Sabtu, Disember 19, 2009

Tokoh Maal Hijrah 1431

Yusuf Qaradawi


Tokoh yang menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa ialah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi. Beliau memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan. Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.





Mohamed Yusof Mohamed Noor


Sementara itu, tokoh yang menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan ialah Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor. Beliau ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau turut menerima wang tunai RM100,000, sebuah plak, pingat serta sijil penghargaan.

Bagaimana pula dengan kita...
Tokoh apa?
Fikirkanlah Sumbangan Anda Kepada Agama dan Negara

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431


Tiada ulasan:

Catat Ulasan