[LAMAN UTAMA] * [BM UPSR] * [BM PMR] * [BM SPM] * [BM STPM] * [BM UMUM]* [SAJAK]* [CERPEN]* [HUBUNGI KAMI]

Selasa, Julai 31, 2007

Pelajar Bertanya, Ustaz Menjawab siri 05

a) Tatabahasa (kata nama dan istilah)

Soalan 1: Asal usul kata nama Cicak

Anon1: Apakah asal usul perkataan cicak? Adakah kerana bunyinya; 'cit cit', 'cak cak'?

Jawapan: Cicak adalah sejenis reptilia kecil bentuknya seperti buaya(rujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4.ms.279). Terdapat pelbagai cara menamakan sesuatu benda antaranya merujuk kepada kegunaan, bunyi, bentuk, bau dan sebagainya. Misalnya sejenis alat menanam padi yang bentuknya seperti kuku kambing di namakan ”Kuku Kambing”. Begitu halnya dengan cicak; bunyi binatang tersebut ketika berkomunikasi ”ciit..ciiit...cakk..cakk”. Maka orang Melayu menamakannya ”cicak”. Sama juga seperti kompang. Bunyi yang keluar daripada paluan ”pang.. pang...pang” Maka dinamakan alat itu ”kompang.”


Soalan 2: Istilah Kanta sentuh dan kanta lekap

ZlatanIbrahimovic: Ust...kanta sentuh atau kanta lekap?

Jawapan: Kedua-duanya betul dan boleh digunakan (rujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4.ms.671)

Soalan 3: Derhaka dan durhaka

Ratucute: salam..ust.ape beza perkataan derhaka ngn durhaka?

Jawapan: Perkataan derhaka dengan durhaka sama maksudnya iaitu tidak taat atau khianat (rujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4.ms.341 dan 372). Cuma perkataan durhaka adalah kata asal sanskrit, setelah mengalami proses pengistilahan semula (mengikut keselarasan vokal) maka kata "derhaka" telah muncul. Tiada masalah menggunakan kedua-dua istilah ini, keedua-duanya betul. Sama halnya seperti baharu dan baru maknanya sama sahaja.

Ahad, Julai 29, 2007

Pelajar Bertanya, Ustaz Menjawab siri 04


a)Tatabahasa

Soalan 1: (menyumpah dan menyampah)

basith: Menyumpah = berasal dari perkataan sumpah.Menyampah = Sampah????

Jawapan: Saudara Basith memang bijak sekali. Proses yang dinyatakan adalah betul. Kata sampah yang menerima imbuhan men- akan menjadi kalimah menyampah. Huruf awal konsonan " s " digantikan menjadi "y". Proses ini boleh diringkaskan seperti di bawah ini;


men- + sampah = menyampah

Kata menyampah bermaksud;

a) berasa benci terhadap sesuatu atau seseorang
b) seperti sampah
c) menganggu orang

(Rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. ms.1381)

Terima kasih, Saudara Basith.


Soalan 2 (istilah Bahasa bekerja)

Anon2: ustaz apa yang dimaksudkan dengan "bahasa berkerja"?

Jawapan: Bahasa bermaksud;

I: a) sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan
(contoh; Bahasa Melayu)
b) percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun
(contoh; Dia tidak tahu bahasa)
II: bahawa (contoh; saya tahu bahasa ia malas)
III: agak, sedikit (contoh; angin sepoi-sepoi bahasa)
IV: basa (gila-gila basa)

(Rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. ms.106-107)

Adapun istilah seperti bahasa baku, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa badan dan sebagainya merupakan kata majmuk yang mempunyai makna tersendiri. Oleh itu bahasa bekerja bermaksud bahasa yang digunakan semasa bekerja.


b) Komsas

Soalan 3(Tema dalam sajak)

Mand: kebetulan ust tengah online sekarang,nak tanya untuk jawab soalan tema bagi sajak,adakah cukup kita memberi tema?kalau nak diikutkan 3 markah di bagi.macam mana ust?


Jawapan: Bagi tema (3 markah), begini caranya menjawabnya; jelaskan (isi tema), huraian dan contoh. Misalnya; Tema Sajak "Sejarah" berpaksikan tentang perjuangan golongan bawahan menentang pemimpin yang zalim demi menegakkan kebenaran.(isi) Rakyat yang selalu tertindas dengan kekejaman pemerintah akan bangkit menentang pemimpin yang gila kuasa dan bersikap kuku besi (huraian). Dalam sajak ini penyajak mewakili golongan rakyat menentang kezaliman pucuk pimpinan demi membela nasib rakyat. (contoh)

soalan 5 (Sudut PandanganPengarang)

Ratucute: ust,dalam soalan novel dia kate jelaskan sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang..macam mane nak wat?

Jawapan: Sila masuk ke Kumpulan Kelas Bahasa Melayu Maya atau klik pada kalimah ini;"Sudut Pandangan Komsas"

Jumaat, Julai 27, 2007

Tugasan PUI BM


Latihan PUI Bahasa Melayu Komsas

Jawab soalan di bawah ini dengan merujuk buku PUI BM anda.

1. Kertas Model 1.

Soalan 2(d) Petikan Puisi : Pantun Enam Kerat (ms 5)


2. Kertas Model 2.

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik :Sabor (ms11)

Soalan 2(d) Petikan Puisi: Jalan-jalan Raya Kotaku (ms 12)
Soalan 4: (b) Novel : persoalan (ms 14)

3.Kertas Model 3.

Soalan 2(d) Petikan Puisi: Gurindam Memelihara Anggota dan hati daripada kejahatan (ms 19)

4. Kertas Model 4..

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik :Kezaliman Membawa padah (ms 25)
Soalan 2(d) Petikan Puisi: Seloka Pak Kaduk (ms 26)

5. Kertas Model 6

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik: Asal Usul Raja Kecil
Soalan 2(d) Petikan Puisi:Di Kota Kecilku (ms 37-38)

6. Kertas Model 7

Soalan 2(d) Petikan Puisi: Duhai Pentafsir (ms 44)


Buat dalam kertas kajang mengikut format SPM sebenar.
Selamat menjawab.


Tarikh hantar pada: 31 Julai 2007

Khamis, Julai 26, 2007

Isu Semasa: Kemalangan Jalan Raya

11 maut MPV rempuh trailer di lebuh raya

Oleh Ahmad Ghazali Musa, Rosli Jalil, Sariha Mohd Ali dan Mohd Azis Ngah


BERI BANTUAN: Anggota bomba dan polis mengeluarkanmangsa nahas MPV dan trailer di Kilometer 96.2,Lebuhraya Pantai Timur dekat Lanchang, semalam.TEMERLOH: Sebelas orang – sembilan warga Myanmar dan dua rakyat tempatan, terbunuh apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sarat dengan 15 penumpang, merempuh sebuah trailer di Kilometer 96.2, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, awal pagi semalam.

Dalam nahas ketika kabus tebal kira-kira jam 4.30 pagi itu, MPV terbabit terperosok di belakang trailer yang membawa muatan bijih besi sebelum terseret sejauh kira-kira 200 meter.



Semua mangsa termasuk pemandu MPV itu, Fauzi Omar, 41, dari Kampung Pondok Baru, Padang Siam, Tanah Merah, Kelantan dan iparnya, Rozilan Mat Zain, 37, dari Pangsapuri Harmoni, Presint 9, Putrajaya, terbunuh di tempat kejadian, manakala empat lagi lelaki Myanmar cedera parah.



Bagaimanapun, identiti semua warga Myanmar berumur antara 25 dan 35 tahun itu termasuk tiga wanita yang terbunuh, belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan ditemui, dipercayai pendatang tanpa izin.



Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzilah Mohamed, berkata 13 warga Myanmar yang duduk berhimpit dalam kenderaan itu, dipercayai diseludup melalui Kelantan untuk dihantar ke Kuala Lumpur.



"Tiga orang duduk berhimpit di barisan pemandu dan masing-masing empat penumpang di barisan kerusi kedua dan ketiga, manakala empat lagi penumpang duduk di tempat menyimpan barang," katanya.Berita Harian difahamkan, empat warga Myanmar yang terselamat itu dipercayai duduk di tempat menyimpan barang.





REMUK: Keadaan MPV yang terperosok di bawah lori.Ahmad berkata, pemandu MPV itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya dipercayai mengantuk, sebelum merempuh trailer berkenaan yang bergerak perlahan, kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Lanchang.



Seramai 20 anggota polis serta 14 anggota dari Balai Bomba Mentakab dan Karak dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu.Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) manakala empat lelaki Myanmar yang cedera parah di kepala, dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur petang semalam selepas menerima rawatan awal di HOSHAH.



Ahmad berkata, pemandu trailer terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sini berhubung nahas berkenaan.Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada dua warga tempatan yang terbunuh dalam nahas itu, mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan manusia ke negara ini.



Di KUALA LUMPUR, Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad, berkataini adalah kes pertama membabitkan penggunaan MPV untuk menyeludup begitu ramai pendatang asing.“Sebelum ini, sindiket menggunakan kereta bagi menyeludup pendatang menerusi jalan darat. Kita akan bekerjasama dengan polis untuk kesan dalang kegiatan ini,” katanya.



Sumber: http://www.bharian.com.my/

Rabu, Julai 25, 2007

Pelajar Bertanya, Ustaz menjawab Siri 03

A) Bahasa

Soalan 1: Tatabahasa (Mencintai atau menyintai)

Pujangga90: assalamualikum ustadz... Saya ingin bertanya.. Saya keliru..mencintai dan menyintai...adkah ianya sama?

Jawapan: Kalimah mencintai merupakan kata terbitan yang terhasil apabil kata cinta (berperasaan sangat kasih kepada sesuatu) menerima imbuhan apitan men...i seperti ditunjukkan dibawah ini;

men- + cinta + i = mencintai

Dalam sistem bahasa Melayu imbuhan men- yang bertemu kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy dan z tetap menjadi men-, contohnya;

Men- + cari = mencari
Men- + dengar = mendengar
Men- + jawab = menjawab
Men- + syarat + kan = mensyaratkan


Adapun imbuhan men- yang berjumpa dengan kata dasar yang bermula dengan huruf s, akan mengubah huruf s kepada y.

Men- + sapu = menyapu
Men- + sayang = menyayang


Kata terbitan menyintai sebenarnya tidak wujud dalam sistem bahasa Melayu. Kalau kata ini wujud, kata dasarnya perlulah kata sinta yang ditambah dengan imbuhan men-...-i. Tetapi kata sinta tidak terjumpa di dalam kamus dewan, kata sintal (gemuk, gempal) dan kata sintar (sejenis burung ) sahaja yang ditemui. Proses seperti di bawah ini perlu berlaku;

Men- + sinta + i = menyintai (tidak wujud dalam bahasa Melayu)

Pada pandang ustaz pemakai kata terbitan menyayangi menjadi keliru apabila kata terbitan menyintai digunakan bagi mengantikan kata tersebut untuk menyedapkan bunyi atau sebutan dalam ayat, contoh;

Ayah menyayangi ibu. (betul)
Ayah menyintai ibu (salah) – sepatutnya; Ayah mencintai ibu.

Sekian.





Soalan 2: Istilah bahasa melayu atau bahasa Malaysia

ratucute: salam...wajarkah BAHASA MELAYU ditukar kepada BAHASA MALAYSIA??

Jawapan: Bagi pandangan ustaz tidak wajar kerana bahasa adalah melambangkan bangsa atau kaum. Sebagai contoh negara maju seperti Britain menggunakan bahasa Inggeris begitu juga Amerika. Mereka tidak menukarkan bahasa mereka kepada bahasa Britain atau bahasa Amerika. Begitu juga dengan Singapura yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dalam masa yang sama mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa yang penting di Singapura. Sama keadaannya di Brunei mereka menggunakan bahasa Melayu, bukannya bahasa Brunei. Bahasa Arab juga begitu keadaanya, tiada istilah bahasa Arab Saudi, bahasa Kuwait, bahasa Iraq, bahasa Iran, bahasa Palestin semua dikenali sebagai bahasa Arab.

Ada juga negara yang menggunakan istilah bahasa Indonesia (bahasa Melayu) sebagai bahasa kebangsaan. Contohnya di Indonesia. Contoh yang lain pula ialah bahasa Korea (Korea), bahasa Jepun (Jepun), bahasa Cina (China).

Hal ini bukannya suatu keutamaan dan sepatutnya tidak timbul lagi. Semua orang di negara kita telah faham bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia berdasarkan artikel perlembagaan (Perkara 152) Akta Bahasa Kebangsaan. Maka sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan adalah terbatal atau tidak sah.

Apa yang lebih penting ialah memartabatkan bahasa Melayu dari segi penggunaannya mematuhi sistem bahasa dan sesiapa yang terjebak dengan anasir penyalahgunaan bahasa perlu disedarkan dan dipulihkan dengan pelbagai usaha lembut seperti kempen-kempen. Malah tidakan tegas juga perlu dibuat sekiranya pelanggaran ketetapan ini berlaku.


b) Kerja kursus

vanilashake: ustaz, adakah ustaz telah mendapatkan kebenaran sekolah untuk kami membawa "thumbdrive" ke sekolah?

Ainsyaf: ustaz boleh mintak email.. nak hantar presentation..

Jawapan: Semua ketua kumpulan bertanggungjawab membuat surat rasmi untuk tujuan ini. Surat rasmi tidak sewajarnya dibuat pada kertas catatan, buku nota atau kertas terbuang dengan tulisan pensil dan pen yang comot. Surat rasmi perlu ditulis dengan format yang betul; kertas yang elok; tulisan yang bersih dan jelas. Kemudian ajukan kepada ustaz, ustaz akan tandatangan dan kemukakan kepada HEM.

Sekiranya cara ini sukar. Hantar saja tugasan anda ke email ustaz: ismiaa@gmail.com



c) Hal-hal lain

maimin: ustaz,denga kaba angin spm akan dipercepatkn sedikit btolke?

Jawapan: Jangan percaya khabar angin. Percayalah kepada maklumat Kementerian Pelajaran.

Selasa, Julai 24, 2007

Tazkirah Usbu'ulruh SMIAAG


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru"
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat"

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan"
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar di dunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat di dunia?"

Murid 1 = " Baja"
Murid 2 = " Besi"
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali" Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk keneraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"

Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Jumaat, Julai 20, 2007

PUI BM Hari ini (Jumaat, 29/7/07)

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua pelajar tingkatan 5 SMIAAG jutaan terima kasih diucapkan kerana memberikan perhatian dan penumpuan sepenuhnya dalam PUI BM hari ini. Slot ceramah motivasi tadi diharapkan dapat mengubah diri anda semua supaya menjadi muslim sejati; soleh wa musleh.

Manakala dalam slot pembentangan, ustaz ucapkan tahniah kepada pelajar kumpulan satu. Persembahan dan grafik yang dipaparkan sangat menarik. Teruskan pembentangan minggu depan dengan penyampaian yang lebih memukau.

Fail yang telah dibentangkan ustaz sudah letakkan dalam fail Kumpulan Kelas Bahasa Melayu Maya -Kumpulan 1 . semoga semua pelajar baca dan muat turun untuk rujukan. sekiranya terdapat persoalan boleh kemukakan pada pembentang pada minggu depan atau terus berjumpa ustaz.

Bagi kumpulan 2 hingga 7 bersedia pada minggu hadapan. Persembahan anda kami nanti-nantikan...


Akhir sekali ustaz ucapkan selamat berjaya dan terimalah serangkap pantun daripada uztaz;

Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti;
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.

sekian.

Selamat Datang Ke PUI Bahasa Melayu


Selamat menjalani PUI
Semoga anda berjaya meraih kejayaan di dunia dan di akhirat.
Amin...
Daripada : Ustaz Idris Saleh
(Guru BM anda)


"Sekiranya kamu mencari dunia. Akhirat akan menjauhi kamu.
Sekiranya kamu mencari akhirat. Pasti dunia akan mencari kamu..."




Isu Semasa (Pertahanan Negara): 3 mayat masih terkandas




SAR letup dua bom bagi mudahkan mangsa diangkat dengan helikopterGENTING HIGHLANDS: Anggota Batalion 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Para yang menemui pesawat Nuri terhempas kelmarin, melihat mayat mangsa saling bertindih antara satu sama lain serta dihimpit muatan yang dibawa bersama.

Semua mayat terperosok ke bahagian depan helikopter yang berada dalam kedudukan menegak di kawasan lereng kira-kira dua kilometer dari Gunung Genting Sempah.Prebet Awang Aidy Awang Omar, yang pertama menemui pesawat itu, berkata beliau melihat empat mangsa lengkap beruniform dalam bangkai helikopter malang itu sebaik menghampiri pesawat berkenaan.


Helikopter itu ditemui terhempas di lurah bukit, kira-kira lima kilometer dari Genting Sempah, pada jam 1.24 petang kelmarin, lima hari selepas dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Pangkalan Udara Sungai Besi ke Kuantan.Ini adalah nahas ke-18 membabitkan pesawat Nuri.


Berikutan nahas terbaru itu, Kabinet semalam bersetuju membeli pesawat baru bagi menggantikan Nuri yang sudah digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 1968.Nahas terbaru itu mengorbankan juruterbang pesawat itu, Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, pembantunya, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, Sarjan Udara Khusnizaim Ariffin, 34, Sarjan Udara Mohd Azmie Md Yassin, 35, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28 dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.


Menceritakan detik penemuan pesawat itu, Awang Aidy berkata, kumpulannya terdiri daripada lapan anggota berpecah untuk mencari helikopter berkenaan sebaik menemui serpihan seperti kaca dan beberapa bahagian pesawat di situ pada jam 12 tengah hari.Ketika tiba di kawasan lereng berbukit, Awang Aidy melihat kesan pokok patah seperti dilanggar sesuatu dan dari jarak 20 meter, beliau nampak bangkai Nuri itu menegak dengan ekornya tersangkut pada pokok, manakala muncungnya sedikit terbenam ke tanah."Apabila ditinjau dari dekat, saya dapati kipas dan ekornya patah, pintu terbuka, tayar belakang tercabut dan bahagian kokpitnya remuk. Dari situ juga saya melihat empat mayat tersepit dan berada dalam keadaan ditindih barangan lain dalam pesawat itu."Mayat dua lagi (juruterbang dan pembantunya) agak sukar dilihat kerana kedudukan mereka paling bawah," katanya ketika ditemui sebaik tiba selepas selesai melakukan tugas mencari dan menyelamat (SAR) di Kilometer 32.6 Lebuhraya Karak, semalam.


Sehingga malam tadi, hanya jenazah Nor Azlan yang belum dapat dikeluarkan dari bangkai pesawat itu, manakala jenazah Nor Intan dan Khusnizaim berjaya dikeluarkan tetapi tidak dapat diterbangkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan cuaca buruk.Setakat ini, hanya jenazah Mohd Azmie, Saifulizam dan Muhammad Ridzuan sudah dikebumikan di kampung masing-masing.Jenazah Saifulizam dan Mohd Azmie yang pertama tiba di HKL pada jam 12.40 tengah hari, diikuti jenazah Muhammad Ridzuan, kira-kira jam 1.20 petang. Semua jenazah dibawa dengan pesawat Nuri dari lokasi nahas di Genting Sempah.


Sementara itu, Ketua Platun 4 batalion berkenaan, Kapten Hairy Shahrir berkata, mereka tidak berbuat apa-apa terhadap pesawat itu apabila mendapati semua mangsa sudah terkorban ketika ditemui.“Kami menemui petanda tempat nahas itu berdasarkan serpihan pesawat termasuk tayar dan kipas kira-kira 10 meter dari tempat nahas. Bahagian ekor pesawat itu juga terkulai," katanya.Penolong Ketua Platun, Sarjan Ismail Man berkata, beliau tiba di lokasi nahas bersama 15 lagi anggota Para pada jam 2 petang, selepas menerima maklumat mengenai penemuan pesawat itu daripada lapan anggota berkenaan dan memaklumkannya kepada pusat kawalan."Kami terus membuat pemeriksaan sama ada mangsa selamat atau cedera.


Saya melihat pintu helikopter itu terbuka dan dapat melihat empat mayat lengkap beruniform di dalamnya. Selepas itu pasukan lain dipanggil," katanya yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Ahad lalu.Ketua Kompeni B batalion berkenaan, Kapten Md Zaini Osman pula berkata, pasukannya terpaksa menempuh laluan sukar selama lapan jam untuk tiba di tempat kejadian.Katanya, beliau diarah mencari jalan mengeluarkan mayat semua mangsa menggunakan laluan darat tetapi usaha itu tidak dapat dilaksanakan kerana hutan tebal dan cerun yang curam."Oleh itu kami serta anggota Paskau dan komando membuat keputusan mengeluarkan mayat melalui udara," katanya.Md Zaini berkata, pasukan SAR semalam meletupkan dua bom di satu kawasan puncak bukit di lereng tempat kejadian bagi membolehkan mayat diangkat ke atas helikopter.


Letupan bagi membuka laluan itu dapat didengar sekitar kawasan Genting Sempah pada jam 10 dan 10.50 pagi.Katanya, pasukannya keluar petang semalam selepas kawasan itu diambil alih Paskau dan pasukan SAR lain yang terus berusaha mengeluarkan mangsa lain.

Khamis, Julai 19, 2007

Pelajar Bertanya, Ustaz Menjawab (Siri 02)

Soalan 1 (Tatabahasa: mengukuhkan dengan memperkukuhkan)

T0Lat16: ustz, apa beza "mengukuhkan" dan "memperkukuhkan"..?

Jawapan: kalimah mengukuhkan bermaksud menjadikan sesuatu kukuh atau kuat.
Contoh ayat; Ali mengukuhkan kubu pertahanan dengan meletakkan beg-beg pasir.


Manakala kalimah memperkukuhkan adalah salah dari segi tatabahasa. Kata adjektif (kukuh) tidak boleh menerima imbuhan apitan memper...kan. Oleh itu imbuhan awalan memper.. sahaja yang layak berganding dengan kata adjektif tadi. Maka kata terbitan yang seharusnya wujud ialah memperkukuh.

Memper + kata adjektif

Contoh ayat; Ahmad memperkukuh hujah beliau dengan menyenaraikan nama-nama syarikat yang menjalankan perniagaan pelaburan internet yang tidak sah.

Contoh kata lain adalah; memperbesar, memperluas, memperindah dan sebagainya


Memperkukuh dan mengukuhkan mempunyai maksud yang sama.


Soalan 2 (Mengantuk)

maiminshah: em..mengantok yg ketara tu satu penyakit ke?adakah berkaitan dengan kanser?

Jawapan: Saya bukanlah doktor tetapi berdasarkan pengalaman, saya cuba jelaskan hal ini. Pertamanya mengantuk mungkin disebabkan kurang tidur. Bagi seorang remaja tidur yang cukup ialah lima hingga enam jam. Sebab keduanya pula mungkin terlalu banyak tidur. Keadaan ini juga menyumbang sindrom mengantuk. Selain itu juga mengantuk boleh disebabkan kehilangan tenaga yang banyak dalam badan ekoran aktiviti yang memenatkan seperti bersukan atau bermain. Faktor pengambilan ubat (dadah yang dibenarkan) yang kerap juga mengundang masalah ini. Manakala kemungkinan yang lain; sudah menjadi tabiat anda tidur pada waktu-waktu tertentu sama ada pagi atau petang. Hal ini menyebabkan anda mengantuk pada ketika itu.

Bagi mengatasi masalah ini anda perlu cukup tidur tapi jangan pula berlebihan daripada yang sepatutnya (6 jam).Selain itu sebaik sahaja anda menghabiskan aktiviti lasak atau aktiviti yang banyak memeras tenaga anda, banyakkan minum air seperti susu dan jus buah serta menjamah sedikit makanan yang berkalori tinggi seperti roti. Selain itu juga, elakkan mengambil ubat-ubatan secara kerap atau berlebihan dos. Cara yang terakhir sekali anda perlulah menjaga tabiat tidur anda supaya tidur pada masa yang tetap dan teratur.

Nabi s.a.w pernah bersabda, mafhumnya lebih kurang begini “barang sesiapa yang tidur selepas subuh, dia akan mewarisi kepapaan. Barang sesiapa yang tidur selepas asar dia akan mewarisi kegilaan”. Tidur yang diajar oleh nabi ialah tidur pada awal malam dan bangun pada tiga perempat malam (4 pagi) untuk solat sunat malam, membaca al-quraan, berzikir dan sebaginya sehingga waktu subuh. Manakala pada waktu siang nabi menggalakkan tidur pada waktu tengahari iaitu “qailullah” beberapa belas minit sebelum masuk waktu zohor. Tidur ini sangat baik untuk menjana tenaga dan minda sebelum meneruskan keja atau pembelajaran anda.


Soalan 3 (Cara-cara dapat A Bahasa Melayu)

Tenun: ingin menyambung pertanyaan di awal itu..sekiranya ustaz berpekerti baik..bolehkah ustaz berkongsi bagaimanakah caranya untuk kami warga tingkatan 5 untuk mendapat markah yang membolehkan kami mendapat A dalam bm pada bahagian karangan kami..harap ustat sudi berkongsi.kalau berkesempatan,"ust." bolehlah memberi tips-tips itu dalam bentuk kronologi..

Tenang: ust,apa strategi nak skor krngn?w'pun nmpk sng tp sbb pmrkhn yg agak strict b'bndg pmr,ramai yg kcndg..sy pelik,org slalu x skor bm w'pun gune bhs yg sama tiap ari..bole ust kongsi tips2x skor bm?terutama bhg karangan..sbb esei bnyk m'bantu pmrkhn tinggi

uhu: hrp juga ust dpt bg tips yg bnyk utk skor dgn cmrlg dlm bm..

Jawapan: segala panduan dan tip-tip telah dibengkelkan oleh guru pakar BM yang datang tempohari. Baca dan amalkan apa yang telah diajarkan. Ustaz akan memantau perkembangan anda.


Soalan 4 (Esei)

Tenang:
lg satu,smpt ke ust nak semak esei kami dgn bilangan klas pui BM sbnyk 13 kali?

Jawapan: Terima kasih kerana simpati dengan ustaz. Memang tak sempat kalau difikirkan dengan tulang empat kerat ustaz ini. Tapi ustaz ada cara yang mudah itupun dengan bantuan anda semua. InsyaAllah, Allah pasti membantu perjuangan kita.

Soalan 5 (Latihan dalam email)

Beruang: ustaz,saya nak tanya sikit.Macam mana nak buat kerja yang ustaz beri pada e-mail saya?

Jawapan: Buat dalam kertas kajang. Hantar pada ustaz untuk disemak.


Soalan 6 (Jawapan esei dalam bentuk Poin)

temachii: Askm,ustaz.nak tanya sikit.utk sinopsis komsas,boleh ke buat dalam bentuk poin?

Jawapan: Wa’alaikum salam . Semasa pembentangan tidak menjadi masalah untuk menjimatkan masa dan ruang. Semasa peperiksaan jawapan esei perlu lengkap dengan ayat yang gramatis.


Sumbangan ilmu (Sinopsis Bukit Kepong)

Anon1: klik di sini utk sinopsis novel Bukit Kepong http://www.geocities.com/ikaz2/bkepong.htm

Ustaz: Terima kasih daun keladi. Kalau ada berilah lagi. Ustaz akan masukkan dalam kumpulan Bahasa Melayu Maya untuk rujukan semua.


Sumbangan Cerpen

Mand: Hari ini aku cuba menghayati sekali lagi bait-bait kata rakan seperjuanganku di hadapan.Mungkin apa yang dikeluarkan ada gunanya bagiku.Pertama kali aku melalui proses pembelajaran yang mengharapkan belas kasihan seorang rakan untuk menerangkan kepada aku.(PUI)Uh! meletihkan.Ada sahaja luahan itu terkeluar dari kotak suara mereka.Waktu bermain dengan diri ini.Seakan tidak sedar 16/7 sudah berlari jauh dari detik pusingannya.Hatiku tiba-tiba menjadi resah persis ada suara yang kecewa merintih di sekelilingku.Ah! bengit sungguh.Dalam fikiranku masih menerawang jauh,suara itu muncul dalam satu bentuk imej bayangan fikiranku."Tugasan!" Perkataan ini menyedarkan aku.Bukan penat.Bukan letih.Hanya melengkapi sifat seorang manusia yang lupa.Hatiku bermonolog ." Minta maaf ustaz".Sambil mataku semakin gelap,gelap dan terus gelap.

Rabu, Julai 18, 2007

Tarikh Penghantaran Tugasan PUI BM

Cerpen: Penantian ...
Mentari pagi 18 hari bulan "Leo", menerjahkan cahaya lembut di celah-celah dedaun pokok hijau rimbun yang tersergam di sebelah padang, hampir dengan sebuah sungai yang mengalir lesu. Kicauan buru-burung sesekali kedengaran sayup-sayup daripada jauh. Panorama di al-Amin pada jam lapan pagi terasa agak murung. Mungkin tiada lagi pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mundar-mandir di hadapan bilik guru seperti sedia kala menyumbang keadaan sugul ini; mereka semuanya sedang melalui "tamrin kubra" (PUI) yang memenatkan di kelas masing-masing.
Mejaku masih lagi tidak menerima kehadiran lembaran-lembaran peta minda mata pelajaran Bahasa Melayu yang ditunggu-tunggu sekian lama. "Tumbe drive" alat penyimpan data juga tidak kutemui di atas meja yang usang ini. Ah! semua yang kita harapkan belum tentu menjadi kenyataan. Pintu dan tingkap bilik ini juga tidak dikunjungi oleh pelajar-pelajar SPM. Ke mana mereka agaknya. Tarikh yang telah diberikan semakin jauh kebelakang. Segala perancanganku untuk menyediakan persiapan PUI Bahasa Melayu mungkin akan mengundang kehancuran. Cita-cita dan matlamatku untuk memimpin anak bangsaku mungkin juga akan berderai seperti kaca terhempas ke batu.
Memang penantian ini satu penyeksaan... hanya yang menanti sahaja akan tersiksa, dan yang tersiksa itulah yang menanti...
Haruskah kesabaran ini aku pertahankan, atau kesabaran ini akan dimakan amarah yang tidak dapat dijangka. Astarghfirullahal'azim... jauhi daku, ya Allah dari Syaitan dan nafsu amarah...
Aku masih boleh menanti... menanti tanpa kepastian...
harap-harapnya penantian ini adalah penderitaan yang merintis kejayaan yang besar; bukannya penderitaan yang mengheret ke jurang kegagalan.
Ya Allah jauhi kami semua dari hasutan syaitan, permudahkanlah anak-anak didikku berjihad menuntut ilmu, demi menjulang dan memartabatkan Islam dan mengagungkan kebesaranMu ke seluruh alam. Jauhkan mereka daripada sifat malas, bertanggunh, mementingkan diri sendiri dan hindarkan segala sifat-sifat negatif dalam diri mereka.Kau limpahilah segala rahmat dan anugerahMu buat mereka yang ikhlas hatinya berjihad demiMu ya Allah. Amin
Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 10.30 pagi, aku perlu mengatur langkah dalam penantian yang tak pasti, menjenguk masa depanku dan anak-anak didikku.
Tarikh penghantaran tugasan PUI BM telah berlalu tanpa sebarang rasa simpati, 16 hb Julai 2007 berlalu begitu sahaja. Hari itu berlalu bagaikan tiada sesiapa yang peduli...
seperti... Ah! bukan-bukan yang difikifkan pulak.
Bersambung...
Surah ke-103 ( AL-'ASR)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1.Demi Masa! 2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; 3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Selasa, Julai 17, 2007

Pelajar Bertanya, Ustaz Menjawab (Siri 01)

Soal Jawab

Soalan 1 (Beza Perbendaharaan dengan Pembendaharaan)

creampuff: apakah beza "perbendaharaan kata" dengan "pembendaharaan kata"? sedangkan kedua-duanya mempunyai maksud yg melambangkan identiti yang tidak dapat diungkai dengan benak seorang murid bodoh seperti saya


Jawapan: Kata “perbendaharaan” bermaksud khazanah (tempat menyimpan harta benda negara) ia juga berfugsi mendukung makna kekayaan (harta benda, barang-barang).
Makna kata “pembendaharaan pula bermaksud hal atau perbuatan menambahkan harta benda (khazanah negara dan sebagainya)
Maka terdapat perbezaan yang ketara bagi dua perkataan ini


Soalan 2 (Menghilangkan stress)

creampuff: ustaz tlg ana ustaz apakah cara untuk menghilangkan stress.. ana dah enggak tahu nak buat lagu mano

Jawapan: 1. Jaga hubungan baik dengan Allah antaranya; jaga solat fardu, dirikan solat sunat malam,jangan bermaksiat dengan Allah, sentiasa berzikir, berdoa: minta keampunan, murah rezeki, mudah menuntut ilmu, menghafaldan mudah faham.

2. Jaga hubungan sesama manusia dan alam: jangan sakiti hati orang lain, jauhi dosa-dosa melibatkan orang lain seperti mengumpat, mengata dan sebagainya.taat ibu bapa dan guru-guru Banyakkan tolong insan yang lain terutama ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan. Jangan sakiti atau zalimi binatang atau alam seperti pokok-pokok dan sebagainya

3.Tetapkan niat dan matlamat anda; menuntut ilmu kerana Allah. Kewajipan yang tidak ada alasannya. Jika ingkar kita menjadi hamba yang derhaka kepada penciptanya. Bayangkan ganjaran syurga bagi orang yang menuntut ilmu, mengamalkan dan menyampaikannya kepada orang lain.


Soalan 3 (Perbezaan ”seri” dan ”sri”)

maminshahbekate: maiminshah: wahai sekalian!..siape tau cne nk bezakan 'sri' dan 'seri' utk gelaran nama org.?DI SAMPING ITU, sapa yg tau

Jawapan: Merujuk kamus dewan (merah- edisi keempat) halaman 1470. Kata ”seri”mempunyai 6 makna iaitu;

Kata Seri

a) seri I; cahaya. Kemuliaan, kemegahan, keindahan contoh ; tiang seri, seri bulan, seri muka dan sebagainya)

b) seri II; panggilan untuk memuliakan seseorang. Contoh Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong, Datuk Seri..., Tan Seri...

c) seri III; menghisap madu
d) seri IV; tidak menang dan tidak kalah
e) seri V; sejenis burung
f) seri VI; sejenis pokok menumpang

Kata sri

Kata ”SRI” merupakan kata nama khas yang disingkatkan daripada Sekolah Rendah Islam. Contoh SRI Al-amin. Selain itu Kata ”sri” juga biasa diguna bagi kata nama khas seperti Sri Langka, Sri Ternak dan sebagainya.

Selain itu, kemungkinan berlaku masalah menulis amatlah ketara dalam masyarakat, Hal ini kerana sebutan kata ”seri” dan ”sri” hampir sama bunyinya, maka kebarangkalian berlakunya kekeliruan mungkin wujud dalam penulisan. Contoh Seri Gombak dieja Sri Gombak, Tan Seri Ahmad dieja Tan Sri Ahmad


Soalan 4 (Buku Kupasan)

manD: manD:Ust kenapa utk komsas f4 dan f5 terikat kepada satu makna sahaja.Sepatutnya kita boleh menilai mengikut pemahaman sendiri...kenapa perlu pandu buku..? contoh sajak " pembeli masa sudah." hanya tumpu kepada hidup penyajak....tp kita sepatutnya boleh inteprasikan dlm pelbagai bentuk.

Jawapan: Buku kupasan sebagai panduan saja. Pentafsiran lain sememangnya tidak disekat. Namun sebagai pelajar anda terikat dengan sukatan pelajaran KBSM yang perlu berkiblatkan Kementerian Pelajaran. Anda perlu akur keadaan ini. Oleh itu untuk menikmati puisi dengan terjemahan anda sendiri atau pentaksiran yang lebih bebas belajarlah di universiti di peringkat ijazah dan seterusnya ke peringkat Sarjana dan yang bagus lagi terus sahaja ke peringkat falsafah kedoktoran.

Soalan 5 (Projek PUI BM)

Hazimah: assalamualaikum,ust.blh x nk mntk tangguh sket projek pui

Jawapan: Wa’alaikumussalam. Sekiranya ada masalah sila jumpa ustaz segera, berbincang. Ustaz boleh tolong merungkaikan permasalahan enti.



Perkongsian Kosa Kata

ManD: 1.Walang = bersedih 2.lamur=buta 3.Senario prima = permasalahan terkini 4. cangkaliwang = serabut/kusut 5.puing-puing = debu-debu

Terima kasih kerana bertanya dan menyumbangkan ilmu. Ustaz menjawab berdasarkan sekelumit ilmu yang ada di dada dan sedikit rujukan buku-buku. Maaf sekiranya tidak memuaskan hati kalian.

Koleksi Soal Jawab
Soal jawab siri 1 (1)
Soal jawab siri 2 (1)
Soal jawab siri 3 (1)
Soal jawab siri 4 (1)
Soal jawab siri 5 (1)
Soal jawab siri 6 (1)
Soal jawab siri 7 (1)

Isnin, Julai 16, 2007

Tazkirah: Renunglah masa depanmu

Tebus kembali kegemilangan ilmu
Oleh Masmawi Abdullah

Islam menerima sumber pengetahuan, kepakaran asing asalkan tidak bercanggah akidah ISLAM adalah agama yang bertanggungjawab menyempurnakan tamadun manusia dalam erti kata menggalakkan perkembangan dan peningkatan kadar keupayaan intelektual manusia yang berakhir dengan pembentukan tamadun yang dapat memberikan kebahagiaan kepada manusia sejagat dalam erti kata yang sebenarnya.


Sedangkan tamadun manusia sebelum kedatangan Islam atau tidak berlandaskan Islam tidak berjaya memberi kebahagiaan hidup kepada manusia. Kerana kemajuan kebendaan yang di luar batasan kawalan faktor kerohanian menjerumuskan manusia ke lembah kehancuran di tengah-tengah tamadun yang mereka cipta.

Justeru, Islam datang untuk menyemai, menanam dan memperkembangkan bakat intelektual umat manusia ke kadar paling maksimum di dalam lingkungan dan bimbingan sinaran wahyu daripada Allah. Oleh kerana ilmu pengetahuan adalah kunci tamadun manusia. Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Rasulullah adalah ayat yang menggalakkan kegiatan intelektual yang bermaksud:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang paling pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengejar kepada (manusia) apa yang tidak diketahuinya.” – (Al Alaq: 1-5)

Ayat di atas jelas menunjukkan, betapa pentingnya ilmu pengetahuan dari kaca mata Allah kepada umat Islam. Kerana dengan membaca, menulis dan mempelajari segala ilmu pengetahuan dapat menyampaikan kepada pengetahuan tentang kewujudan Allah yang membawa kepada keimanan dan ketakwaan terhadap kewujudan Allah dan segala sifat kesempurnaan.

Bukan setakat menimba ilmu pengetahuan yang baru dan meningkatkan ilmu sedia ada juga amat digalakkan oleh Islam ke atas umatnya. Inilah caranya bagaimana kecerdasan seseorang itu dapat diperkembangkan. Hal ini jelas terbukti dengan adanya galakan Allah kepada manusia agar mereka menambah ilmu pengetahuan seperti terkandung di dalam ayat bermaksud:
“Berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku; Tambahlah daku dengan ilmu pengetahuan”. – (Taha: 114)

Ilmu pengetahuan paling berguna dan berfaedah untuk kesempurnaan dan kebahagiaan hidup manusia ialah ilmu pengetahuan yang diasaskan kepada al-Quran dan hadis yang akan mencetuskan seribu satu bentuk ilmu pengetahuan dan beraneka rupa pengajaran yang bertanggungjawab menyempurnakan tamadun manusia.

Sama ada dari kaca mata manusia atau dari kaca mata Allah perbezaan taraf sentiasa wujud di antara orang berilmu atau intelek dengan orang jahil. Semakin intelek seseorang itu semakin berbeza ia daripada mereka yang jahil. Sebaliknya semakin jahil seseorang itu maka kedudukannya di dalam masyarakat itu sendiri agak rendah. Justeru, peningkatan prestasi ilmu pengetahuan adalah satu kewajipan terhadap setiap individu, bagi menaikkan taraf kedudukan dari kaca mata masyarakat dan dari kaca mata Allah.

Akhirnya akan terjalin satu umat Islam yang kuat dan agung andainya setiap individu Muslim berasa bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi ilmu pengetahuan masing-masing.
Rasulullah juga mewariskan begitu banyak hadis menggalakkan umat Islam menguasai ilmu pengetahuan agar menjadi agung di mata dunia yang bakal dijadikan contoh dan teladan kepada umat yang lain.

Pada zaman Rasulullah umat Islam rata-rata masih lagi buta huruf. Justeru, baginda sendiri mengambil inisiatif utama di dalam membanteras buta huruf ini dengan meminta orang bukan Islam terutama ahli kitab untuk mengajar ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak Islam.
Seterusnya, baginda menjadikan pengajaran ilmu pengetahuan kepada anak-anak Islam sebagai salah satu syarat tebusan bagi tawanan perang membebaskan diri mereka. Misalnya tawanan perang Badar dikehendaki mengajar 10 orang atau lebih anak orang islam. Di sini jelas menunjukkan betapa pentingnya kegiatan intelektual di dalam Islam yang telah dititik beratkan oleh Rasulullah sejak awal-awal lagi.

Pada zaman khalifah Al Rasyidin, meluaskan wilayah Islam begitu giat sekali. Pengislaman penduduk tempatan yang datang dari beraneka latar belakang kepercayaan, adat resam dan kebudayaan pesat, sedangkan di antara mereka adalah golongan intelektual yang lebih matang daripada umat Islam sendiri. Malah ada di antara mereka telah mempunyai perpustakaan sendiri seperti di Iskandariah dan Jundisbur.

Segala ilmu pengetahuan asing yang tidak bercanggah dengan akidah, syariat dan akhlak Islam, adalah sesuatu yang terus digalakkan oleh Islam mengembangkannya. Malah umat Islam sendiri terpaksa mula mencari gali dan mempelajari ilmu asing daripada penduduk tempatan.
Dari semasa ke semasa perbendaharaan Islam kian kaya dan berkembang. Puncak daripada proses bagi membolehkan umat Islam menguasai ilmu pengetahuan dunia ini ialah penubuhan Baitul Hikmah pada akhir abad kedua Hijrah, di zaman pemerintahan Harun Al Rashid (170 H - 193H / 788-809H. Baitul Hikmah sampai ke puncak kegemilangannya pada zaman Al Makmun (198 - 218/813 - 833M)

Kegemilangan dan keunggulan mutu ilmu pengetahuan yang dicapai oleh umat Islam di Baitul Hikmah tidak ada tolak bandingnya dengan mana-mana tamadun dari zaman dulu hingga hari ini. Kini adalah menjadi tanggungjawab umat Islam menebus kembali keagungan yang pernah dicapai oleh umat Islam dulu, kerana penguasaan ilmu pengetahuan dan perkembangan intelektual adalah sesuatu yang diwajibkan oleh Allah dan Rasulnya.

Sumber: www.bharian.com.my

Jadual Pembentangan 5 SAR

Rujuk Tarikh PUI BM


Kumpulan 1: Puisi Tradisional -Antologi Kerusi (AK)
Tema dan Persoalan -Konserto terakhir (KT)
Syed Khaled, Helmi, Mushana, Bashir, Mudzakkir dan Faiz


Kumpulan 2: Puisi Moden -AK
Sinopsia-KT
Hanif, Hussam, Syed Alwee, Ahmad Asyraf dan Wan Ahmad Nadzim

Kumpulan 3: Prosa tradisional-AK
latar-KT
Ibrahim, Munir, Arif Samsuddin, Abdillah dan Muhammad Shakir.

Kumpulan 4: Cerpen -Ak (Tragedi, Virus Zel untuk Abah, dan Aku, Krid dan Kristal)
Plot dan teknik plot-KT
Hariz, Muiz, 'Umar, Syafiq Mazlan, Aizuddin dan Abdul Hadi.

Kumpulan 5: Cerpen -Ak (Di sisi Rinda, Sebutir Pasir di Kaki dan Maria)
Watak dan Perwatakan -KT
Nurhafizah, farrah Nadiah, Huda Hashim, Aimi Amalina dan Faty Nabila

Kumpulan 6: Drama Puteri Hang Li Po- AK
Jangan Bunuh Rama-rama-AK
Gaya Bahasa-KT
Saidatul Syahirah, Khadijah, ainul Syafiqah, Siti Fatimah, Nur Sakinah dan
Fatin Syazana

Kumpulan 7: Drama Kerusi -AK
Biodata penulis - AK
Nilai dan Pengajaran-KT
Biodata pengarang-KT
Nor Laila, Aimi Farhana, Nur Afiqah, Wan Hazimah, Abida dan Nazmin Hanoom


Jumaat, Julai 13, 2007

Isu Semasa( Mengharumkan nama Negara)



Qobin mulakan kayuhan dari Santa Anita ke FlagStaff
Oleh Irwan Shafrizan Ismail



KUALA LUMPUR: Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin atau Qobin (gambar)memulakan hari pertama ekspedisi berbasikal mengelilingi dunia sejauh 28,
000 kilometer (km) dengan berkayuh dari Santa Anita ke FlagStaff, Los Angeles.


Majlis pelepasan fasa pertama Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua (EE7B) itu dilakukan Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles, Ahmad Anwar Adnan bersama Timbalan Pengarah Pelancongan Malaysia di Los Angeles, Nor Azmi Omar, kira-kira jam 8 pagi (11 malam waktu Malaysia).Qobin, 25, dijangka mengambil masa tiga hingga lima hari melalui Route 66 sebelum meneruskan perjalanan ke Washington DC.


“Cuaca sejuk sekitar 20 darjah Celsius menjadi cabaran untuk saya dengan memastikan badan mendapat air secukupnya sebagai tenaga untuk berkayuh,” katanya menerusi e-mel kepada Berita Harian, semalam.


Penjelajah muda negara itu berkata, ekspedisinya mendapat liputan meluas media di Amerika Syarikat. Antara yang menemuramahnya ialah wartawan Daily Sport Seoul USA, Devin Galaudet; penulis ruangan In The Know Travel dan produser stesen televisyen LA 18, Jannelle So. LA 18 antara stesen televisyen terbesar di Amerika.


“Temuramah berkisar mengenai budaya kita dan Asia, selain menceritakan keindahan Malaysia bagi menarik lebih ramai rakyat Amerika melancong ke negara kita,” katanya.


Beliau berkata, ketika di Amerika seorang ahli perniagaan rakyat Malaysia, Datuk Kadar Shah Sulaiman memberi sumbangan RM10,000.


EE7B yang dianjurkan Kelab Eksplorasi 7 Benua dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), setakat ini mendapat tajaan Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar, Pemuda Umno dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Khamis, Julai 12, 2007

Nama-nama menteri dan jawatan




Para pelajar digalakan supaya menghafal nama dan jawatan beberapa orang menteri yang penting untuk dijadikan bahan menulis karangan.


Slia klik di bawah untuk maklumat kabinet 2006 :




Rabu, Julai 11, 2007

Jadual PUI Bahasa Melayu 2007

Selamat Berjuang
PUI BM 2007


Bil
Tarikh / Hari
Masa
Tempat
Aktiviti

1
20 Julai 2007 - Jumaat
7.30– 10.50 pagi
Dewan Seminar
Pembentangan 1
(kump 1-5) T5
Latihan 1

2
27 Julai 2007 - Jumaat
7.30– 10.50 pagi
Dewan Seminar
Pembentangan 2
(kump 6-7) T5
Latihan 2
3
3 Ogos 2007 - Jumaat
7.30– 10.50 pagi
Dewan Seminar
Pembentangan 3 (kump 1-5) T4
Latihan 3

4
10 Ogos 2007 - Jumaat
7.30– 10.50 pagi
Dewan Seminar
Pembentangan 4(kump 6-7) T4
Latihan 3

5
11 Ogos 2007 - Jumaat
7.30– 10.50 pagi
Dewan Seminar
Latihan 5

6
17 Ogos 2007 - Jumaat
7.30– 10.50 pagi
Dewan Seminar
Kertas 1
Bahagian A
Latihan 6

7
31 Ogos 2007 - Jumaat
7.30– 10.45 pagi
Dewan Seminar
Kertas 1
Bahagian B
Latihan 7

8
21 September 2007 - Jumaat
7.30– 10.45 pagi
Dewan Seminar
Kertas 2
Rumusan
Latihan 8

9
28 September 2007 - Jumaat
7.30– 10.45 pagi
Dewan Seminar
Kertas 2
Pemahaman
Latihan 9

10
5 Oktober 2007 -Jumaat
7.30– 10.45 pagi
Dewan Seminar
Kertas 2
Tatabahasa
Latihan 9

11
12 Oktober 2007-Jumaat
7.30– 10.45 pagi
Dewan Seminar
Kertas 2
Tatabahasa
Latihan 11

12
26 Oktober 2007 - Jumaat
7.30– 10.45 pagi
Dewan Seminar
Kertas 2
Tatabahasa
Latihan 12

13
2 November 2007 - Jumaat
7.30– 10.45 pagi
Dewan Seminar
Kertas 2
Novel
Latihan 13


Jumlah perjumpaan = 13 kali

Kehadiran Ke PUI adalah wajib.
Pastikan anda berpakaian sekolah lengkap.
Barang larangan tidak boleh dibawa.
Patuhi undang-undang sekolah.









Tazkirah Ramadhan

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia; ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam.” Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram. Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram. Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain. Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

" Empat zikir sepanjang Ramadan NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW. Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah SAW juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka

"Lima ketinggian Ramadan; IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.” Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam. Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan. Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”