

air mata, darah, batu dan doa...
air mata sudah kering
kerana meratapi nasib dan malapetaka durjana
israel binatang pemangsa jijik bertopengkan manusia
meratah ganas jiwa palestin yang tidak berdosa

darah merah melimpah mewarnai Gaza
bumi tercinta yang diperkosa binatang bernafsu syaitan
angkara petualang-petualang kafir yahudi dan nasrani laknat
dan sekongkol-sekongkol munafik celaka


air mata, darah, batu dan doa...
batu menjadi senjata
mempertahankan aqidah, bangsa dan negara
walau jentera besi kebal, jet dan sesibu terbang menggempur
memuntahkan ribuan peluru dan ratusan bom
meratah dan merobek rakus bumi dan jiwa palestin
mujahid tidak pernah takut menempah syahid

air mata, darah, batu dan doa...
doa senjata mukmin sejati
kepada Allah kita memohon pertolongannya
agar israel dan yahudi durjana menyembah bumi
kepadaNya juga kita berdoa agar munafik kembali kepada tuhannya
kepadaNya kita datang, dan kepadanya kita kembali
bersatulah umat Islam semua
yang mengaku
"Allah tuhan disembah, Muhammad rasulullah dan...
rakyat palestin saudara seIslam dengannya."
hasil nukilan:
sutera biru jan 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan