Assalamualaikum w.b.t
Saya mahu bertanya kepada pelajar yang tidak banyak membaca dan kurang mengulangkaji pelajaran, adakah anda ingin dan minat membaca? tapi bagaimana? Senang saja caranya, anda perlu mengikut langkah di bawah ini;
a) Niat menuntut ilmu sebagai jihad kerana Allah
b) Buat jadual belajar dan aktiviti seharian anda.
b) Tampal di dinding bilik anda.
c) Maklumkan juga kepada ibu bapa anda dan berikan mereka salinan jadual anda itu.
d) Ikut dan patuhi jadual anda walaupun ada subjek yang tidak berapa anda minati.
e) Subjek yang perlu pembacaan dan memerlukan anda mengingat fakta yang banyak, ulangkaji di waktu pagi (sebelum dan selepas subuh), manakala subjek yang banyak pengiraan atau amali lakukan pada waktu tengahari.
f) Baca, fahamkan dan buat peta minda setiap subtopik yang anda ulangkaji.Kemudian cuba jawab soalan pengukuhan.
g)Ajaklah rakan-rakan anda berbincang subjek yang mencabar dan jangan buang masa berborak-borak kosong. bincang masalah utama subjek tersebut dalam kumpulan anda. Jangan buang masa.
h) Tandakan bilangan hari peperiksaan bakal menjelma sebagai amaran berjaga-jaga. Kira hari berdasarkan masa anda belajar, tolak masa tidur,makan, bermain, solat dan sebagainya. Pasti jumlah harinya sudah tinggal tak sampai sebulan.
g) Sentiasa jaga hubungan baik dengan Allah (solat wajib, solat sunat, membaca al-quran dan doa) dan hubungan dengan manusia (ibu bapa, guru dan rakan-rakan).
h)Usaha secara bijak dan tenang. Jangan terlalu panik atau kelam kabut
i) Ingat, Kejayaan anda adalah kejayaan bagi semua (ibu bapa, guru- guru, keluarga dan Sekolah), Kegagalan anda adalah kegagalan semua.
j)sentiasalah berdoa untuk kejayaan diri, guru,keluarga dan rakan- rakan
k) Istiqamah dalam jihad menuntut ilmu ini. InsyaAllah Allah akan memberi kejayaan kepada kita.
...barang siapa yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya daripada jalan yang tidak disangka-sangka.. (maksud ayat al-quran)
...barang siapa yang berusaha dia akan berjaya...(sabda nabi s.a.w)
Sekian selamat berjaya dunia akhirat
Guru anda berpesan
Rabu, Jun 27, 2007
Mengapa Tidak Minat Membaca?
Tarikh Penghantaran Tugasan PUI BM 2007
Assalamualaiku w.b.t
Pemakluman Penting.
a) Semua tugasan pembentangan PUI Bahasa Melayu hendaklah dihantar pada atau sebelum 16 Julai 2007.
b) Perkara yang perlu dihantar adalah seperti berikut;
i)Tumbe drive/CD- yang mengandungi fail tugasan
ii) Peta minda ringkas setiap sub topik
iii) Senarai peralatan yang diperlukan untuk pembentangan
c) semua tugasan hendaklah dilabelkan dengan nama kumpula, nama ketua dan ahli.
d) sebarang permasalahan hendaklah diajukan secara terus kepada guru anda atau melalui penulisan di alamat email; ismiaa@gmail.com atau ismiaa@yahoo.com atau sms di taian; 019-3939839 atau komen dalam laman Kelas Bahasa Melayu Maya ini
Selamat menjalankan tugas.
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"
Sekian, wassalam

Latihan Tatabahasa 2
1. Buat ayat daripada perkataan di bawah; (6 markah)
i) tegal
ii) tegar
iii) tekal
iv) tenar
v) tegap
vi) tekad
2. Tukar ayat pasif kepada ayat aktif (6 Markah)
i) LatihanMatematik mesti kita siapkan sebelum ayah balik
ii) Gunung Tahan akan kami daki pada cuti sekolah akan datang.
iii) Bola sepak dimainkan oleh mereka di kawasan tanah terbiar di belakang rumah kami
3. Buat ayat daripada peribahasa di bawah ini; (6 markah)
i) Alah membeli menang memakai
ii) Ada rupa ada harga
iii) Tiada rotan, akar pun berguna

Latihan Komsas 1
Berdasarkan novel Konserto Terakhir atau Bukit Kepong, jawab soalan di bawah ini;
Latihan 1
a) Nyatakan Jasa penulis kepada masyarakat berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari (7 Markah)
b)Terangkan perwatakan utama bagi sebuah novel yang anda kaji (8 markah)
Latihan 2
a) Bincangkan kritikan penulis terhadap kepincangan masyarakat (7 Markah)
b) Berikan empat nilai murni yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari (8 markah)
Latihan 3
a) Mengapakah pembaca memberikan perhatian kepada watak utama dalam sesebuah novel?
Berikan pendapat anda berdasarkan novel yang anda baca. (7 markah)
b) Huraikan empat latar tempat dalam novel yang anda kaji. (8 markah)
selamat menjawab

Isnin, Jun 25, 2007
Kumpulan Bahasa Melayu Maya T5
Sekiranya anda pelajar tingkatan 5 SMIAAG, sila klik pada "ahli kumpulan" di bawah untuk masuk ke Kumpulan Kelas Bahasa Melayu Maya.
Saya adalah ahli Kumpulan: layari laman kumpulan sekarang
Saya adalah ahli Kumpulan: layari laman kumpulan sekarang
Selamat Datang
Assalamualaikum w.b.t
Selamat datang kepada semua pelajar. Semoga komitmen dan sokongan anda akan mengembangluaskan lagi penguasaan ilmu anda.
Sekian, terima kasih
Guru BM anda
Idris Saleh
Selamat datang kepada semua pelajar. Semoga komitmen dan sokongan anda akan mengembangluaskan lagi penguasaan ilmu anda.
Sekian, terima kasih
Guru BM anda
Idris Saleh
Langgan:
Catatan (Atom)