diri. Perasaan toleransi sesama manusia juga menjadi tumpuan penting dalam ajaran Islam. Islam tidak menganjurkan keganasan dan tidak mengajar umatnya membenci penganut agama lain sebagaimana digambarkan media barat dan filem Fitna itu. Bahkan, umat Islam diminta untuk berurusan secara harmoni dengan bukan Islam dan melayani mereka dengan baik. Islam turut menyentuh umatnya beramal dengan sifat lemah lembut, berbincang dan berdialog dengan baik, waras dan tersusun. Islam turut menekankan konsep persaudaraan dan ukhuwah yang baik. Allah sendiri bersifat dengan sifat mutlak yang Maha Pengampun, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani terhadap hamba-Nya. Allah tidak menyuruh umat Islam melakukan keganasan, begitu juga al-Quran mengajar setiap kita mempunyai maruah, harga diri dan kesabaran kita juga ada tahapnya. Apabila agama dan maruah umat Islam dicerobohi dan diperangi, kita berhak mempertahankan diri. Apakah mungkin apabila harta benda kita dirompak, kita hanya berdiam diri dan melihat saja? Apakah mungkin apabila anak perempuan kita dirogol, kita melihatnya dengan pandangan sayu tanpa bangun mempertahankan hak? Adalah suatu yang tabii bagi insan untuk bertindak apabila hak dan harga dirinya dicabuli. Dalam hal ini, apabila Islam diperangi, maruah agama dicemari, maka Islam meletakkan peruntukan bahawa umat Islam boleh bangun bertindak apabila agama dan maruah diri dicabul. Namun begitu, kita dilarang mengikut emosi membabi buta dan melampaui batasan. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan perangilah mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Kerana Allah menyukai orang yang tidak melampaui batas." - (Surah al-Baqarah, ayat 190) Ini menunjukkan ayat al-Quran yang dipetik dalam filem Fitna sebenarnya menyentuh mengenai peruntukan mempertahankan diri selepas kita diperangi. Penerbit filem itu silap kerana menjadikan ayat ini sebagai dasar hujahnya bahawa Islam sebenarnya menggalakkan umatnya memerangi dan melakukan keganasan. Jika dirujuk kepada sejarah silam, Rasulullah SAW menekankan konsep bermaafan, lemah lembut, menjaga akhlak dan tingkah laku hatta ketika berada di medan perang. Apabila Baginda SAW menghantar tentera mempertahankan maruah agama, Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud: "Janganlah kamu membunuh orang tua yang uzur dan jangan kamu membunuh kanak-kanak kecil dan wanita dan janganlah melampaui batas. Kumpulkanlah harta perang, buatlah kebaikan, berlaku ihsanlah sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat ihsan." - (Hadis riwayat Abu Daud) Islam adalah ajaran yang positif, bersifat terbuka dan menggalakkan perdamaian serta kemaafan. Keterbukaan Islam ditunjukkan apabila Islam bukan saja menganggap semua Muslim sebagai saudara, bahkan Islam turut bersedia menerima orang bukan Islam yang tidak membenci dan memerangi Islam sebagai umat yang satu dan hidup bersama secara harmoni. Islam juga melarang sama sekali umatnya memburukkan agama lain dan menghina tuhan agama lain kerana ia boleh membawa tindakan balas sehingga Allah pula dihina oleh penganut agama lain. Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina Jesus yang dimuliakan orang Kristian, begitu juga Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina Gautama Buddha, menghina mana-mana agama tetapi mengajak perbincangan ke arah keharmonian hidup sesama insan. Apa yang diketengahkan adalah perbincangan, dialog perbandingan agama dengan mengemukakan hujah dan keterangan mengenai kebenaran Islam tanpa menghina mana-mana agama. Oleh itu, adalah silap mana-mana pihak menganggap Islam ajaran mengajak kepada keganasan dan kekerasan, sedangkan Islam menganjurkan perdamaian, ketulusan hati, kemaafan, toleransi dan lemah lembut dalam melayani sesama manusia. Penulis adalah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com |
Langgan:
Catatan (Atom)