Khamis, Julai 30, 2009

Tajuk-tajuk KOMSAS penting untuk SPM 2009



TAJUK KOMSAS YANG BELUM PERNAH KELUAR SPM SEJAK 2002 SEHINGGA JULAI 2009

CERPEN T4

Annyss Sophillea
Lambaian Malar Hijau

CERPEN T5
Virus Zel Untuk Abah

DRAMA T4
Serunai Malam

PROSA KLASIK T5
Sabor

PUISI TRADISIONAL T4
Seloka Pak Kaduk

PUISI TRADISIONAL T5
Pantun Enam Kerat
Syair Kelebihan Ilmu

SAJAK T4
Anak Laut
Derita Pertama
Jalan-Jalan Raya Kotaku


SAJAK T5
Duhai Pentafsir
Di Ruang Gemanya


ASPEK KAJIAN NOVEL
Gaya bahasa
Sinopsis - julai 2002 (lama dah tak keluar )


SILA "KLIK" PADA FRASA DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN
PEMBENTANGAN POWER POINT (PERCUMA)

[Pembentangan Pelajar - KOMSAS T5]
[PembentanganPelajar -KOMSAS T4]



"SELAMAT MEMBUAT ULANGKAJI"
"SEMOGA KALIAN BEJAYA MEMPEROLEHI A1"

Khamis, Julai 02, 2009

Doa Perpisahan buat semua warga al-amin

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun jiwa dan raga mempunyai semangat membara untuk berjuang di Al-amin. tetapi kuderat ini tidak lagi mampu... sudah suratan perpisahan ini tidak dapat dielakkan. Semuanya ada hikmah di sebalik ketentuan Allah yang penuh rahsia..

Hayatilah Nasyid di bawah ini.. hanya lagu ini mampu menghuraikan kesedihan dalam lubuk hati ini. Perpisahan amat menyakitkan...






Buat Semua Pelajar Tingkatan 5 dan 4;
Maafkan Ustaz atas segala-galanya, halalkan makan dan minum. Antum adalah pelajar yang cemerlang dan pasti akan berjaya, walaupun tanpa ustaz. Semoga menjadi pejuang-pejuang Islam yang hebat pada masa depan nanti.

Buat guru-guru, sahabat perjuangan;
Teruskan perjuangan kalian demi jihad memperjuangkan Islam. Maafkan ana kerana selalu menyusahkan kalian, maaf atas bicara, tingkah laku dan pergaulan. halalkan segala-galanya. Semoga kalian menjadi mujahid yang diberikan syurga oleh Allah

Buat Semua kakitangan (pejabat,pusat sumber, ICT,kantin dll);
maaf atas segalanya, semoga kalian akan terus bejaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Buat Pengetua dan lembaga;
Terima kasih kerana menerima saya berkhidmat di al-amin selama 8 tahun. Semoga terus dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan agar dapat memimpin al-amin ke puncak jaya.