Isnin, Julai 28, 2008

Tugasan PUI BM SPM Siri 03

Tugasan 1 Siri 03

Kertas 1
Bahagian A

i) Karangan Pendek
a) Kertas Ramalan SPM 2 muka surat 40

Bahagian B

ii) Karangan Panjang (muka surat 41)
Soalan no. 3 - Sekolah anda akan menganjurkan Minggu Pusat Sumber. Pada hari perasmian, anda diminta untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kepentingan Pusat Sumber kepada Pelajar"

Tuliskan teks syarahan itu selengkapnya


Kertas 2
soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3 (c) bagi tahun 2004-2007 serta Ramalan SPM 1 dan SPM 2


Tarikh Penghantaran: 4 Ogos 2008 (Isnin)

Peringatan: Tugasan PUI Julai perlu dihantar selewat-lewatnya Jumaat ini.(1 Ogos 2008)


"Alah bisa tegal biasa"
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"
"Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih"
Semoga kalian semua bergembira dan berbahagia membuat latihan ini...

Menanti di Barzakh: Tazkiratulmaut

Nasyid Kumpulan Far East

Jumaat, Julai 25, 2008

Mengenang Hari Kelahiran, Menggamit Hari Kematian

Selamat hari lahir kepada semua pelajar yang lahir pada bulan Julai. Terima kasih kepada insan tersayang, sahabat-sahabat, anak-anak didik al-amin kerana keperihatinan dan kasih sayang kalian...

Hayati video dan lirik nasyid saujana ini sebagai renungan kita bersama.




Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup untukku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur

Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Kau hiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti

Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Isnin, Julai 21, 2008

Latihan Tatabahasa PUI BM 2008/01

Latihan Tatabahasa: Membina Ayat Pra PUI 2008/01


a) belah, hancur, patah, pecah, retak, sompek
b) bagaimanapun, biarpun, kendatipun, meskipun, sungguhpun, walaupun
c) cocok, cucuk, tulus, telus, mandat, madat
d) juruaudit, jurubicara, juruhebah, jurubatu, juruhias, jurupustaka
e) mengulang - berulang-ulang, menimpa - bertimpa-timpa, mengingat – beringat-ingat
f) menghiris, memahat, memangkas, menebas, menebang, menarah
g) hidup-hidup, ura-ura, masak-masak, nyaris-nyaris, dekat-dekat, muda-muda
h) kamil, kamir, impak, imlak, taksir, takrif
i) masak - masak-masak, kira - kira-kira, api - api-api
j) guna, kegunaan, penggunaan, menggunakan, digunakan, guna-guna
k) bubar - pembubaran, cambah - percambahan, calon - pencalonan
l) gara-gara, para-para, kira-kira, mata-mata, guna-guna, ura-ura
m) berlapis-lapis, terkumat-kamit, berbondong-bondong, mengangguk-angguk, berbuai-buai, mengacah-acah
n) murah, kabur, uzur (setaip satu dua ayat dengan maksud berlainan)
o) kesat - kerat, serat - sekat, mayang - miang
p) efektif, elektif, intensif, insentif, aplikasi, implikasi
q) pahit maung, tokok tambah, tinggi lampai, tunjuk ajar, daya tahan, inti sari
r) lancing, lasak, lekang (setaip satu dua ayat dengan maksud berlainan)
s) laku, pelaku, berlaku, kelakuan, melakukan, perlakuan
t) jaga - berjaga-jaga, tiba - tiba-tiba, agar - agar-agar
u) saluran, saliran, pedalaman, pendalaman, tempoh, tempuh
v) kebergantungan - kebertanggungjawaban, kelangsungan - kelansingan, kelestarian - kebestarian
w) terhuyung-hayang, terkinja-kinja, terpinga-pinga, tertanya-tanya, teraba-raba, terkapai-kapai
x) potong-memeotong, tolong-menolong, kejar-mengejar, bertukar-tukar, berbual-bual, tolak-menolak.
y) Tuntun - tonton, ialah - adalah, mapan - mempan
z) Melontari - melontarkan, mengambil - mengambilkan, menganugerahi - menganugerahkan
aa) Pelantikan, petempatan, pertubuhan, perjuangan, pertentangan, pemasangan
bb) Ketinggalan, kehausan, kegembiraan, kehujanan, keletihan, kehampaan
cc) Kira, berkira-kira, mengira-ngira, sekira-kira, terkira-kira, terkira, perkiraan
dd) Anggun - unggun, pasaran - pusaran, caruman - curaman
ee) Jejak - jejaka, juang - jurang, kawal - kawat
ff) Adat resam, asal usul, asam garam, asyik mahsyuk, amal ibadat, alim ulama
gg) Larat - larut, sedia - setia, madat - mandate
hh) Naga - naga-naga, orang - orang-orang, duit - duit-duit
ii) Mengharumkan - mengharumi, melepaskan - melepasi, membaikkan - membaiki
jj) Harga diri - harga tetap, hari depan - hari lahir, hak cipta - hak asasi
kk) Ikhlas - jujur, curiga - khuatir, perundingan - perbincangan
ll) Menguburkan - menyuburkan, menjelang - menjulang, mengurung - menghurung
mm) Menarik - meragut, pening - demam, menyekat - menyukat




Latihan tatabahasa: Membetulkan Ayat 2008/01

Dwiklik pada imej untuk paparan yang jelas.



Jumaat, Julai 11, 2008

PUI (Program Ulangkaji Intensif) SPM 2008

Sekapur sirih
"Kalau runtuh kota Melaka,
papan di Jawa hamba kirimkan;
Kalau sungguh bagai dikata,
jiwa dan raga hamba serahkan."

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pelajar SPM terutamanya pelajar-pelajar SMIAAG
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

PUI bertandang lagi...
Adakah pelajar-pelajar telah bersedia minda, emosi, rohani dan fizikal untuk terjun ke "medan pertempuran"? SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) bukan satu mainan atau gurauan. Ia penentu hala tuju dan merupakan anak kunci untuk membuka pintu-pintu gedung ilmu yang lebih banyak dan luas. Sebagai pendidik saya akan terus dan kimited untuk membawa anda semua menerawang dalam "alam maya" ini dengan menyediakan pelbagai nota, peta minda, set soalan dan pelbagai petua untuk meraih 1A dalam subjek Bahasa Melayu. Nah!Apa lagi yang anda mahu? "Karpet merah" sudah dihamparkan untuk menuju gerbang kejayaan. Sekarang terpulanglah kepada anda sekiranya mahu berjaya "tepuk dada tanya selera". Biar iman menjadi hakim bersama minda positif sebagai jurinya. Anda pasti akan berjaya dengan pertolongan Allah, asalkan nawaitu di lubuk hati terpahat hasrat dan matlamat sejati mencari keredhaan allah dan rasulnya. Semoga kejayaan dunia dan akhirat menjadi milik kita bersama.

Tatacara PUI Bahasa Melayu SPM
a) Pra PUI
1. Menyiapkan "helaian pembentangan" mengikut tajuk tugasan dalam bentuk perisian (misrosoft Word/ Power Point / Flash / mikromedia dan sebaginya) dan disimpan di dalam "tumb drive" atau cekera keras )
2. Peta minda mengikut tajuk tugasan secara ringkas dan padat ditulis dalam kertas bersaiz A4.
3. Sediakan beberapa soalan untuk pelajar-pelajar lain dan digalakkan menyediakan hadiah yang kecil kosnya seperti gula-gula.
4. Perkara 1 dan 2 hendaklah diserahkan kepada guru anda sebelum 14 Julai 2008. Manakala perkara 3 dibawa pada masa pembentangan.
5. Membuat ulangkaji dengan merujuk nota, teks, peta minda dan fail pembentangan yang boleh dimuat turun daripada blog http://www.bmmaya.co.cc/

b) Semasa Pui
1. Pembentangan semua tugasan dilakukan selama 30 minit setiap kumpulan termasuk sesi soal jawab dan penyampaian hadiah.
2. Bawa semua buku Bahasa Melayu(Teks, rujukan dan nota) serta kamus dewan.
3. Persiapkan diri dengan alat tulis yang secukupnya.
4. Pembentang perlu mengedarkan peta minda kepada pelajar-pelajar lain yang mendengar pembentangan sebagai rujukan sehari sebelum pembentangan bermula.
5. Pelajar perlu berpakaian kemas dan berakhlak mulia mengikut undang-undang sekolah.
6. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kelas/dewan PUI kecuali dengan keizinan guru.
7. Pelajar yang gagal hadir tanpa sebarang alasan munasabah akan dikenakan tindakan tatatertib.
8. Pelajar amat digalakkan mengulangkaji serta berbincang secara berkumpulan dan menayakan soalan kepada pembentang atau guru sekiranya tidak memahami sesuatu perkara.
9. Pelajar akan diberikan tugasan oleh guru. Tanda dan labelkan nama pada buku atau kertas edaran yang diberikan supaya masalah remeh-temeh tidak berlaku.
10.Setip sesi PUI dimulai dan diakhiri dengan bacaan doa.

c) Selepas PUI
1. Kelas atau dewan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan dan segala perabot atau peralatan elektronik perlu disusun dengan rapi.
2. Dilarang meninggalkan sebarang buku-buku atau harta peribadi anda di dalam kelas atau dewan PUI.
3. Ulangkaji tajuk pembentangan seterusnya dan membuat persiapan untuk sesi pembantangan akan datang.
4. Buat semua tugasan yang telah diarahkan mengikut tarikh penghantaran yang telah ditetapkan.

Carta aliran PUI SPM Bahasa Melayu

1. Penyediaan nota -> 2. pembentangan -> 3.Soal Jawab ->4. Ulangkaji -> 5. Jawab set soalan